i-GET IN TOUCH (Great Eastern Takaful Login di greateasterntakaful.com)
Adakah anda seorang pelanggan Great Eastern? Jika ya, sudahkah anda register dan login i-Get In Touch? Perkhidmatan i-Get In Touch memudahkan pelanggan untuk melihat polisi insuran seterusnya memuat turun atau memperbaharui insurans melalui login ke i-Get In Touch.
APA ITU GREAT ID
Great ID adalah satu identiti log masuk yang digunakan untuk mengurus perkhidmatan digital Great Eastern anda. Great ID tersedia untuk Pemegang Polisi Great Eastern dan Pemilik Sijil Great Eastern Takaful.
Log masuk ID iGet In Touch yang menggunakan NRIC atau Nombor Pengenalan akan digantikan oleh Great ID, di mana Pemilik Sijil boleh menggunakan alamat e-mel pilihan mereka sebagai log masuk ID baru mereka.
CARA DAFTAR i-GET IN TOUCH
Untuk mendaftar, pastikan anda perlu menjadi pemilik sijil Great Eastern bagi produk yang terpilih dahulu. Berikut merupakan cara daftar iGet In Touch:
- Log masuk ke https://igetintouch.greateasterntakaful.com/
- Klik ‘Daftar Sekarang’.
- Pengesahan diri sebagai pelanggan Great Eastern Takaful Berhad menggunakan kaedah pengesahan pilihan Pemilik Sijil seperti di bawah:
- ID Peribadi – Masukkan Nombor Pengenalan, tarikh Lahir dan Jantina;
- Nombor Sijil – Masukkan Nombor Sijil yang aktif dan Nombor Pengenalan
- Setelah berjaya membuat pengesahan, Kata Laluan Satu Kali (OTP) enam digit akan dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar Pemilik Sijil.
- Masukkan alamat e-mel yang sah (sebagai ID log masuk Pemilik Sijil).
- Masukkan pin pengesahan yang dihantar ke alamat e-mel anda.
- Lengkapkan pendaftaran dengan klik ‘Teruskan’
- Skrin log masuk Great ID akan dipaparkan untuk diakses oleh Pemilik Sijil
CARA LOGIN i-GET IN TOUCH
Setelah anda berjaya mendaftar seperti langkah di atas, anda dah boleh login iGet In Touch. Berikut adalah cara login iGet In Touch:
- Layari pautan Great Easter: https://igetintouch.greateasterntakaful.com/
- Klik pada Log In With Gread ID
- Masukkan EMAIL dan PASSWORAD anda. Tekan Sumbit
- Anda telah berjaya login akaun iGet In Touch
SOALAN LAZIM
Sekiranya saya terlupa kata laluan Great ID, Apa yang harus saya lakukan?
Log masuk ke https://igetintouch.greateasterntakaful.com/
- Klik pada ‘Lupa kata laluan anda?’
- Masukkan Great ID anda (alamat e-mel).
- Sahkan alamat e-mel anda dengan menggunakan kod pengesahan yang dihantar ke alamat e-mel anda.
- Masukkan kata laluan baru.
Bagaimana saya mengemas kini nombor telefon bimbit iGET IN TOUCH saya?
- Kemas kini nombor telefon bimbit anda supaya anda dapat dihubungi. Sila muat turun borang di sini (https://www.greateasterntakaful.com/content/dam/great-eastern/takaful/en/homepage/get-help/customer-service/takaful-2fa-form.pdf). Sila e-mel borang yang lengkap diisi ke [email protected]
Maklumat apa yang saya perlukan untuk mencipta Great ID?
- Yang anda perlukan hanyalah alamat e-mel yang sah.
Jika anda pelanggan PRUBSN,boleh daftar PRUBSN TOUCH
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut Great Eastern anda boleh:
- Hubungi Khidmat Pelanggan: 1300 13 8338.
- Email: [email protected]