CARA PASANG CCTV DI RUMAH/KEDAI/PEJABAT(TIPS PEMILIHAN CCTV DAN CARA PEMASANGAN)
Sekiranyan anda ingin rumah anda lebih selamat, sebaiknya anda pasang CCTV di rumah anda sekarang. Jangan ambil mudah dengan perkara ini sebab pada masa kini kita perlukan bukti dan kita boleh melihat pergerakan yang tidak dingini berlaku.Bagaimana cara ingin pasang CCTV? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU CCTV
CCTV merupakan singkatan dari Closed-circuit television atau Televisyen litar tertutup ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Ia berbeza dengan televisyen penyiaran di mana isyaratnya tidak dihantar secara terbuka, walaupun ia boleh menggunakan pautan tanpa wayar dari titik ke titik. CCTV sering digunakan untuk tujuan pengawasan di kawasan-kawasan yang memerlukan pengawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan tentera, dan pasar-pasar raya
TIPS PEMILIHAN CCTV
Sebelum anda membuat pembelian CCTV, berikut adalah tips untuk membuat pilihan:
- Ketahui Harga CCTV – berdasarkan jenis dan kualiti
- Ketahui Spesifikasi – Spesifikasi adalah perkara yang paling penting dalam membeli CCTV kerana di sinilah kita dapat mengetahui kualiti gambar dan ketahanan kamera.
- Mengetahui Penilaian CCTV – peringkat CCTV mana yang paling baik di rumah, bangunan pejabat, atau kemudahan awam.
CARA PASANG CCTV
Berikut adalah merupakan cara pemasangan CCTV:
- Tentukan kabel yang sesuai
- Sebaiknya jeniscoaxial cable RG59/6 series. Ini merupakan kabel standard yang sering digunakan untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR.
- Manakala penyambung yang digunakan adalah jenis BNC connector. Ia menyambungkan antara panel video pada DVR dan kamera jenis Dome.
- Tentukan lokasi dan area pantauan CCTV
- Lokasi pemasangan CCTV ditentukan berdasarkan jarak pandangan yang hendak dikawal samada jauh atau dekat dan apakah untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak di kawal.
- Penetapan Kedudukan kamera CCTV
- Terutama untuk pemasangan CCTV di rumah, perletakkan sudut kamera CCTV di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV anda dari hujan, angin, dan sebagainya. Selain itu, penempatan di bawah bumbung juga biasanya memberikan paparan yang lebih baik dan mudah untuk menarik kabel jaringan.
- Proses Menarik Kabel (Lay-out cabel)
- Setelah menentukan titik pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari titik masuk untuk menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada kebiasaannya pada ruang pejabat lebih praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia nampak lebih kemas dan tersusun
- DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara berasingan. Oleh itu kabel untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera tersebut.
- Penempatan Monitor dan DVR
- Monitor dan DVR adalah peralatanyang melengkapi sistem CCTV anda. Tentukan tempat dimana monitor dan DVR akan diletakkan secara bersebelahan bagi memudahkan proses ‘setting’ (biasanya pengguna akan merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak pembekal DVR). Untuk keselamatan ada baiknya set DVR diletakkan secara tersembunyi terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh merosakkan atau mengambil set DVR.
- Lay-out kabel & ‘Setting’
- Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR, maka berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarik kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan monitor dan DVR. Maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV di rumah kediaman atau di bangunan pejabat. Setelah set CCTV selesai di pasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses ‘setting’ DVR merujuk kepada manual yang disertakan dapat dilakukan.
- Sambungan semua komponen yang telah lengkap di mana monitor memaparkan imej yang telah dirakam olehkamera CCTV
ARTIKEL LAIN
SISM40:CARA DAFTAR/REGISTER/PERMOHONAN SKIM INTERNET SELANGOR M40
PETA JENDELA:SEMAKAN STATUS LIPUTAN PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI(Check Jalur Lebar/Selular/SiaranTV/4G)