CARA DAFTAR MyIPO TRADEMARK JENAMA(Kos & Borang)

BAGAIMANAKAH CARA DAFTAR TRADEMARK JENAMA MyIPO?

Sekiranya anda peniaga atau brand owner yang ingin mempunyai trademark kan logo atau jenama anda sendiri, kini anda boleh daftar MyIPO trademarkd jenama anda dengan MyIPO. Disini kami akan kongsikan cara daftar MyIPO dan juga kos terlibat serta borang yang digunapakai, semoga membantu

APA ITU MyIPO

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)  adalah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pembangunan sistem harta intelek serta bertindak sebagai agensi Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). MyIPO merupakan agensi tunggal yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran harta intelek di Malaysia.

KELAYAKAN DAFTAR TRADEMARK JENAMA MyIPO

Mana-mana pemilik Cap Dagangan sama ada warganegara atau bukan warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di Malaysia atau bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran. Pemilik-pemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi mendaftar cap dagangan:

  • Jenama / Logo – dalam bentuk JPG, GIF, PNG, PDF, AI, PSD
  • Salinan dokumen pendaftaran perniagaan (SSM) atau dokumen pemerbadanan syarikat atau salinan kad pengenalan.
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat emel
  • Ringkasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah jenama yang hendak didaftar.

PROSES PENDAFTARAN TRADEMARK JENAMA MyIPO

Terdapat 2 proses peringkat pendaftaran iaitu:

Peringkat 1:

  • Membuat carian jenama/logo yg ingin didaftarkan. Ini bagi memastikan jenama/logo tersebut tidak mempunyai persamaan dgn trademark yg dah berdaftar, bagi mengelakkan pendaftaran ditolak disebabkan persamaan.
  • Keputusan carian akan dikeluarkan 1-2 hari bekerja. Proses carian ini tidak wajib, tetapi digalakkan untuk dilakukan. Anda juga boleh melakukan carian sendiri di laman web MyIPO .

Peringkat 2:

  • Membuat pendaftaran, dengan menghantar borang pendaftaran ke MyIPO. Proses mendaftar dan mendapatkan salinan pengesahan pendaftaran mengambil masa 1-2 hari bekerja.
  • Kelulusan dan sijil akan dikeluarkan oleh pihak MyIPO sekitar 8 ke 12 bulan. Kelulusan boleh dipendekkan kepada 4 ke 6 bulan dengan membuat permohonan dipercepatkan. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk permohonan

KADAR BAYARAN TRADEMARK JENAMA (Cara Daftar MyIPO)

Berikut adalah merupakan anggaran kadar bayaran yang terlibat:

  • Peringkat 1 – Carian: Rm200.00
  • Peringkat 2 – Pendaftaran: Rm1590.00

Nota: Tambahan bayaran sebanyak RM1500.00 jika ada ingin membuat permohonan dipercepatkan dan RM100 untuk sijil pendaftaran bercetak.

CARA DAFTAR TRADEMARK JENAMA MyIPO

Untuk daftarkan trademark jenama anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke pejabat MyIPO berdekatan ataupun berjumpa dengan agen yang berdaftar.
  2. Daftar secara online dengan layari pautan https://iponline2u.myipo.gov.my/myipo

BORANG DAFTAR TRADEMARK JENAMA MyIPO

Berikut adalah merupakan checklist borang-borang yang perlu anda lengkapkan:

  1. Borang TM5
  2. 1 surat akaun sumpah
  3. Borang 49 (bagi SDN.BHD) atau salinan sah sijil SSM (Milikan tunggal/Enterprise)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai daftar trademark jenama MyIPO, anda boleh layari website rasmi MyIPO di Pautan https://www.myipo.gov.my/en/home/

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN DANA IP 2.0 (Dana Pemfailan Harta Intelek)

Share your love

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *