RENEW KAD TOUCH N GO (Expired /Tamat Tempoh)

BAGAIMANAKAH CARA RENEW KAD TOUCH N GO?

Tahukah anda bahawa kad Touch n Go yang anda gunakan itu sebenarnya  ada expiry date atau tarikh luput. Ramai yang tak perasan bahawa Tempoh penggunaan untuk satu-satu kad Touch ‘n Go ini adalah selama 10 tahun dan tarikh luput ini boleh anda periksa di belakang kad. Bagaimana sekiranya kad Touch N Go dah tamat tempoh sedangkan duit masih banyak dalam kad tersebut? Disini kami kongsikan cara renew kad Touch n Go, semoga membantu.

SITUASI LAYAK UNTUK REFUND DUIT DALAM KAD TOUCH N GO

Terdapat tiga situasi dimana anda boleh memohon untuk refund semula duit dalam Kad TNG iaitu sekiranya ;

  • Caj yang salah dalam kad Touch ‘n Go
  • Kad tamat tempoh atau tidak aktif
  • Kad hilang

CARA RENEW KAD TOUCH N GO

Perkara ini akan anda perasan setelah berada di tol kad Touch n Go tidak dapat di akses. Situasi ini memang akan menyusahkan anda. Sebelum kejadian ini berlaku, eloklah anda periksa dahulu kad Touch n Go yang anda gunakan selama ini.  Untuk makluman anda, sekiranya kad telah tamat tempoh, tidak boleh aktifkan semula dan tiada pembaharuan Kad TnG anda sekrianya kad tersebut telah tamat tempoh. Dia sarankan supaya membuat pembelian kad TNG baharu atau gantikan MyKad di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.

CARA SEMAK TARIKH EXPIRED KAD TOUCH N GO

Untuk membuat semakan, Anda hanya perlu daftarkan kad di Portal Kad Touch ‘n Go  untuk menerima emel peringatan tempoh sebulan sebelum kad anda tamat tempoh. Pautkan kad anda di aplikasi Touch ‘n Go

SYARAT UNTUK DAPATKAN KEMBALI DUIT KAD TOUCH N GO

Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:

  1. Pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu di portal Touch n Go
  2. Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda berdasarkan perkara berikut ;
    1. Pemegang Akaun Malaysia
      • Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
      • Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
    2. Pemegang Akaun Asing
      • Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
      • Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
      • Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
    3. Touch ‘n Go eWallet
      • Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
  3. Permohonan akan diproses dalam masa (14 hingga 30) hari dari tarikh penyerahan
  4. Untuk permintaan bayaran balik kad Touch ‘n Go yang hilang/dicuri, amaun yang layak untuk bayaran balik adalah berdasarkan baki kad yang tersedia pada tarikh penyerahan borang bayaran balik.

CARA DAPATKAN KEMBALI DUIT KAD TOUCH N GO

Berikut adalah merupakan cara untuk anda mendapatkan kembali wang dalam kad TnG lama anda seperti berikut:

Kaunter khidmat Pelanggan Touch n Go:

Anda boleh pergi ke kaunter khidmat pelanggan Touch n Go dan maklumkan kepada pegawai khidmat pelanggan tersebut untuk memperbaharui kad anda

  1. Alamat 1: Tower , Avenue 5, The Horizon, No 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur
  2. Alamat 2: Lot L2.07, Level 2 NU Sentral Shopping Centre No, 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur

Secara Online

Bagi memudahkan urusan anda untuk memohon pulangan baki dalam kad Touch n Go anda boleh membuat secara online.

  1. Layari pautan https://www.touchngo.com.my/customer-service/erefund
  2. Klik pada Touch n Go Card Related Charges
  3. Pastikan kad Touch n Go anda telah didaftarkan dengan akaun Touch n Go
  4. Sekiranya telah didaftarkan, anda scroll ke bawah sehingan jumpa “Tekan sini untuk memulakan permohonan e-Refund anda”. Klik pada Tekan Sini.
  5. Isikan maklumat yang diperlukan:
    • No Siri kad Touch n Go anda
    • Jenis ID (passport/kad pengenalan)
    • No ID
  6. Seterusnya tekan Next. Pada bahagian seterusnya:
    • Refund Request: pilih Card termination
    • Reason Code: pilih Expired Card
    • Refund Payment Method: Anda boleh pilih sama ada Akaun Bank Atau e-Wallet
    • Lengkapkan maklumat diperlukan dan tekan Submit
  7. Pastikan maklumat anda tepat, masukkan catcha yang tertera dan tekan Submit
  8. Print maklumat transaksi refund anda untuk rujukan.
  9. Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh (30) hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.

CARA SEMAK STATUS REFUND DUIT KAD TOUCH N GO(Bila Renew)

Sekiranya anda ingin membuat semakan status tuntutan refund duit kad TnG anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://www.touchngo.com.my/customer-service/erefund/
  2. Klik pada butang “Track my eRefund status”.
  3. Masukkan nombor rujukan yang telah diterima oleh pengguna menerusi emel apabila membuat permohonan.
  4. Akhir sekali, status permohonan akan dipaparkan kepada pengguna.

NOTA: Tempoh pembayaran semula kredit ke akaun bank /ewallet pengguna akan mengambil masa (14 hingga 30) hari dari tarikh penyerah

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara renew kad Touch n Go, anda boleh hubungi:

ARTIKEL LAIN

Share your love

15 Comments

  1. Bagaimana nak renew kad Touch n ‘GO’ yang akan tamat 9/2021 dan tukar kad baru. Saya dapat potongan untuk di Jambatan Pulau Pinang. Adakah perlu pergi pejabat di Butterworth/Tol P.Pinang untuk renew yang baru. Pejabat berurusan atau tidak sepanjang PKP. Terima kasih.

  2. Kad touch n go saya telah tamat tempoh.. Tetapi tiada terdapat dalam ruangan ini bagaimana nak d perbaharui. Trima kasih

  3. Kad T&GO saya dah expired. camne nak renew card itu.Pusat khidmat pelanggan di tol Jambatan Pulau Pinang dah lama tutup.

  4. web portal tak dapat register pun, asyik prompt out message Full name follow NRIC walaupun semua column masuk betul

  5. Bagaimana nak renew kad Touch n ‘GO’ yang akan tamat 4/2024 dan tukar kad baru tak mahu refund. Saya dapat potongan untuk di Jambatan Pulau Pinang. Terima kasih.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *