ePeneroka FELDA:SEMAKAN STATUS PENYATA PINJAMAN (JUMLAH PENGHAPUSAN HUTANG)
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status penyata Hutang peneroka FELDA?Ia dapat disemak melalui melayari ePeneroka Portal FELDA.
SEMAKAN SYARAT PELUPUSAN HUTANG FELDA
Berikut adalah Syarat Pelupusan Hutang FELDA:
- Pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM8.0 bilion, yang akan memberi manfaat kepada 92,441 orang peneroka (iaitu meliputi 82% dari keseluruhan 112,638 warga peneroka);
- Pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM168 juta, melibatkan 52,180 peneroka (iaitu meliputi 46% warga peneroka);
- Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021, bernilai RM78 juta, melibatkan 38,043 peneroka (iaitu meliputi 34% warga peneroka); dan
- Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM56 juta, yang akan dinikmati 6,711 orang peneroka (iaitu kira-kira 6% warga peneroka).
CARA SEMAK PENYATA HUTANG/JUMLAH PENGHAPUSAN HUTANG PENEROKA FELDA ONLINE
Berikut adalah Cara membuat semakan penyata hutang dan jumlah penghapusan hutang FELDA secara online adalah seperti berikut:
- Layari Portal ePeneroka di pautan https://eportal.felda.net.my
- Masukkan user ID & Kata Laluan *
- Tekan Home
- Tekan Statements
- Download file dan boleh buat semakan
- Peneroka boleh mula log in dan menyemak penyata hutang masing-masing.
NOTA: *Sila hubungi pejabat rancangan masing-masing bagi mendapatkan Kata Laluan tersebut.
ATAU
Peneroka Boleh Log In sendiri melalui portal di atas dengan menggunakan id dan password seperti di bawah :-
User id : *NO KP PENEROKA* (tanpa *-*)
Password : *Felda@<4 digit terakhir no KP>* F mesti huruf besar.
CONTOH KATA LALUAN PENEROKA FELDA
User id : 670101114031
Password : Felda@4031
Macam mana nak mohon Bantuan Khas Covid-19?
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN ePeneroka FELDA
Jika anda perlukan maklumat lanjut & pertayaan,sila hubungi:
Tel: 03 2191 2191
Faks: 03 2191 2590
Emel: [email protected]
FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Alamat:
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA,Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
*Sila hubungi Pejabat Rancangan anda jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah mengakses Portal ePeneroka.