CHECK PERMIT KERJA PLKS TERKINI(Semak Ori Ke Palsu)

CHECK PERMIT KERJA PLKS TERKINI(Semak Ori Ke Palsu)

Keapda para majikan semestinya akan mengambil peluang bagi permohonan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara dalam talian melalui ePLKS. Dengan lanjutan ini, pekerja asing yang memegang PLKS boleh terus berkeja di Malaysia secara sah. DIsini kami akan kongsikan kepada anda cara check status permit kerja PLKS terkini, semoga membantu.

SYARAT PERLANJUTAN PLKS

Berikut adalah merupakan antara beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imegresen iaitu:

  • Pekerja dan majikan mestilah tidak melanggar apa-apa syarat pas yang dikeluarkan semasa penggajian di bawah Program Rehiring.
  • Pekerja yang telah disenaraihitam adalah tidak layak untuk memohon lanjutan ini.
  • Pekerja juga tidak boleh bertukar majikan atau sektor kecuali melalui kelulusan khas Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Bagi yang layak, hanya majikan atau wakil majikan yang sah sahaja dibenarkan untuk mengemukakan permohonan ini secara dalam talian melalui ePLKS.

TEMPOH PERMOHONAN PERLANJUTAN PLKS

Permohonan boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tamat permit kerja.

DOKUMEN DIPERLUKAN CHECK PERMIT KERJA PLKS

Pastikan anda sediakan dokumen berkaitan yang diperlukan seperti FOMEMA/ SPIKPA/ SPKHPA/ SBPA/ IG semasa membuat permohonan online.

CARA PERMOHONAN PERLANJUTAN PLKS

Kepada para majikan yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan aliran proses permohonan iaitu:

  1. Layari pautan ePLKS@JIM
  2. Daftar / Log Masuk
  3. Permohonan Lanjutan
  4. Muatnaik Dokumen
  5. Hantar Permohonan
  6. Bayaran Secara Atas Talian
  7. Terima PLKS

NOTA: Bayaran bagi permohonan ini hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari setelah mendapat kelulusan dan kelulusan ini secara automatiknya terbatal sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut. Sekiranya hal ini terjadi, maka majikan perlu membuat semula permohonan ePLKS.

CARA SEMAK STATUS PERMIT KERJA PLKS TERKINI

Kepada majikan yang ingin check status permit kerja PLKS terkini, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Status Permohonan ID Pengguna Sistem ePLKS@JIM
  2. Masukkan Nombor Syarikat dan Nombor Pengenalan Majikan / Wakil Majikan pada ruangan tersedia. Klik Cari.
  3. Status permit kerja tersebut akan terpapar

CARA SEMAKAN PERMIT KERJA ORI ATAU PALSU

Jika anda mempunyai sebarang kemuskilan, anda boleh menghubungi pihak Jabatan Imegresen Malaysia seperti yang berikut:

  • No Tel : 03-88801452 (call center Unit Lanjutan Bahagian Pekerja Asing) (8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang – Setiap Hari)
  • No Tel : 03-88801555 (Bilik Gerakan JIM) (8.30 Pagi Hingga 11.00 Malam – Setiap Hari)
  • No Tel : 03-88801468 (call center Unit Bahagian PRA) (8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang – Setiap Hari)

MAKLUMAT LANJUT CHECK PERMIT KERJA PLKS

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai semakan permit kerja PLKS, anda boleh melayari portal rasmi  ePLKS@JIM

ARTIKEL LAIN:

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *