CARA DAFTAR GKP 4.0 (DAFTAR DI gkp.hasil.gov.my)
Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.
Sebagai berita baik untuk anda, Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021. Oeln itu, jangan buang masa, daftar GKP 4.0. Jika pernah mohon GKP 3.0 dan x lulus, cuba lihat KOD TIDAK LULUS GKP 3.0 dan sediakan SENARAI DOKUMEN SOKONGAN RAYUAN DIPERLUKAN
CARA DAFTAR GKP 4.0
Jika anda layak untuk memohon GKP 4.0, anda boleh Ikuti langkah-langkah di bawah sebagai panduan mendaftar GKP 4.0:
- Layari pautan Log Masuk GKP 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Anda akan berada diskrin paparan Log Masuk GKP
- Untuk pengetahuan anda, memang tidak ada butang Daftar
- Ikut sahaja langkah-langkah seterusnya untuk mendaftar GPK 4.0
- Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Jangan masukkan sempang (-)
- Tekan butang Semak
- Sekiranya anda memang belum pernah mendaftar GKP sebelum ini, anda akan menerima ralat ini:
- ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
- Klik pautan Daftar Akaun
- Masukkan semula Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
- Tekan butang Cari
- Akan keluar paparan ini:
- Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
- Masukkan Captcha seperti yang terpapar di skrin anda
- Tekan pada butang semak
Sila baca panduan selanjutnya untuk buat untuk LOGIN GKP 4.0 2021
Tarikh boleh mula daftar GKP 4.0
Anda boleh daftar mulai hari Khamis, 15 Julai 2021. selepas mohon nanti boleh buat SEMAKAN STATUS GKP 4.0
TARIKH PEMBAYARAN GKP 4.0
- 500 ringgit akan dibayar pada bulan 21 September 2021
- 500 ringgit lagi pada bulan 23 November 2021
SYARAT CARA DAFTAR GKP 4.0
Kriteria kelayakan utama untuk daftar GKP 4.0 adalah seperti berikut:
- Tidak dapat bantuan mana-mana GKP sebelum-sebelum ini
- Mestilah seorang warganegara Malaysia
- Perniagaan yang dijalankan masih lagi aktif dijalankan
- Jumlah jualan tahunan perniagaan tidak melebihi RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh perusahaan dan perniagaan masa tidak boleh lebih empat (4) orang
- Jumlah pekerja tidak termasuk pemilik
- Pemohon wajib memenuhi syarat definisi PKS Mikro
- Perusahaan dan perniagaan pemohon wajib berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut tentang permohonan GKP 4.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian
03-8911 1000
603-8911 1100 (Luar Negara).
Mengapa saya tidak lulus memohon i citra..sedang kan baru2 ni.saya ada pergi membuat i akaun..dan waktu itu baki di dlm acc kwsp 4 tatus lbih..ktika memohon i citra..dia bg tahu baki dibwh rm150..apa ni
bolehkan saya kemaskan akuan bank saya untuk GKP1.0 & GKP2.0 sekarang?
Banuppriya a/p Nachimuthu
920503086486
Blhkah saya kemas kini akaun my bank gkp4.0 sekarang
How to apply gkp I am new application
Cek fasa