CARA REGISTER BIGPAY AIRASIA (Daftar DuitNow ID No Telefon)
Pernah mengetahui dan ada dengar-dengar tentang BigPay dari AirAsia? Jika anda merupakan seorang pengembara ataupun backpackers , katanya BigPay ini merupakan keperluan juga. kalau menggunakan BigPay, transaksi akan jadi lebih murah. Lebih-lebih lagi jika digunakan semasa melancong di luar negara. Hal ini demikian, BigPay melaksanakan kerjasama dengan MasterCard dan tidak ada fee tambahan dan terselindung untuk exchange rate. Oleh itu, mari ikuti perkongsian CARA REGISTER BIGPAY AIRASIA dari pihak kami. Semoga membantu
APA TU BIGPAY?
Untuk makluman anda, BigPay ni mudah ceritanya adalah satu sistem e-wallet yang siap dengan mobile app dan Mastercard prepaid card. BigPay juga sudah diktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Oleh itu, anda tidak perlu risau dan panik dan takkan kena scam . Mudahkan kalau ada .
CARA DAFTAR BIGPAY ONLINE
Ikuti langkah di bawah untuk cara register BigPay AirAsia secara online.
Cara download
- Downloadaplikasi BigPay – Challenge Banking di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
- Setelah download, buka aplikasi tersebut.
- Kemudian, tekan butang Sign Up.
Cara apply dan daftar
- Bagi meneruskan proses dan cara daftar BigPay ini, sila pilih negara tempat tinggal semasa anda.
- Akan terdapat ruangan untuk memasukkan nombor telefon anda.
- Pada ruangan sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda merupakan warganegara Malaysia, pilih +60.
- Pada ruangan di sebelahnya, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan mudah untuk dihubungi.
- Anda perlu tekan butang Send Code OTP. Kod enam angka akan dihantar ke telefon anda melalui system pesanan ringkas.
- Anda haruslah memasukkan kod yang anda dapat tersebut di ruangan di bawah Enter your OTP.
- Sekiranya anda tidak mendapat kod secara SMS, anda perlu tekan linkyang tertera di bawah ruangan untuk memasukkan kod tersebut.
- Pada laman seterusnya, anda dikehendaki untuk mencipta passcodesebagai langkah keselamatan. Passcode ini adalah sebanyak enam angka. Diingatkan, anda perlu menghafal nombor passcode yang anda masukkan ini, kerana ia akan digunakan setiap kali anda login ke akaun BigPay anda nanti.
- Seterusnya, akan keluar kenyataan bertulis Type it againakan tertera. Masukkan sekali lagi passcode yang anda cipta untuk akaun BigPay anda.
- Pada laman seterusnya, akan keluar kenyataan tentang terma & syarat akan tertera.
- Tekan linkTerms andConditions of the BigPay Card untuk membaca terma & syarat bagi penggunaan kad BigPay yang anda akan peroleh setelah selesai mendaftar akaun anda.
- Anda perlu Scrollsehingga ke bawah untuk memahami segala syarat yang telah ditetapkan untuk anda sebagai pemohon kad BigPay.
- Kemudian, tekan butang I acceptuntuk teruskan proses daftar BigPay.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Full Name, masukkan nama penuh anda, sama seperti yang tertera pada MyKad anda.
- Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses untuk meneruskan proses dan cara daftar BigPay. Ini penting agar maklumat mudah dihantar kepada anda.
- Pada ruangan Date of Birth, pilih tarikh lahir anda.
- Pada Gender, pilih jantina anda, sama ada Male atau Female
- Pada ruangan Nationality, pilih taraf kewarganegaraan anda.
- Pada ruangan NRIC Number, masukkan nombor kad IC anda yang baru.
- Pada ruangan Occupation, pilih pekerjaan semasa anda. Pilih Othersekiranya pekerjaan yang tertera tidak berkaitan dengan anda.
- Pada ruangan Industry, pilih bidang pekerjaan anda sekarang. Pilih Other sekiranya tidak berkaitan dan kemudian, tekan butang Next.
- Akan keluar mesej tertera Verification in progress. Sistem sedang memproses pendaftaran anda, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
- Setelah pendaftaran anda disemak dan diluluskan, anda hanya perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda ini.
- Anda boleh melakukannya secara online banking.
