CARA DAFTAR GUNA SETEL PETRONAS(Claim & Tebus Ganjaran Hebat Bila Isi Minyak)

 CARA DAFTAR GUNA SETEL PETRONAS(Claim & Tebus Ganjaran Hebat Bila Isi Minyak)

CARA DAFTAR GUNA  SETEL PETRONAS

Semesti pada kebiasaannya ketika mengisi minyak kenderaan, kita perlu beratur untuk membayar di kaunter kan. Kini di petronas kita tidak perlu lagi membuat pembayaran di kaunter, hanya mmenggunakan Aplikasi Setel untuk membuat pembayaran online.

Bagaimana cara untuk daftar dan guna Setel Petronas? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SETEL

Setel adalah sistem pembayaran mudah alih yang membolehkan anda membeli petrol di stesen PETRONAS terpilih. Kami mencipta teknologi pembayaran yang lancar sehingga anda tidak perlu beratur di kaunter lagi. Anda hanya perlu membuat pembayaran petrol anda dari dalam kenderaan anda sahaja.

 

MUAT TURUN APLIKASI SETEL PETRONAS

Bagi memudahkan urusan anda di handphone, anda perlu memuat turun  (downliad) aplikasi Setel di handphone anda. Berikut adalah pautan Aplikasi Setel:

  • Play Store bagi pengguna Android 
  • Apple Store bagi pengguna IOS

 

CARA DAFTAR APLIKASI SETEL PETRONAS

Bagi pengguna kali pertama, berikut adalah cara untuk daftar Setel:

  1. Buka aplikas Setel anda yang telah dimuat turun tadi.
  2. Klik pada Register.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • FULL NAME – nama penuh anda.
    • MOBILE PHONE NUMBER – nombor telefon anda yang aktif.
    • EMAIL ADDRESS – email anda uang sah.
    • PASSWORD – ciptakan kata lalauan anda
    • PROMO CODE (OPTIONAL) – masukkan kod sekiranya ada
  4. Tick pada Send Setel promosi and deals to my email (sekiranya anda berminat).
  5. Seterusnya tekan Register.
  6. Masukkan Kod pengesahan 6 digit yang diterima melalui SMS.
  7. Pada laman seterusnya anda dikehendaki untuk membuka fungsi Location/Navigation/GPS di telefon pintar anda.
  8. Seterusnya klik pada Create PIN, ciptakan PIN yang anda inginkan dan sahkan sekali lagi PIN anda untuk ditetapkan pada akaun anda.
  9. Anda juga boleh menggunakan fungsi fingerprint untuk akaun anda sebagai langkah keselamatan. (sekiranya berminat).
  10. Seterusnya anda dikehendaki tetapkan kad kredit atau kad debit untukfungsi tambah nilai ke aplikasi SETEL.
  11. Akhir sekali tekan pada GET STARTED. Pendaftaran akaun anda selesai.

 

CARA TAMBAH NILAI APLIKASI SETEL PETRONAS

Setelah berjaya proses pendaftaran, berikut adalah cara tambah nilai dalam aplikasi Setel anda:

  1. Buka aplikasi Setel anda dan klik pada Payments.
  2. Seterusnya klik pada Top-up – masukkan jumlah tambah nilai anda inginkan kemudian pilih cara pembayaran sama ada guna debit kad atau online banking. Ikut arahan pembayaran selanjutnya.

 

CARA MENGGUNAKAN APLIKASI SETEL PETRONAS

Setelah tambah nilai anda berjaya, berikut adalah cara untuk menggunakan aplikasi Setel semasa di stesen minyak Petronas:

  1. Sekiranya anda sudah sampai petrol pump, akan terpapar Purchase Fuel, klik pada butang tersebut dan klik Got It.
  2. Seterusnyan pilih nombor pump yang mana ada berada. Ada terpapar pada pam minyak tersebut. Anda boleh pilih jumlah pengisian yang anda ingin seperti Ringgit atau Liter atau Full Tank. Jika sudah pilih, klik pada PAY
  3. Masukkan nombor PIN yang anda telah tetapkan sebelum ini
  4. Seterusnya jika keluar paparan Start Refuelling Now, anda boleh keluar kereta dan mengisi minyak ke kereta anda sehingga selesai.
  5. Jika sudah selesai mengisi, letak semula nozzle pump dan masuk ke dalam kereta.
  6. Anda boleh dapatkan resit penuh dengan cara download PDF pada link yang disediakan. Dalam masa sama juga, anda dapat Mesra Point.
  7. Selesai

 

CARA REDEEM MESRA POINTS DI SETEL APP PETRONAS

Berikut adalah merupakan cara untuk anda redeem mesra points anda.

  1. Buka aplikasi Setel anda
  2. Pada menu utama klik pada Rewards
  3. Paparan akan menunjukkan jumlah mesra points terkumpul anda
  4. Tekan pada Redeem untuk tebus
  5. Pilih jumlah yang anda ingin tebus kemudian klik pada Redeem
  6. Satu popup confirm redemption akan tertera, klik Confirm
  7. Paparan Redemption Successful tertera, klik done
  8. Pada Setel Wallet anda akan tertera jumlah yang anda redeem tadi
  9. Selesai

NOTA: 1 mesra points bermaksud 1 sen

 

CARA UPGRADE SETEL WALLET AKAUN DI SETEL APP PETRONAS

Sekiranya anda ingin upgrade setel wallet anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Setel anda
  2. Pada menu utama klik pada More (bergaris tiga)
  3. Kemudian pilih Payment Methods
  4. Seterusnya klik pada Upgrade Now dan klik pada Upgrade Now sekali lagi, kemudian klik Continue
  5. Step 1: Isikan segala maklumat yang diperlukan
  6. Step 2: Anda dikehendaki untuk mengambil gambar depan kad pengenalan anda
  7. Step 3: Anda dikehendaki untuk mengambil gambar belakang kad pengenalan anda
  8. Step 4: Anda dikehendaki untuk mengambil swa foto (selfie)
  9. Kemudian akan tertera Submission Under Review, klik pada Ok, Got It
  10. Selesai, proses pengesahan akan mengambil sedikit masa
  11. Bukan kembali app Setel anda, satu pop op pengesahan upgrade akan tertera, klik Ok, Got It
  12. Anda boleh melihat status upgrade di Payment Method anda
  13. Selesai

 

CARA GUNA SETEL ( SEMAK KADAR & LOKASI PENGECASAN KERETA ELEKTRIK)

Kepada pengguna kenderaan elektrik, kini Setel mengumumkan melalui aplikasi setel tersebut boleh membuat pembayaran caj pengecasan kereta elektrik sama seperti pengisian minyak kereta biasa. Berikut adalah merupakan lokasi yang tersedia beserta kadar harga:

  1. Lotus’s Tesco Kepong –
    • Type 2 (7.4kW)
    • RM 0.50/15 min
  2. EV Connection Workshop PJ
    • Type 2 (22kW)
    • Percuma
  3. Carsome PJ Automall
    • CCS (180kW)
    • Percuma
  4. ACO Group HQ Johor Bahru
    • CHAdeMO, CCS, Type 2 (50kW)
    • RM 1.20/min
  5. Shangri-La’s Rasa Sayang Resort Penang
    • CHAdeMO, CCS, Type 2 (50kW)
    • RM 1.20/min

ARTIKEL LAIN

CARA REFUND BAKI KAD TOUCH ‘N GO /PLUSMILES

 

5 thoughts on “CARA DAFTAR GUNA SETEL PETRONAS(Claim & Tebus Ganjaran Hebat Bila Isi Minyak)”

Leave a Comment