CARA TAMBAH LIMIT KAD KREDIT (Increase Your Credit Card Limit)
Selain penggunaan Kad Debit, penggunaan Kad kredit pun amat menggalakan. Ini adalah kerana kad kredit membenarkan pengguna berbelanja terlebih dahulu dan kemudian membayar kemudian, berbeza dengan menggunakan kad debit yang memerlukan setiap pengguna mempunyai wang yang cukup untuk berbelanja.Tetapi bagaimana penggunaan kat kredit anda telah capai limit dan ingin Tambah limit kad kredit tersebut? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU KAD KREDIT
Kad kredit ialah sejenis bayaran ansuran yang membolehkan anda untuk membeli barangan atau servis tanpa menggunakan wang tunai di pelbagai jenis kedai di seluruh dunia. Apabila anda menggunakan kad kredit anda, pengeluar kad kredit anda akan membayar bagi pihak anda dan hantarkan bil kepada anda dalam bentuk kenyataan bulanan. Contoh kad kredit yang biasa digunakan ialah Visa dan Master card.
Anda dihendaki membayar sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum tarikh tamat. Pengeluar kad kredit akan mengenakan caj faedah ke atas jumlah bayaran yang belum dijelaskan selepas tarikh tamatnya.
CARA TAMBAH LIMIT KAD KREDIT
Sekiranya atas sebab-sebab tertentu anda ingin tambah limit Kad Kredit, anda perlu berhubung dengan Kad Kredit Bank anda. Ini kerana prosedur yang mungkin berbeza antara bank: Cara nya adalah seperti berikut:
- Melalui cawangan
- Hadir ke cawangan Kad Kredit bank yang yang berhampiran
- Maklum kepada pegawai khidmat pelanggan yang anda ingin tambah limit kad kredit anda
- Kebiasaannya anda perlu mengisi borang permohonan dan menyerahkan dokumen pendapatan anda (Slip gaji, borang cukai, penyata KWSP, borang EA, dll.)
- Anda juga boleh berurusan melalui surat, faks atau dalam talian. Perhatikan bahawa proses ini memerlukan sedikit masa kerana bank perlu menyemak permohonan anda sebelum menyetujui atau menolak.
- Melalui panggilan
- Hubungi perkhidmatan Pegawai khidmat pelanggan Bank anda masing-masing
- Maklum kepada pegawai khdimat pelanggan tersebut anda ingin tambah limit kad kredit anda
- Pengesahan maklumat diri anda dipelrukan oleh pegawai tersebut
- Ikuti arahan selanjutnya seheinggan selesai
- Kebiasaan tempoh selama 30 hari akan diperlukan untuk proses ini
- Kemaskini rekod pendapatan anda di Cawangan
- Perkara lain yang boleh anda lakukan adalah mengemas kini rekod pendapatan anda ke bank jika anda telah menerima kenaikan, atau telah memulakan pekerjaan baru (dan lebih baik membayar).
- Bank mungkin menawarkan had kad kredit baru yang lebih tinggi, walaupun proses ini akan memakan masa – jadi lakukan ini hanya jika anda tidak terdesak untuk masa.
SOALAN LAZIM
Apakah caj-caj lain yang dikenakan untuk kad kredit?
Selain caj kadar faedah, terdapat beberapa caj lain yang dikenakan untuk kad kredit. Caj-caj ini selalunya dinyatakan pada syarat dan terma yang perlu anda persetujui ketika memohon kad kredit. Oleh itu penting untuk anda buat research sebelum mohon untuk mengelakkan anda dikenakan caj-caj ini. Berikut adalah antara caj-caj lain yang dikenakan untuk kad kredit.
Apakah jenis-jenis kad kredit yang ada?
Pada amnya, terdapat tiga jenis kad kredit, iaitu Klasik, Emas dan Platinum. Kad-kad kredit tersebut dikeluarkan berdasarkan kepada tahap pendapatan seseorang dan kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh syarikat pengeluar kad kredit.
Apakah perlu saya buat jika nombor PIN saya sudah diketahui oleh orang lain?
Jika anda percaya nombor PIN anda telah diketahui oleh orang yang tidak berkenaan, maka anda hendaklah merujuk kepada pengeluar kad kredit anda.
ARTIKEL LAIN
CARA REFUND BAKI KAD TOUCH ‘N GO /PLUSMILES
CARA DAFTAR GUNA SETEL PETRONAS(Claim & Tebus Ganjaran Hebat Bila Isi Minyak)