- Kemudian, anda hanya perlu tunggu kad BigPay untuk tiba ke alamat anda secara pos.
- Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda.
- Proses pendaftaran BigPay anda selesai.
BIGPAY SOKONG PENGHANTARAN WANG KE 38 NEGARA(CARA REGISTER BIGPAY AIRASIA)
BigPay ialah sebuah platform dompet digital dan kad prabayar yang memudahkan pembayaran secara nirtunai di luar negara dengan mudah dan pada kadar yang rendah. Kini eWallet ini menyokong sehingga 38 negara untuk penghantaran wang, antaranya ialah:
- Malaysia
- Singapura
- Thailand
- Indonesia
- Filipina
- China
- Vietnam
- India
- Bangladesh
- Nepal
- Australia
- England
- Ireland Utara
- Scotland
- Wales
- Portugal
- Cyprus
- Vatican City State
- San Marino
- Eropah
- Perancis
- Jerman
- Itali
- Belgium
- Sepanyol
- United Kingdom
CARA TRANFER WANG KE LUAR NEGARA BIGPAY
Untuk melakukan pemindahan wang ke luar negara, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka eWallet BigPay anda
- Pilih negera yang anda ingin tranfer dan masukkan jumlah yang ingin di tranfer
- Isikan maklumat penerima dengan lengkap dan tepat dan klik next
- Pada ruangan pengesahkan, sahkan maklumat tersebut dan klik pada Pay
- Selesai, anda boleh screen shot atau download resit tersebut untuk dikongsikan kepada penerima.
NOTA: pada masa kini BigPay menawarkan pemindahan wang antarabangsa secara percuna untuk negara-negara Eropah dan UK.
CARA DAFTAR DUITNOW ID NO TELEFON (Dalam App BigPay)
Kepada anda yang ingin daftarkan nombor telefon anda sebagai DuitNow ID dalam app BigPay, berikut adalah merupakan caranya:
Penting: Pastikan no yang ingin daftarkan sebagai DuitNow ID adalah no yang didaftarkan untuk pendaftaran eWallet BigPay
- Buka eWallet BigPay dan log masuk akaun anda
- Pada menu utama, klik pada bahagian Setting (berada di penjuru kanan bawah)
- Seterusnya klik pada DuitNow
- Paparan akan secara auto memasukkan no telefon anda sekiranya bagi yang telah daftarkan no telefon tersebut di aplikasi ewallet yang lain.
- Untuk teruskan, tick pada kotak terma dan syarat, kemudian klik pada Switch to BigPay
- Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS pada ruangan tersedia atau aplikasi akan masukkan no OTP tersebut secara automatik
- Selesai, no telefon anda telah berjaya didaftarkan sebagai DuitNow ID BigPay
CARA CANCEL DE-REGISTER DUITNOW ID NOMBOR PHONE eWALLET BIGPAY
Kepada anda yang ingin membatalkan/de-register duitnow ID di eWWallet BigPay untuk tujuan penggunaan digunakan kepada akaun yang lain. berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi BigPay dan log masuk akaun anda
- Pada menu utama, klik pada bahagian Setting (berada di penjuru kanan bawah)
- Seterusnya klik pada DuitNow
- Pada paparan ini, di bahagian BigPay Duit Now Status berada dalam keadaan Aktif (bewarna biru)
- Untuk nyahaktifkan, klik pada Cancel DuitNow yang berada di bahagian bawah
- Status confirmation cancel akan tertera, klik Confirm
- Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS pada ruangan tersedia atau aplikasi akan masukkan no OTP tersebut secara automatik
- Selesai, anda telah de-registered BigPay DuitNow. Klik ok
MAKLUMAT LANJUT CARA REGISTER BIGPAY AIRASIA
Jika anda ingin mengetahui tentang bigpay, anda boleh layari https://www.bigpayme.com/ Dan anda juga boleh bertanyakan sebarang persoalan di [email protected]
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN
- REGISTER MAE MAYBANK (Cara Daftar & Aktifkan Online)
- CARA MOHON KAD DEBIT MAE (Apply Card Online)
- CARA DAFTAR AIRASIA RIDE (Register di Super App)
Terlupa pascode macam mna *bantu saya terima kasih
How to change Nric number in bigpay account?