CARA DAFTAR KITS KTMB(Beli e-tiket Online di ktmb.com.my)
Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah kepada pengguna perkhidmatan KTM untuk membuat pembelian secara atas talian (KITS) perkhidmatan keretapi tertua di Malaysia ini dengan belajar cara daftar KITS KTMB
APAKAH ITU KTMB INTEGRATED TICKETING SYSTEM (KITS)?
KTMB Integrated Ticketing System (KITS) adalah sistem tiket baharu yang diperkenalkan oleh KTMB untuk pembelian tiket bagi perkhidmatan tren ETS, KTM Antarabandar dan KTM Komuter (Utara).
Sistem KITS mula berkuatkuasa 17 Ogos 2020 untuk pembelian tiket ETS & KTM Intercity bagi perjalanan bertarikh 15 Oktober hingga 31 Disember 2020 dan bermula 15 Oktober 2020 bagi pembelian tiket KTM Komuter (Utara).
Melalui sistem ini, tiket boleh dibeli di kaunter Tiket, Kiosk, aplikasi KTMB Mobile dan laman sesawang KTMB. Mudah bukan?
CARA DAFTAR KITS
Berikut ialah cara daftar KITS secara online :
- Layari laman webhttps://www.ktmb.com.my
- Klik pada bahagian menu pilih di atas sebelah kiri.
- Pilih pada KITS Ticketing Log In / Register.
- Klik pada bahagian menu pilih di atas sebelah kanan.
- Pilih Login / Sign Up.
- Tekan Sign up now.
- Masukkan emel dan sahkan emel anda,
- Masukkan kata laluan dan sahkan kata laluan.
- Masukkan butiran peribadi anda.
- Klik pada kota terma dan syarat yang dinyatakan.
- Tekan sign up.
- Emel pengesahan dari KTM akan dihantar kepada anda.
- Buka emel yang telah dihantar untuk mengaktifkan akaun.
- Setelah itu, akaun anda telahpun diaktifkan dan anda boleh log masuk melalui portal KTMB atau melalui aplikasi KTMB Mobile.
- Pendaftaran selesai, anda kini boleh menikmati kemudahan pembelian tiket secara atas talian yang disediakan oleh KTM.
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEMASA PENDAFTARAN KITS
Maklumat yang diperlukan seperti di bawah:
- Emel
- Kata laluan
- Nama seperti di dalam MyKad
- Nombor Mykad / Passport / Dokumen sokongan
- Nombor Telefon Bimbit
- Tarikh lahir
- Jantina
- Warganegara
Jika anda pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang,boleh muat turun aplikasi PULSE bagi memudahkan anda membuat semakan perjalanan rel dan bas perkhidmatan RAPID KL
SYOKNYA NAIK KERETAPI 2.0 (Diskaun RM15 ETS & KTM Intercity)
- Sempena Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kerjasama Tourism Malaysia telah menawarkan diskaun sebanyak RM15 menerusi Syoknya Naik Keretapi 2.0.
- Untuk mendapatkan diskaun ini sebanyak RM15, anda boleh menggunakan kod promo yang disediakan selepas membuat pendaftaran sebelum membuat pembayaran tiket.
- Kod promo: CUTIKERETAPI2
- Promosi yang ditawarkan ini adalah bagi tarikh perjalanan 29 April 2022 sehingga 30 November 2022.
SOALAN LAZIM
Adakah KITS boleh dimuat turun dari App Store/Play Store dan AppGalllery?
Ya.
Mengapa pendaftaran KITS perlu dibuat?
Untuk mendapatkan nombor khas pelanggan iaitu Passenger Name Record (PNR) bagi memudahkan pembelian tiket di Kaunter Tiket, Kiosk, aplikasi KTMB Mobile dan laman sesawang KTMB. Selain itu, penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini diinsurankan oleh KTMB.
Apakah kelebihan pelanggan yang berdaftar dengan KITS?
Pelanggan yang berdaftar akan menikmati kelebihan seperti di bawah :
- Menikmati tambang konsesi (tertakluk kepada terma dan syarat konsesi KTMB)
- Pembatalan tiket dan pindaan perjalanan secara dalam talian (tertakluk kepada terma dan syarat KTMB)
- Pemberitahuan status perjalanan tren secara dalam talian
- Tiket dan resit pembelian boleh dikongsi dan dicetak secara dalam talian
- Mendapat maklumat promosi terkini dari semasa ke semasa
- Penggunaan KTMB e-wallet
Nak tahu lebih lanjut,rujuk FAQ KITS
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang cara daftar KITS,sila hubungi pusat panggilan KTMB di 03-2267 1200 (waktu operasi 7:00 pagi – 11:00 malam) atau emelkan ke [email protected]
boleh saya tanya macam mana nak ambil tiket untuk saya dan suami saya di daccount saya sedang dia sudah register dengan KTMB
Apa itu Referee no