CARA GUNA SECURE2U MAYBANK (Cara Daftar Di MAE & Aktifkan Di ATM)
Dalam era digital ini, nampaknya tidak lagi musim jika Anda mahu memindahkan wang untuk pergi ke ATM terlebih dahulu. Kerana, hampir semua bank telah mengeluarkan perkhidmatan perbankan internet. Walaupun Maybank telah melancarkan perkhidmatan secure2u Maybank untuk jangka masa yang panjang, masih ramai yang belum menggunakan perkhidmatan ini kerana kekurangan maklumat yang diterima. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara guna Secure2U Maybank, semoga membantu
APA ITU SECURE2U MAYBANK
Secure2u adalah perkhidmatan eBanking Maybank untuk transaksi kewangan yang boleh diakses menerusi aplikasi pada telefon pintar dengan sambungan internet supaya pelanggan tidak perlu pergi ke ATM atau bank.
Secure2u merupakan ciri-ciri keselamatan berbentuk digital yang lebih menjimatkan masa . Pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan tac
CARA DAFTAR SECURE2U MAYBANK
Untuk dapat menggunakan layanan secure2u Anda mesti memiliki handphone/smartphone Android/iPhone. Seterusnya ikuti langkah-langkah cara register secure2u Maybank di bawah:
- Muat turun (download) App Maybank MY di Google Playstore atau App Store
- Buka aplikasi Secure2u Maybank
- klik Secure2u yang terletak di bahagian bawah bucu kanan
- Baca maklumat yang diterangkan tentang apa itu secure2u, klik Next
- Maklumat tambahan tentang secure verification dan secure TAC, klik REGISTER.
- Masukkan USERNAME dan PASSWORD Maybank2u anda.
- Sila confirm nombor telefon yang digunakan untuk OTP/TAC
- Masukkan no OTP/TAC yang diterima
- Sila isi butiran NO KAD PENGENALAN Anda, klik Submit
- Anda akan melihat maklumat (You have successfully registered for secure2u), klik Done
- Selesai
CARA AKTIFKAN SECURE2U DI ATM MAYBANK
Bermula 31 Oktober, semua pengaktifan Secure2u untuk kali pertama serta pengaktifan Secure2u di peranti pintar baharu perlu mengaktifkan ia di mana-mana ATM Maybank.
- Untuk memudahkan pengguna yang berkaitan, pendaftaran Secure2u perlu dilaksana terlebih dahulu di aplikasi MAE dan selanjutnya pengguna akan meraih notifikasi yang meminta pengguna untuk aktifkan Secure2u aplikasi di mana-mana ATM Meybank dalam tempoh 30 hari.
- Sekiranya pengguna terlepas tempoh 30 hari pengaktifan Secure2u di mesin ATM Maybenk ini, maka pengguna perlu melaksanakan semula proses pendaftaran Secure2u dari peringkat awal.
- Pengguna diingatkan untuk membawa bersama kad debit atau kad kredit ke ATM Maybank sewaktu proses pengaktifan di mesin ATM tersebut dilaksanakan.
- Setelah menyelesai proses tersebut maka, dalam tempoh 12 jam para pengguna boleh menggunakan Secure2u untuk pengesahan transaksi.
NOTA: Tindakan ini hanya terpakai buat kumpulan pengguna yang bertukar peranti baharu sahaja bermula 31 Oktober 2023 ke atas kelak. Bagi mana-mana pengguna Maybank yang telahpun mengaktifkan Secure2U pada aplikasi MAE ini, makluman ini tidak menjejaskan sebarang transaksi anda.
CARA GUNA SECURE2U MAYBANK
Setelah anda aktifkan Secure2u Maybank anda, berikut adalah merupakan cara gunakannya:
- Log masuk akaun Maybank2u anda.
- Klik pada tranfer dan masukkan no akaun yang anda ingin tranfer
- Klik pada ruangan Secure Verification
- Semak maklumat penerima untuk sahkan transaksi tranfer tersebut.
- Seterusnya klik Approve.
- Transaksi berjaya akan terpapar.
- Selesai
SOALAN LAZIM (FAQ) CARA GUNA SECURE2U MAYBANK
Apakah perbezaan antara Secure Verification, Secure TAC & SMS TAC?
- Secure Verification dan Secure TAC adalah dua kaedah kebenaran menggunakan Secure2u, yang boleh digunakan melalui aplikasi Maybank2u MY App / MAE anda. Sementara itu, SMS TAC adalah kebenaran kaedah yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda melalui SMS menggunakan pembawa telco anda.
Saya telah mendaftarkan telefon bimbit saya untuk Secure2u. Bolehkah saya melakukan transaksi menggunakan Secure2u tanpa sambungan internet atau sambungan perlahan?
- Ya, jika transaksi yang anda buat memungkinkan persetujuan menggunakan Secure TAC, seperti yang biasa setujui urus niaga walaupun anda tidak mempunyai sambungan Internet atau sambungan anda lambat. Namun, anda perlu mempunyai sambungan Internet yang stabil untuk menyetujui penggunaan transaksi Pengesahan Selamat.
Adakah saya perlu menggunakan Secure2u untuk transaksi yang telah saya simpan sebagai ‘Favorites’?
- Tidak, Secure2u tidak diperlukan untuk transaksi yang telah anda simpan sebagai ‘Favorites’. Anda boleh menyimpan urus niaga yang kerap anda buat dengan mudah sebagai ‘Favorite’ agar cepat dan lancar urus niaga seterusnya. Kebenaran hanya akan dibuat menggunakan SMS TAC apabila anda menambahkan transaksi sebagai ‘Favorite’ baru.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut cara guna secure2u Maybank atau masalah berkaitan, sila rujuk:
- Telefon khidmat pelanggan: 1-300 88 6688 (Malaysia) / 03-7844 3696 (Overseas)
- Email: [email protected]
Jika secure2u tu aps tidak berfungsi bagaimana untuk bagi berfungsi. Saya tekan tiada apa2 berubah.