CARA DAFTAR PbeBank (Pendaftaran Kali Pertama)
Adakah anda pelanggan kepada Public Bank? Sekiranya ya, tahukan anda bahawa Public Bank kepada pelanggannya sistem perbankan Internet yang dipanggil PBeBank. Dengan menggunakan PBeBank anda dapat membuat pelbagai transaksi yang disediakan secara online seperti check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.Tetapi bagi pengguna kali pertama yang ingin menggunakan PBeBank, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Disini kami kongsikan cara daftar PBEBank pendaftaran kali pertama, semoga membantu
CARA DAFTAR PBeBANK(Pendaftaran Kali Pertama)
Sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan PBeBank, seharusnya anda mempunyai akaun Public Bank yang aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara pendaftaran kali pertama PBeBank
Langkah 1
Daftar Menggunakan Mesin ATM Public Bank
- Pergi ke mana-mana mesin Automated Teller Machine (ATM) yang berhampiran anda untuk mendaftar servis PBe.
- Pada mesin ATM, pilih OTHER SERVICES > Register Internet Banking.
- Akan keluar notis menyatakan bahawa user ID buat anda yang ingin login pertama kali akan terpapar di slip yang akan tercetak di mesin ATM. Tekan butang PRESS TO CONTINUE.
- Masukkan nombor telefon anda untuk PBe Authentication Code (PAC).
- Masukkan kod PIN enam digit yang anda mahu gunakan untuk akaun PBebank anda.
- Pendaftaran anda berjaya. Ambil semula kad anda dan slip cetakan.
Langkah 2
- Setelah siap pendaftaran seperti di atas, klik pautan https://www.pbebank.com/
- Klik butang Login > PBe.
- Pada ruangan Login to PBe, masukkan ID yang anda dapat dengan pendaftaran melalui mesin ATM. Tekan butang Next.
- Masukkan password yang juga anda perolehi. Kemudian, tekan butang Login.
- Baca terma dan syarat dengan teliti dan tekan butang Accept.
- Pada ruangan New User ID, masukkan ID baru yang anda ingin gunakan untuk akaun PBebank anda. .
- Pada ruangan New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada ruangan Confirm New Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan.
- Pada ruangan Memorable Question, pilih soalan yang anda ingin gunakan sebagai backup sekiranya anda terlupa ID atau password anda.
- Pada ruangan Memorable Answer, masukkan jawapan anda untuk soalan tersebut.
- Pada ruangan Personal Login Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa pendek yang anda ingin gunakan sebagai pengesahan untuk akaun anda.
- Pada ruangan Email Address (Optional), masukkan alamat emel anda.
- Tekan butang Submit.
- Pendaftaran kali pertama anda akan diproses dan mengambil masa 2 hingga 10 minit untuk disempurnakan. Anda akan keluar daripada akaun anda secara automatik setelah ID yang anda cipta berjaya diproses.
CARA LOGIN PBeBANK(Pendaftaran Kali Pertama)
Selepas selesai pendaftaran di atas, anda sekrang sudah boleh Log masuk akaun PBeBank anda. Berikut adalah cara login:
- Layari laman web rasmi: https://www.pbebank.com/
- Klik LOGIN > PBE
- Masukkan USERNAME anda pada ruangan kemudian tekan Next.
- Sahkan SECURE PHRASE anda dengan klik Yes
- Masukkan PASSWORD anda dan klik LOGIN.
- Anda telah berjaya akses ke akaun PbeBank anda
NOTA: Bagi mengelakkan scam atau apa-apa perkara yang tidak diingini dari berlaku, jangan sesekali teruskan transaksi jika Secure Phrase yang diberikan tidak sepadan
MASALAH BERKAITAN PENDAFTARAN KALI PERTAMA PBeBANK
Apakah perbezaan antara Kata Laluan Sekali-Masa (OTP) dan Kod Pengesahan PBe (PAC)?
Pelanggan Kad Kredit / Debit PB akan mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka sebagai nombor OTP mereka sementara pelanggan yang melanggan PBe di cawangan akan mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka sebagai nombor PAC mereka. Kedua-dua OTP dan PAC digunakan untuk menerima kod pengesahan untuk persetujuan transaksi.
Saya mempunyai nombor OTP yang berdaftar. Adakah saya perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit PAC sebelum boleh mendaftar PBe?
Tidak. Semasa pengesahan, SMS akan dihantar ke nombor OTP berdaftar anda untuk menyetujui Pendaftaran PBe anda. Setelah Pendaftaran PBe berjaya, nombor OTP anda juga akan didaftarkan sebagai nombor PAC anda.
Saya lupa ID dan Kata Laluan Sementara saya. Apa patut saya buat?
Anda boleh mendaftar ke PBe menggunakan Nombor ATM / Debit / Kad Kredit anda. Sebagai alternatif, anda boleh memohon semula akses PBe baru di cawangan pemegangan akaun anda
Saya tidak dapat meneruskannya walaupun saya memasukkan ID Sementara yang betul. Apa patut saya buat?
ID Sementara anda hanya sah selama 30 hari. Mohon permohonan semula akses PBe baru di cawangan pemegangan akaun anda. Sebagai alternatif, anda boleh mendaftar menggunakan kad ATM / Debit / Kredit yang diaktifkan.
ID Sementara saya disekat. Apa patut saya buat?
Anda telah melebihi jumlah percubaan yang dibenarkan. Sila hubungi Sokongan Pelanggan PBe kami di 03-2179 9999 untuk mendapatkan bantuan.
Nombor Kad Saya disekat. Apa patut saya buat?
Anda telah melebihi jumlah percubaan yang dibenarkan. Sila hubungi Sokongan Pelanggan PBe kami di 03-2179 9999 untuk mendapatkan bantuan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan, sila rujuk:
- Custemor Services: 603-2179 9999
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN
LOGIN PBE PUBLIC BANK:CARA REGISTER ONLINE BANKING(pbebank.com)
CARA TUKAR NO HP PUBLIC BANK (Update Mobile Phone Number)