CARA DAFTAR LOGIN CO-OPBANK PERTAMA (Semakan Baki e-Semakan Dividen Permohonan Pembiayaan)
Adakah anda pelanggan Co-opbank Pertama? Terkini Dengan arus teknologi yang semakin membangun, pelbagai keperluan di naik tarafkan oleh Co-opbank Persatuan untuk kesenangan dan juga kemudahan bagi setiap pelanggan iaitu telah menawarkan Perkhidmatan Semakan Baki (e-Semakan). Bagaimana cara untuk daftar dan login Co-opbank Pertama? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PERKHIDMATAN SEMAKAN BAKI (e-SEMAKAN)
Perkhidmatan Semakan Baki (e-Semakan) adalah kemudahan dan juga kesenangan pelanggan-pelanggan Co-opbank Persatuan sebelum berurusan dengan mana-mana cawangan Co-opbank Persatuan. Kelebihan Perkhidmatan Semakan Baki (e-Semakan) ini ialah:
- Tanpa perlu menelefon cawangan untuk mengetahui baki akaun anda, samada akaun simpanan, akaun pembiayaan dan syer keanggotaan.
- Pelanggan-pelanggan Co-opbank Persatuan boleh merancang urusan perbankan sebelum berurusan di mana-mana cawangan Co-opbank Persatuan.
- Perkhidmatan Kemudahan Semakan Baki ini boleh di akses di mana-mana sahaja yang mempunyai jalur lebar talian internet mahupun tanpa wayar dan semua hanya di hujung jari anda.
CARA DAFTAR AKSES KE PERKHIDMATAN SEMAKAN BAKI (E-SEMAKAN)
Terdapat 4 (empat) langkah untuk mendapat akses Perkhidmatan Semakan Baki (e-Semakan) iaitu:-
- Pelanggan Co-opbank Persatuan perlu mengisi Borang Pengguna Web yang terdapat di kaunter semua cawangan-cawangan Co-opbank Persatuan berdekatan.
- Setelah Borang Pengguna Web diisi, sila serahkan borang kepada kakitangan bertanggungjawab untuk mendaftar permohonan akses ke dalam Perkhidmatan Kemudahan Semakan Baki (e-Semakan) anda. (Setelah permohonan anda diluluskan, kakitangan yang dipertanggungjawabkan untuk mendaftar permohonan anda akan menelefon atau menghantar melalui email Kata Nama dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.)
- Gunakan Kata Nama dan Kata Laluan yang telah didaftarkan seperti di dalam Borang Pengguna Web di Langkah 1.
- Sila log masuk ke Laman Perkhidmatan Semakan Baki (e-Semakan) di pautan http://www.bankpstn.com.my/pengguna/login.do ataupun ke pautan e-Semakan di menu sebelah atas laman web Co-opbank Persatuan.
PANDUAN MENGISI BORANG PENGGUNA WEB
Kepada pelanggan Co-opbank Persatuan yang ingin mendaftar untuk akses ke Perkhidmatan Semakan Baki (e-Semakan) perlu mengisi Borang Pengguna Web yang di sediakan di setiap kaunter cawangan Co-opbank Persatuan seluruh Malaysia. Berikut adalah panduan mengisi Borang Pengguna Web:
- Isikan nama penuh anda seperti di dalam Kad Pengenalan.
- Isikan nombor Kad Pengenalan anda. Contoh : xxxxxx-xx-xxxx
- Isikan nombor telefon (telefon bimbit atau telefon rumah untuk memudahkan pihak bank berhubung dengan anda).
- Isikan email anda (sekiranya pihak bank tidak dapat berhubung dengan anda, pihak bank akan menghantar email kepada anda).
- Isikan Username (Kata Nama) anda tidak melebihi 30 aksara.
- Isikan Password (Kata Laluan) anda tidak melebihi 10 aksara (Kata Laluan ini adalah untuk sementara, sistem Perkhidmatan e-Semakan akan meminta Username (Kata Laluan) yang baru).
