CARA DAFTAR LAZADA WALLET MALAYSIA(AKTIFKAN DAN TOP UP SEBELUM GUNA)
Lazada merupakan salah satu platform pembelian yang terkenal dan sering digunakan untuk membeli pelbagai barangan.Lazada kini mula memperkenalkan Lazada Wallet sebagai alternatif untuk pembayaran untuk anda melakukan pembelian di Lazada.Sebelum menggunakan Lazada Wallet, anda perlu terlebih dahulu mengaktifkan Lazada Wallet anda. Bagaimana untuk cara daftar aktifkan Lazada Wallet? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu
APA ITU LAZADA WALLET
Lazada Wallet adalah kaedah pembayaran digital yang digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan di Lazada melalui transaksi elektronik dan ia merupakan dompet elektronik bagi menyimpan wang secara dalam talian.
MUAT TURUN APLIKASI LAZADA
Untuk aktifkan Lazada Wallet, anda seharusnya membuka aplikasi Lazada. Anda boleh memuat turun(download) aplikasi lazada di sini:
CARA DAFTAR LAZADA WALLET
Untuk daftar Lazada Wallet, anda seharusnya mempunyai akaun Lazada yang aktif terlebih dahulu. Berikut adalah cara untuk aktifkan Lazada Wallet anda melalui Aplikasi Lazada:
- Buka aplikasi Lazada anda
- Klik butang Wallet > Aktifkan Wallet Saya
- Seterusnya masukkan nombor telefon anda dalam ruang yang disediakan, klik butang ‘Dapatkan Kod’.
- Isikan kod pengesahan yang diterima melalui SMS di ruang yang disediakan, klik Pengesahan No Telefon untuk menyelesaikan proses pengaktifan Wallet anda.
- Baca dan Tick pada Terma dan Dasar Privasi sebelum mengaktifkan Wallet anda.
- Setelah nombor anda disahkan, anda akan sampai di halaman Maklumat Baki untuk menerokai Lazada Wallet anda dengan lebih lanjut.
- Anda telah selesai aktifkan Lazada Wallet anda.
CARA TOPUP LAZADA WALLET
Sebelum anda memulakan pembelian, anda seharusnya topup terlebih dahulu Lazada Wallet anda untuk memudahkan proses pembayaran pembelian. Berikut adalah cara topup Lazada Wallet anda:
- Topup melalui kad debit / kad kredit,
- Topup menggunakan 7 Eleven
- Topup menggunakan online banking.
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, cara terbaik untuk anda topup Lazada Wallet adalah dengan menggunakan bayaran di kaunter 7 Eleven berhampiran anda.
SOALAN LAZIM CARA DAFTAR LAZADA WALLET
Bagaimana saya membayar dengan lazada Wallet?
Klik pada ‘Lazada Wallet’ dan kemudian pada butang ‘Bayar Sekarang’. Sekiranya dana anda tidak mencukupi di Lazada Wallet anda, anda akan dapat menambah dan membuat pembayaran. Klik “Lazada Wallet” dan kemudian pada butang ‘TopUp and Pay’.
Bolehkah saya mengeluarkan wang saya dari Lazada Wallet?
Setelah anda membuat pembayaran di Lazada Wallet anda, harap diingatkan bahawa anda tidak boleh mengeluarkan jumlahnya lagi. Anda hanya boleh mengeluarkan jumlah penuh dari kupon bayaran balik / baucar bayaran balik. Pengeluaran sebahagian tidak disokong buat masa ini.
Apakah kelebihan sekiranya saya menggunakan Lazada Wallet?
Dengan menggunakan Lazada Wallet anda untuk semua pembelian, anda dapat memperoleh ganjaran khas yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk diskaun, baucar, kod promo, dll. Aktifkan Dompet anda untuk mengakses Pinjaman Lazada. Anda boleh membeli sekarang, bayar kemudian dalam talian terima kasih kepada pelbagai penyedia pinjaman mudah alih yang bekerjasama dengan Lazada
MAKLUMAT LANJUT CARA DAFTAR LAZADA WALLET
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari web rasmi Lazada
ARTIKEL LAIN
CARA KELUARKAN DUIT DARI LAZADA eWALLET (Withdraw Ke Akaun Bank )
CARA RETURN REFUND BARANG LAZADA(Barang Salah Rosak Cancel Order)