CARA DAFTAR myIOU PENGGUNA PENIAGA(Beli Sekarang Bayar Kemudian)
Pernahkah anda dengar Belilah apa saja yang anda inginkan, bila- bila anda mahu, tanpa menjejaskan kedudukan kewangan anda? Dengan myIOU, anda sentiasa boleh ‘beli sekarang’ dan ‘bayar kemudian’. Buat bayaran secara ansuran sehingga 6 ansuran bulanan dengan kadar faedah SIFAR.Bagaimana cara daftar myIOu sebagai Pengguna Atau Peniaga? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU APLIKASI myIOU
Aplikasi myIOU yang dilancarkan pada bulan Jun 2021 lalu, menawarkan perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) yang membolehkan pengguna memanfaatkan perbelanjaan secara optimum dengan membahagikan pembelian mereka kepada dua, tiga atau enam kali pembayaran bulanan tanpa faedah.
Sedikit penerangan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL))
- Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) adalah penyelesaian pembayaran digital yang memberi peluang kepada anda untuk membeli sesuatu tanpa membayar keseluruhan harga barangan tersebut, sebaliknya pembayaran boleh dijelaskan kemudian. BNPL membolehkan anda mengagihkan bayaran menjadi bayaran ansuran tanpa faedah yang perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu.
HAD KREDIT myIOU
Daftarlah dengan myIOU Credit+ untuk meningkatkan had kredit anda sehingga MYR10,000
- Had Kelayakan sehingga RM3,500, muat naik ke aplikasi myIOU:
- Penyata bank bagi tempoh satu (1) bulan terkini yang menunjukkan kemasukan gaji.
- Sebarang bukti yang menunjukkan alamat kediaman.
- Had Kelayakan sehingga RM10,000, muat naik ke aplikasi myIOU:
- Penyata kad kredit bagi tempoh satu (1) bulan terkini.
- Penyata bank bagi tempoh satu (1) bulan terkini yang menunjukkan kemasukan gaji.
- Sebarang bukti yang menunjukkan alamat kediaman.
SYARAT PENDAFTARAN
Berikut adalah merupakan syarat pendaftaran myIOU:
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)
- Kad kredit/debit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan Malaysia
- Nombor telefon bimbit Malaysia dan alamat emel
MUAT TURUN APLIKASI
Untuk membuat pendaftaran myIOU, anda dikehendaki memuat turun aplikasi myIOu di hanphone anda terlebih dahulu. Berikut adalah pautan muat turun:
- Google Play bagi pengguna ANDROID (https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ioupay.customer.app)
- Apple Store bagi pengguna IOS (https://apps.apple.com/my/app/myiou/id1556987726)
CARA DAFTAR myIOU PENGGUNA
Setelah anda memuat turn aplikasi myIOU, berikut adalah cara daftar:
- Buka aplikasi myIOU anda
- Klik pada pautan daftar.
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan juga pengesahan yang diperlukan
- Sekiranya perlu muat naik dokumen yang diperlukan dalam bentuk pdf
- Permohonan akaun anda akan diluluskan apabila proses permohonan selesai, tertakluk pada terma dan syarat.
NOTA: Permohonan yang dibuat sebelum 12 tengah hari akan diproses pada hari bekerja yang sama dan permohonan yang dibuat selepas 12 tengah hari akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
CARA myIOU BERFUNGSI (PENGGUNA)
Selepas pendaftaran anda berjaya, berikut adalah merupakan bagaimana cara myIOU berfungsi:
- Pembelian Dalam Talian
- Tambahkan item ke troli beli-belah anda.
- Pilih myIOU sebagai kaedah pembayaran.
- Anda perlu membuat pembayaran pertama semasa membuat pembelian dan bahagikan bakinya kepada ansuran bulanan mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Pembelian Di Kedai Fizikal
- Pilih barangan yang ingin dibeli di kedai.
- Imbas kod QR dengan app myIOU.
- Anda perlu membuat pembayaran pertama semasa membuat pembelian dan bahagikan bakinya kepada ansuran bulanan mengikut tempoh yang ditetapkan.
CARA DAFTAR myIOU PENIAGA
Sekiranya anda peniaga dan ingin daftar perniagaan anda dengan myIOu, berikut adalah caranya:
- Layari pautan: https://www.myiou.com/peniaga/
- Baca syarat kelayan dan penerangan yang diberi
- Scroll ke bahagian bawah sehingga Borang Pendaftaran
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
- Nama
- Nombor Telefon
- Nama Syarikat
- Pilih cara perniagaan anda (In-store/Online/Both)
- Setelah lengkap semuanya, tekan Submit
- Anda akan terima email pengesahan dan ikuti langkah selanjutnya sehingga selesai.
SOALAN LAZIM
Adakah terdapat sebarang kos atau fi tambahan yang perlu ditanggung apabila membuat pembelian dengan myIOU?
myIOU adalah perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda secara percuma oleh peniaga tanpa sebarang caj tambahan atau faedah. Bagaimanapun, fi bayaran lewat akan dikenakan sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
Apakah pilihan tempoh bayaran ansuran yang ditawarkan oleh myIOU?
myIOU menawarkan bayaran bulanan 2, 3 atau 6 bulan. Tempoh bayaran yang ditawarkan oleh peniaga adalah berbeza.
Di manakah perkhidmatan myIOU boleh digunakan?
myIOU boleh digunakan dengan mana-mana peniaga dalam talian dan di kedai fizikal yang berdaftar dengan IOUpay. Anda boleh menyemak senarai peniaga yang dibenarkan menerusi laman web kami www.myiou.com/stores, aplikasi myIOU dan laman web atau kedai peniaga.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan cara daftar myIOU, anda boleh:
- Hubungi khidmat pelangga myIOu: 603-2703 0119
- E-mel : [email protected].
ARTIKEL LAIN
CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAYBANK2U/CIMB CLICK/ ATM(Elak Bayaran Minimum)