NOTA: SIla sertakan salinan sijil Kad Pengenalan
e-SEMAKAN CBP (Semak Penyata & Dividen Co-opBank Pertama)
Setelah pihak Co-opbank Persatuan menghubungi anda melalui telefon ataupun melalui emel berkenaan dengan Kata Laluan yang anda telah isi sebelum ini dalam Borang Pengguna Web. Anda boleh login ke Perkhidmatan Kemudahan Semakan Baki (e-Semakan). Berikut adalah caranya:
- Layari laman sesawang Co-opbank Persatuan dan pilih e-Semakan di bahagian atas menu laman sesawang.
- Setelah anda memilih pautan e-Semakan, anda akan masuk ke ruangan e-Semakan.
- Sila log masuk menggunakan Username (Kata Nama) dan Password (Kata Laluan) yang telah anda isi sebelum ini di dalam Borang Pengguna Web. Seterusnya tekan Login.
- Sistem akan meminta menukar Kata Laluan baru untuk keselamatan pengguna, manakala Kata Laluan yang lama akan terhapus. Klik pada butang OK
- Sistem akan terus akses ke Menu Perkhidmatan Semakan Baki (e-Semakan).Di dalam Menu Semakan Baki ini akan tertera:-
- Nombor Kad Pengenalan, Nama Penuh dan Alamat Pengguna.
- Dibahagian bawah pula akan tertera baki terkini Akaun Simpanan pengguna.
- Selesai
CARA SEMAK DIVIDEN CO-OPBANK PERTAMA
Kepada ahli Co-opbank Pertama dan sudah memiliki syer, anda boleh semak bayaran dividen yang telah dibuat secara online seperti berikut:
- Layari pautan laman web Dividen CBP: dividen.cbp.com.my
- Masukkan No Kad Pengenalan dan klik Semak
- Masukkan No. Telefon yang telah didaftarkan dan klik Semak
- Masukkan No. Pin yang diterima melalui SMS dan klik Semak
- Seterusnya klik pada View Notis Ordinary.
- Paparan akan menunjukkan baki modal (RM) syer anggota dan kadar dividen (%) untuk tahun kewangan sebelumnya berserta nilai dividen (RM) yang telah dikreditkan.
KADAR DIVIDEN CO-OPBANK PERTAMA TAHUN KEWANGAN 2023
Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) mengumumkan kadar dividen bagi saham biasa sebanyak 6.5 peratus dan saham keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
TARIKH PEMBAYARAN DIVEDEN CO-OPBANK PERTAMA
Pembayaran dividen telah dilakukan sebaik sahaja tamat MAPT 30 Jun 2024 dan anggota boleh membuat semakan akaun simpanan melalui aplikasi HELOCBP.
CARA PENGELUARAN DIVIDEN CO-OPBANK PERTAMA
Pengeluaran dividen ini boleh dilakukan secara dalam talian melalui web e-Semakan CBP atau di semua cawangan CBP di seluruh negara
SOALAN LAZIM (FAQ) CO-OPBANK PERTAMA
Bagaimana sekiranya terlupa kata nama & kata laluan e-Semakan?
- Sekiranya anda terlupa Kata Nama dan Kata Laluan, sila hubungi cawangan yang berdekatan dengan anda.
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan pembiayaan di Co-opbank Pertama?
- Permohonan pembiayaan di Co-opbank Pertama perlu dikemukakan melalui cawangan-cawangan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dengan menghubungi atau terus berurusan di setiap kaunter-kaunter cawangan Co-opbank Pertama.
Berapa lamakah tempoh proses permohonan pembiayaan?
- Berdasarkan Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan, tempoh proses permohonan pembiayaan sehingga pengeluaran pembiayaan adalah selama 3 hari waktu bekerja (kecuali pembiayaan Koperasi, Perumahan dan Bercagaran)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Co-opbank Pertama, anda boleh layari web rasmi di pautan https://www.cbp.com.my/
ARTIKEL LAIN
- CARA TUKAR NO HP BANK RAKYAT(Update Mobile Phone Number)
- SEMAKAN DIVIDEN BANK RAKYAT:TARIKH BAYARAN SAHAM
- CARA PAJAK GADAI EMAS Di Ar-Rahnu Bank Rakyat(Buat Temujanji dulu)