DIVIDEN BANK RAKYAT 2023? (Tarikh Bayaran Saham 2024)

BERAPA PERATUS DIVIDEN BANK RAKYAT 2023? (Tarikh Bayaran Saham 2024)

Pada bula April setiap tahun, semestinya anda akan ternanti-nanti pengumuman kadar dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember setiap tahun. Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat lanjut tentang dividen Bank Rakyat dan cara membuat semakan pengkreditan bagi ahli-ahli terlibat., semoga membantu.

SEMAKAN DIVIDEN BANK RAKYAT

Untuk pengetahuan anda, dividen Bank Rakyat boleh disemak dengan mudah melalui perbankan internet iRakyat tanpa perlu ke mana-mana cawangan bank rakyat.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai perbankan internet iRakyat, anda bolehlah membuat semakan dividen ini di mana-mana kaunter cawangan BankRakyat berhampiran dan terus daftar sekali TAC untuk buat iRakyat.

JUMLAH DIVIDEN BANK RAKYAT 2024 (Tahun Kewangan Berakhir Disember 2023)

Bank Rakyat umum dividen 15% dan dividen istimewa 2% bagi tahun kewangan 2023 bersempena dengan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70.

TARIKH BAYARAN DIVIDEN 2024

Pembayaran dividen akan mula dikreditkan ke dalam akaun masing-masing bermula pada 5 April 2024, manakala dividen istimewa akan dilakukan pada September 2024.

REKOD PEMBAYARAN DIVIDEN BANKRAKYAT DARI 2014 HINGGA  2021

Rekod pembayaran dan tarikh pembayaran dividen dari simpanan tetap setiap tahun :

TAHUN KEWANGANDIVIDEN
2021 /202215 peratus
202013 peratus
201914 peratus
201813 peratus
201716 peratus
201615 peratus
201513 peratus
201415 peratus

CARA PENGIRAAN DIVIDEN BANKRAKYAT

Berikut adalah merupakan contoh cara pengiraan dan menghitung pembayaran dividen bankrakyat:

  • Sekiranya anda berjaya beli 100,000 unit saham.
  • BankRakyat umumkan pula kadar dividen sekitar 15%
  • Pulangan pelaburan dividen saham yang anda:
    • 1100,000 x 15% = RM15,000 setahun

SOALAN LAZIM & FAQ

Adakah ini saham bank persatuan yang bagi paling tinggi?

  • Ya. Benar sekali bank rakyat kongsikan dividend kepada ahlinya paling tinggi berbanding yang lain

Bagaimana ingin melabur dan tambah saham dalam Bank Rakyat?

  • Bermula 06 Januari 2014, semua permohonan menjadi anggota baru adalah di TUTUP. Dengan itu pembelian / langganan baharu atau penambahan saham keanggotaan sedia ada telah dibekukan.

Bila Bank Rakyat akan membuka semula permohonan baharu?

  • Pihak Bank Rakyat hanya akan mengumumkan sekiranya terdapat penawaran baharu untuk penambahan saham keanggotaan dan pengumuman akan dilakukan melalui media massa utama. Buat masa sekarang masih belum dibuka.

INFO DAN PERTANYAAN

Untuk mengetahui sebarang info lanjut dan ingin membuat pertanyaan berkaitan dividen dan bonus sila hubungi;

No Tel1-300-80-5454
Laman webhttps://www.bankrakyat.com.my/
Facebookhttps://www.facebook.com/myBANKRAKYAT
Twitterhttps://twitter.com/myBANKRAKYAT

ARTIKEL BERKAITAN

Share your love

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *