Cara Log Masuk E-Pembelajaran SPLKPM Guna Platform E-LATiH
Adakah anda berminat untuk daftar e-LATiH?Siapakah layak menyertai portal pembelajaran percuma dibawah HRD Corp?Pekerja dan orang awam kini boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kerjaya melalui portal pembelajaran percuma di bawah HRD Corp iaitu e-LATiH.Bagaimanakah cara log masuk E-Pembelajaran SPLKPM E-LATiH?
APA ITU e-LATiH?
e-LATiH akan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia menerusi akses percuma kepada lebih daripada 200 kursus latihan yang disesuaikan dengan keperluan industri negara. Selain itu juga, e-LATiH merupakan hab e-pembelajaran terbaharu sebagai usaha membantu rakyat Malaysia dalam tempoh sukar memerangi COVID-19.
APA ITU HRD Corp?
Menerusi portal e-LATiH, pengguna boleh mengakses kursus dan pengisian berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia.
SENARAI KURSUS E-Pembelajaran SPLKPM E-LATiH
Portal ini juga menyediakan lebih 400 modul dan kursus kemahiran yang disediakan bagi tujuan pembelajaran terbabit.
Terdapat 12 kategori kursus yang ditawarkan menerusi portal e-LATiH ini iaitu:
- Pembangunan Peribadi
– Meningkatkan kemahiran pekerja dan individu, sama ada untuk persiapan menghadapi temuduga, mempelajari bahasa baru ataupun meningkatkan pemikiran kritis.
- Pengurusan Projek
– Kemahiran pengurusan projek untuk memulakan, merancang, melaksana dan mengurus inisiatif baharu serta perubahan dalam organisasi.
- Kepimpinan
– Meningkatkan kemahiran sebagai pengurus dan pemimpin dalam aspek pengurusan diri, pasukan dan organisasi dengan berkesan. Selain itu, kemahiran lain juga disediakan seperti cara berkomunikasi dengan berkesan, berfikir secara strategik serta memberi inspirasi kepada orang lain.
- Pendigitan
– Kemahiran mengenai dunia transformasi dan teknologi digital bagi mengharungi perubahan digital.
- Pemasaran & Inovasi
– Kemahiran untuk meningkatkan pendapatan perniagaan, mengembangkan produk baharu, serta menghasilkan jenama yang berkesan seperti penjualan dan perundingan, pemasaran dan pengiklanan, atau pengurusan inovasi dan penghasilan produk baharu.
- Pengaturcaraan
– Pengekodan asas hingga kejuruteraan perisian canggih, tingkatkan kemahiran pengaturcaraan komputer, teknologi internet dan sains data.
- Kelestarian
– Kemahiran untuk memastikan kelestarian kehidupan dan alam sekitar.
- Kemahiran Kewangan
– Kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam bidang kewangan seperti ‘bookkeeping’, perakaunan, dan analisis kewangan.
- Bahasa
– Mempelajari bahasa baharu bagi perjalanan ke luar negara atau ingin bercakap dengan bangsa asing yang berdekatan dengan rumah.
- Perkhidmatan Pelanggan
– Kemahiran dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan melalui proses dan pemikiran yang berkesan.
- Industri Spesifik
– Pengetahuan seperti Aeroangkasa, Bahan Komposit, Makanan dan Minuman, Hospitaliti, hingga Pembuatan Lean (Lean Manufacturing) dan banyak lagi.
- Kesihatan dan Keselamatan
– Pengetahuan penjagaan keselamatan diri dan individu lain di tempat kerja untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan.
CARA DAFTAR e-LATiH (REGISTER PORTAL signup.elatih.com)
Berikut adalah cara daftar portal e-LATiH:
- Layari laman web pendaftaran e-LATIH
- Masukkan maklumat akaun dan klik butang ‘Continue.’
- Masukkan maklumat peribadi dan klik butang ‘Create Account.’
- Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
- Ikuti kursus-kursus yang ditawarkan.
CARA LOG MASUK e-PEMBELAJARAN SPLKPM MELALUI e-LATiH
- Layari pautan e-LATIH dan log masuk akaun anda
- Pilih mana-mana tajuk e-Pembelajaran yang bersesuaian. Klik pada tajuk kursus tersebut
- Baca butiran kursus yang diberikan. Sekiranya ingin mengikuti kursus tersebut, klik pada Enrol Now.
- Seterusnya klik pada Continue Watch untuk mula menonton video kursus tersebut
- Tonton video kursus tersebut sehingga tamat. Salin nama kursus tersebut untuk dimasukkan dalam SPLKPM nanti.
- Sijil akan dijana selepas video tamat. Muat turun sijil dengan cara klik pada kotak kecil yang terdapat di bahagian bawah.
- Kemudian log masuk SPLKPM (modul Individu)
- Pada paparan utama klik pada bahagia menu, pilih Pembelajaran Kendiri > e-Pembelajaran.
- Klik pada Tambah Aktiviti dan isikan butiran yang diperlukan.
- Setelah siap diisi, klik pada Simpan dan maklumkan kepada setiausaha SPLKPM untuk semakan dan pengesahan. Selesai
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai portale-LATiH,
sila layari laman web https://elatih.hrdcorp.gov.my/.
ARTIKEL LAIN
- SPLKPM Login splkpm.moe.gov.my(Lupa Password & Reset)