PERMOHONAN DOMAIN PERCUMA PKS (Apply biz.my )
Kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) kerajaan ada menyediakan domain laman web percuma .biz.my dan Go2 Brand kepada PKS secara percuma dan ini diharapkan mampu mendorong PKS dan usahawan menjalankan perniagaan dalam talian dan memiliki platform e-dagang sendiri.
Bagaimana cara Permohonan domain PKS ini? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BIZ.MY DAN GO2 BRAND
BIZ.MY + GO2 Brand Standard adalah aplikasi pemasaran digital yang menyatukan semua platform digital dengan nama domain tunggal.
Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Program Realisasi Impian Ekonimi Digital (PRIME) bagi menggalakkan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) ke arah penggunaan digital dalam ekonomi di seluruh Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN DOMAIN PERCUMA PKS
Terbuka kepada semua PKS Mikro yang berdaftar dengan SSM (pejabat tempatan & pejabat daerah di Sabah & Sarawak)
KADAR HARGA PEMBAHARUAN DOMAIN SELEPAS SETAHUN
Pendaftaran .BIZ.MY melalui PRIME dibenarkan hanya untuk tempoh 1 tahun sahaja. Yuran pembaharuan nama domain yang didaftarkan melalui PRIME akan dimaklumkan oleh MYNIC.
TEMPOH PERMOHONAN DOMAIN PERCUMA PKS
Promosi domain percuma untuk PKS ini bermula pada 1 Disember 2021 dan akan berakhir pada 31 Disember 2021.
CARA PERMOHONAN DOMAIN PERCUMA PKS
Berikut adalah merupakan cara permohonan Domain:
- Layari pautan MYNIC https://mynic.my/prime
- Klik pada Dapatkan .BIZ.MY Percuma Sekarangh!
- Masukkan nama domain pilihan anda dan tekan butang cari.
- Sekiranya domain pilihan anda masih belum dipilih orang lain (available), anda layak untuk memohon domain tersebut. Klik pada teruskan
- Untuk anda mendapatkan .BIZ.MY percuma 1 tahun, maklumat berikut diperlukan:
- Kod kupon dari agensi yang terlibat: MYBIZ
- Maklumat pendaftaran syarikat – lengkapkan semua maklumat diperlukan.
- Muat naik salinan sijil pendaftaran syarikat atau perniagaan – upload maklumat yang diperlukan
- Setelah lengkap semuanya, sahkan maklumat anda dan tekan Hantar.
- Permohonan anda telah berjaya.
Berikut adalah tindakan yang perlu di lakukan selepas anda selesai membuat permohonan .BIZ.MY melalui PRIME:
- Anda akan menerima emel pengesahan permohonan.
- Hantar salinan sijil pendaftaran syarikat atau perniagaan kepada [email protected] bagi pengesahan kelayakan.
- Pihak MYNIC akan memproses permohonan anda dan e-mel pengaktifan nama domain akan dihantar sekiranya permohonan anda berjaya
SOALAN LAZIM
Apakah Kelebihan Program Domain PKS ini?
- Memperkukuhkan kehadiran digital PKS Mikro sedia ada di media sosial dan e-Pasaran
- Gabungkan semua platform digital dengan nama domain tunggal
- Meningkatkan nilai dan kepercayaan jenama di pasaran
- Tingkatkan jangkauan pasaran dengan mempromosikan PKS Mikro Malaysia bersama jenama & produk mereka
- Selain itu Pendaftaran .BIZ.MY melalui PRIME akan mendapat pakej GO2 Brand Standard* yang mempunyai perkhidmatan pemetaan (domain redirect) ke lima (5) aplikasi popular seperti WhatsApp, Instagram, Google Maps dan banyak lagi.
Siapakah yang layak untuk memohon .BIZ.MY melalui PRIME?
Permohonan .BIZ.MY di bawah PRIME dibuka untuk Perusahaan Kecil Sederhana Mikro (MSME). MSME merangkumi kategori Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana seperti yang boleh dirujuk di SME Corp Malaysia.
Berapa banyak .BIZ.MY yang boleh saya mohon di bawah PRIME?
- Setiap MSME hanya layak memohon satu (1) biz.my secara percuma selama satu (1) tahun sepanjang tempoh promosi.
- Pendaftaran baru .BIZ.MY berikutnya akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM80 setahun (tidak termasuk cukai perkhidmatan 6%).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Doman Percuma PKS, anda boleh merujuk:
- Layari laman portal MYNIC: https://mynic.my/prime
- Soalan lazim FAQ di https://mynic.my/biz/faq/#prime
ARTIKEL LAIN
MyASSIST MSME:CARA DAFTAR LOGIN PLATFORM PKS(myassist-msme.gov.my)
SEMAKAN DANA PERNIAGAAN & BIMBINGAN KEMAHIRAN PKS
CARA DAFTAR EZASSIST(REGISTER PROGRAM SMART SELLER)