CARA DAFTAR AKAUN RAIZ INVEST(REGISTER LOGIN ONLINE raiz.com.my)
Selain daripada Wahed Invest, adakah anda pernah terdengar atau terbaca mengenai Raiz Invest. Pelaburan Raiz Invest juga berkonsepkan ciri yang hampir sama namun terdapat sedikit perbezaan. Raiz Invest juga hanya menggunakan aplikasi untuk melabur. Adakah ianya selamat?Berikut adalah cara daftar akaun Raiz Invest
APA ITU RAIZ INVEST?
Raiz merupakan aplikasi perkhidmatan kewangan yang membantu anda menyimpan dan melabur. Raiz Malaysia merupakan usaha sama antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Raiz Invest Australia Limited. Apabila anda sudah mengenal Raiz Invest dengan baik, jadilah pelabur yang bijak.
Justeru, artikel ini akan menerangkan cara daftar akaun Raiz Invest kepada anda. Semoga ianya memberi manfaat dan menjadikan pelaburan lebih mudah diakses oleh semua orang, dalam pada masa yang sama juga memberi suatu perkhidmatan yang memudahkan simpanan dan pelaburan.
CARA DAFTAR AKAUN RAIZ INVEST (Register Online)
Berikut ialah cara daftar akaun Raiz Invest menggunakan App Store atau Google Play:
- Pastikan anda memuat turun aplikasi Raiz Invest di App Store atau Google Play.
- Buka aplikasi tersebut dan tekan pada Create Account sebagai pengguna baru. Sebelum itu, anda haruslah memasukkan alamat emel dan kata laluan.
- Kemudian, pada paparan yang berikutnya ia akan meminta anda untuk mencipta PIN. Pastikan anda ingat nombor PIN ini untuk kegunaan pada aplikasi ini.
- Satu emel akan dihantar kepada anda melalui alamat emel yang telah anda daftarkan. Emel ini mengandungi terma-terma dan perjanjian berkaitan pelaburan Raiz. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu kandungan terma dan syarat yang terdapat didalam emel tersebut sebelum meneruskan pembukaan akaun Raiz Invest.
- Pada halaman berikutnya, Raiz akan meminta anda membuka akaun dengan beberapa pilihan sebelum portfolio Raiz akan dicadangkan. Pilihan akaun Raiz invest adalah seperti :
- Spending Account : Raiz akan mencadangkan anda untuk menambah debit kad pada aplikasi Raiz supaya dapat memantau perbelanjaan anda bagi pelaburan yang ada.
- Funding Account : anda dikehendaki untuk menambah debit kad ke aplikasi Raiz untuk pautkan ke akaun bank anda bagi membiayai segala pelaburan.
- Withdrawal Account : Untuk Withdrawal Account, anda dikehendaki menambah akaun bank ke aplikasi Raiz untuk proses pengeluaran pelaburan ke akaun bank anda.
- Raiz Investment Account : adalah akaun pelaburan Raiz anda. Untuk lengkap register Raiz anda boleh terus untuk mengisi butiran peribadi pada akaun ini.
- Tiga pilihan akaun tadi anda boleh tetapkan setelah selesai register akaun Raiz. Pada halaman ini, anda klik skip untuk meneruskan register Raiz Invest.
- Setelah itu, anda diminta klik pada Set Raiz Investment Account. Paparan berikutnya dalam Raiz Application, anda dikehendaki untuk mengisi maklumat diri dan melengkapkan soalan keselamatan.
- Setelah selesai, anda klik next. Pada halaman berikutnya, anda diminta untuk melengkapkan alamat anda dan tekan butang next.
- Seterusnya lengkapkan sahaja pilihan dikehendaki dan klik butng next. Pada halaman berikutnya adalah persetujuan terma dan syarat Raiz Investment. Klik next jika anda bersetuju.
- Halaman seterusnya anda diminta untuk melengkapkan dengan maklumat pendapatan dan pilihan pelaburan anda. Sekirannya anda mempunyai promo kod boleh mengisi kod tersebut pada bahagian bawah. Klik next.
- Pada halaman Proof Of Identity, Raiz meminta anda untuk mengambil gambar MyKad depan dan belakang untuk langkah terakhir register Raiz Investment. Setelah selesai, Raiz akan mencadangkan portfolio pelaburan anda. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan portfolio tersebut, anda diberi pilihan untuk menukarkannya dengan menekan butang Change my portfolio. Jika anda bersetuju dengan cadangan tersebut, anda boleh menekan butang I agree.
- Setelah itu anda akan menerima satu lagi emel daripada Raiz yang menyatakan bahawa register Raiz Investment anda telah diterima dan dalam proses pengesahan.
- Apabila disahkan, satu emel lagi akan dihantar oleh Raiz sebagai menyatakan akaun register Raiz anda telah disahkan. Klik pada butang Complete Sign-up untuk register masuk akaun anda.
- Pendaftaran anda selesai! Mudah bukan ?
CARA LOGIN AKAUN RAIZ INVEST
1. Sila layari https://app.raiz.com.my/login
2. Masukan email dan password anda
3. Klik LOGIN
SOALAN LAZIM
APAKAH SYARAT UMUR MINIMUM UNTUK REGISTER RAIZ INVEST?
Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan warganegara Malaysia untuk register Raiz Investment.
ADAKAH JUMLAH MINIMUM UNTUK DAFTAR AKAUN RAIZ INVEST?
Tiada, Raiz Invest tidak mempunyai syarat baki akaun minimum untuk membuka akaun, tetapi untuk melabur ke dalam portfolio yang disyorkan, pelaburan anda mestilah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.
ADAKAH TERDAPAT BAYARAN PENGELUARAN RAIZ INVEST?
Tiada. Pemindahan wang masuk dan keluar daripada akaun Raiz anda adalah percuma.
MACAM MANA CARA NAK MUAT TURUN/DOWNLOAD APLIKASI RAIZ INVEST?
Sila muat utun aplikasi Raiz Invest di App Store atau Google Play.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN DAFTAR AKAUN RAIZ INVEST
Jika anda perlu makluman lanjut tentang Daftar Akaun Raiz Invest, sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan Raiz melalui Facebook Raiz atau ditalian 03-2714 6114
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR AKAUN WAHED INVEST MALAYSIA:REGISTER LOGIN ONLINE(APLIKASI PELABURAN PATUH SYARIAH)