BAGAIMANAKAH CARA DAFTAR eBANKER PRO BANK ISLAM?
Kepada pelanggan Bank Islam, kini Bank Islam telah memperkenalkan perkhidmatan eBanker Pro bagi memudahkan pengurusan tunai dengan lebih pantas dan efisyen. Disini kami kongsikan cara daftar dan pemindahan wang melalui ebanker Pro, semoga membantu.
APA ITU eBANKER PRO BANK ISLAM
eBanker Pro ialah penyelesaian berasaskan internet yang inovatif dan komprehensif dengan ciri yang dipertingkatkan yang membolehkan anda melaksanakan transaksi kewangan dan mendapatkan maklumat akaun dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia adalah cara yang mudah dan selamat untuk menguruskan transaksi perbankan harian anda.
CIRI YANG ADA PADA eBANKER PRO
Berikut adalah merupakan ciri yang terdapat pada pekhidmatan ini:
- Akses Tanpa Had 24/7
- Aplikasi Mudah Alih Yang Selamat
- Pembayaran DuitNow dan JomPAY Secara Pukal
- Melihat Berbilang Akaun Perniagaan Dengan Akses Tunggal
KELAYAKAN eBANKER PRO
eBanker Pro diperluaskan kepada pelanggan Perniagaan sahaja (Syarikat / PKS / Perkongsian / Profesional / Persatuan / Kelab / Pertubuhan / Masjid / Surau dan Badan Kerajaan) yang membuka akaun korporat dengan Bank Islam Malaysia Berhad.
KADAR CAJ & YURAN eBANKER PRO
Untuk melihat kadar caj & yuran, sila merujuk Appendix A
WAKTU OPERASI & TEMPOH PENGKREDITAN eBANKER PRO
Untuk melihat waktu operasi & pengkreditan, sila merujuk Appendix B
CARA DAFTAR eBANKER PRO BANK ISLAM
Untuk melanggan eBanker Pro, anda hendaklah daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan https://vao.bankislam.com.my/eBankerPro/index.aspx
- Lengkapkan borang secara atas talian dengan tepat anda berserta tandatangan yang sah.
- Cetak borang tersebut dan hantar ke cawangan Bank Islam yang berdekatan dengan anda
- Anda akan menerima email & sms (kecuali pengguna Data Entry bagi eMasjid / eBanker Lite) untuk pengaktifan.
CARA LOGIN eBANKER PRO (Kali Pertama)
Berikut adalah merupakan cara log masuk bagi pengguna kali pertama:
- Anda akan menerima ID PENGGUNA dan KATA LALUAN melalui e-mel daripada [email protected]
- Buka e-mel dan Klik Dua Kali pada fail PDF yang dilampirkan. Klik butang OPEN untuk membuka fail PDF
- Masukkan kata laluan anda dengan gabungan 3 huruf Pertama nama anda dengan 4 Digit Terakhir no IC/Pasport
- PDF berjaya dibuka dengan maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara
- Log masuk ke eBanker Pro (https://eBankerPro.bankislam.biz) dan Masukkan maklumat. Teruskan dengan Klik butang LOGIN
- eBanker Pro akan meminta anda untuk Tukar Kata Laluan. Isi semua maklumat.
- Paparan mesej berjaya akan tertera, anda akan dibawa ke halaman utama eBanker Pro
- Selesai
CARA PINDAHAN WANG GAJI eBANKER PRO
Berikut adalah merupakan cara pindahan wang gaji secara pukal.
- Muat turun Format Fail yang disediakan oleh Bank di bawah eBanker Pro pada pautan TEMPLAT FAIL
- Isikan maklumat transaksi anda mengikut format yang disediakan oleh Bank dan SIMPAN fail
- Log masuk ke eBanker Pro (https://eBankerPro.bankislam.biz) dengan menggunakan ID Korporat anda (MAKER). Teruskan dengan Klik butang LOGIN
- Klik pada PERKHIDMATAN PEMBAYARAN KORPORAT dan teruskan dengan Klik pada PAYROLL, dan Klik Butang MUAT NAIK FAIL PAYROLL
- Masukkan maklumat dan butiran yang diperlukan. Setelah selesai, Klik butang SUBMIT
- Jika format fail dalam sah, muat naik anda berjaya. Jika anda ingin melihat butiran fail, anda boleh klik pada pautan FILE BATCH REF NO.
- Setelah klik pada butang HANTAR, eBanker Pro akan meminta mesej BERJAYA untuk disebut bahawa transaksi sudah dihantar ke peringkat CHECKER untuk tindakan seterusnya. Selesai
MAKLUMAT LANJUT eBANKER PRO BANK ISLAM
Untuk maklumat lanjut mengenai eBanker Bank Islam, sila layaru website rasmi Bank Islam
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR BANK ISLAM BIZ (Pendaftaran Kali Pertama)
LOGIN BANK ISLAM ONLINE(BIMB):CARA DAFTAR BANK ISLAM IB(Register bankislam.biz)
TUKAR NO BANK ISLAM (CARA UPDATE NOMBOR TELEFON TAC DAN BUAT KEMASKINI)
TEMUJANJI BANK ISLAM ONLINE(Cara Buat Permohonan & Booking Slot Janji Temu)