eGUMIS (Cara Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online)
Pernah kah anda mendengar tentang wang tak dituntut(WTD)? Sekiranya ya mesti anda juga ingin membuat semakan terhadap wang anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan WTD secara online menerusi website eGumis Wang Tak Dituntut
, semoga membantu
APA ITU WANG TAK DITUNTUT
Wang Tak Dituntut (WTD) merupakan sejumlah wang yang tidak dituntut milik mana-mana individu atau sesebuah syarikat. Antara contoh Wang Tak Dituntut (rekod WTD) membabitkan individu adalah seperti akaun simpanan bank yang tidak aktif beberapa tahun namun terdapat sejumlah wang, tuntutan insurans dan wang cagaran bayaran utiliti (Deposit TNB, Syabas, TM dan lain-lain yang berkaitan).
KATAGORI WANG TAK DITUNTUT
Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).
- Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
- Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.
- Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
CONTOH WANG TAK DITUNTUT
Berikut adalah merupakan antara contoh WTD
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan
- Dividen
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
- Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit
- Wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun (Akaun simpanan / Akaun semasa / Simpanan tetap)
CARA DAFTAR eGUMIS
Untuk membuat semakan wang tak dituntut, anda boleh membuat semakan meneru website eGumis. Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda daftar terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:
- Layari website eGumis: https://egumis.anm.gov.my/
- Klik pada Pendaftaran
- Isikan malumat yang diperlukan seperti berikut:
- Nama Penuh (seperti pada dokumen pengenalan diri)
- Jenis Pengenalan
- Pengenalan
- E-mel (tujuan verifikasi)
- Nama Pengguna
- Kata Laluan
- Ulang Kata Laluan
- Setelah lengkap semuanya, tick pada Terma dan Syarat dan tick juga pada I’M Not Robot kemudian klik Daftar
CARA LOGIN eGUMIS WANG TAK DITUNTUT (Kali Pertama)
Setelah anda selesai proses pendaftaran, berikut adalah merupakan cara log masuk kali pertama:
- Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
- Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel.
- Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
- Pengguna juga perlu Kemaskini maklumat pengguna.
CARA BUAT SEMAKAN eGUMIS WANG TAK DITUNTUT
Setelah pengemaskini anda berjaya, berikut adlaah merupakan cara membuat semakan
- Log masuk akaun eGumis anda
- Klik pada Klik Di Sini Untuk Carian Wang Tak Dituntut
- Anda boleh membuat semakan menerusi dua cara sama ada:
- Nombor pengenalan diri
- Nombor pendaftaran syarikat
- Paparan maklumat mengenai WTD akan tertera (jika ada)
- Anda boleh mencetak maklumat WTD tersebut
Nota: Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.
CARA TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT (WTD)
Sekiranya terdapat jumlah WTD, anda buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank anda terkini. Berikut adalah merupakan caranya:
- Buat semakan pada WTD anda
- Pilih pada WTD yang anda ingin tuntutkan
- Kemudian klik pada kotak biru Teruskan Dengan Permohonan
- Ikuti arahan selanjutnya sehingga proses tuntutan anda selesai.
PEMOHON LAYAK TUNTUT eGUMIS WANG TAK DITUNTUT
Berikut adalah merupakan permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:
- Empunya/pemilik WTD sendiri;
- Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
- pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
- Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai eGumis Wang Tak Dituntut, anda boleh layari website rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia https://egumis.anm.gov.my/
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN STATUS eMAKLUM:CARA CHECK NOTIFIKASI INVOIS BAYARAN/DOKUMEN (emaklum.anm.gov.my)