GO SECURE BANK ISLAM (Aktifkan GO by Bank Islam)

BAGAIMANAKAH CARA AKTIFKAN FUNGSI GO SECURE BANK ISLAM?

Jika anda adalah pengguna online banking Bank Islam, kini anda boleh menggunakan kelebihan yang sedia ada. Ini kerana Bank Islam telah memperkenalkan bank digital melalui aplikasi GO By Bank Islam. Semestinya aplikasi ini lebih selamat (secure). Dengan adanya aplikasi digital, pasti pihak Bank Islam akan terus menawarkan lebih banyak kelebihan ketika menggunakan perkhidmatan mereka. Disini kami akan kongsi cara aktifkan fungsi GO Secure Bank Islam, semoga membantu.

APA ITU APLIKASI GO BY BANK ISLAM

Go by Bank Islam adalah aplikasi perbankan mudah alih yang ditawarkan oleh Bank Islam yang membolehkan anda mengakses akaun Bank Islam dan melaksanakan perkhidmatan tertentu dengan cepat dan selamat melalui peranti mudah alih anda 24 jam sehari.

APA ITU FUNGSI GO SECURE BANK ISLAM

Fungsi GO secure adalah untuk mengantikan SMS TAC atau SMS i-Access Code daripada Bank Islam

CARA DAFTAR APLIKASI GO BY BANK ISLAM

Berikut adalah cara untuk mendaftar aplikasi Go Bank Islam :

  1. Muat turun (download) dan Install Go by Bank Islam di Google Playstore atau App Store
  2. Selepas memuat turun aplikasi Go by Bank Islam, anda perlu membuat pendaftaran menggunakan ID Pengguna Perbankan Internet dan kata laluan anda serta nombor Kad Pengenalan / Dokumen Pengenalan untuk memaut telefon anda dengan ID Pengguna Perbankan Internet.
  3. Untuk pengguna Perbankan Internet Bank Islam sedia ada:-
    • Masukkan ID Pengguna dan kata laluan
    • Masukkan nombor Kad Pengenalan / Dokumen Pengenalan
    • Masukkan kod IAC yang diterima melalui nombor telefon berdaftar anda
  4.  Jika tiada ID Pengguna, anda perlu membuat pendaftaran Perbankan Internet terlebih dahulu melalui https://www.bankislam.biz.

 CARA AKTIFKAN FUNGSI GO SECURE BANK ISLAM

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan aplikai ini, anda mesti memiliki handphone/smartphone Android/iPhone. Seterusnya ikuti langkah-langkah pendaftaran di bawah:

  1. Muat turun (download) dan Install Go by Bank Islam di Google Playstore atau App Store
  2. Buka aplikasi tersebut dan klik Allow bagi permulaan.
  3. Log masuk menggunakan Username dan kata laluan anda
  4. Pada menu utama klik pada button Menu disebelah bawah.
  5. Seterusnya klik pada setting dan klik pada bahagian GO Secure.
  6. Kemudian masukkan nombor i – Access Code (IAC) yang diterima melalui SMS untuk aktifkan GO Secure.
  7. GO Secure sudah berjaya diaktifkan. Selepas mengaktifkan GO Secure, pembayaran boleh dibuat seperti biasa.
  8. Pilih Bank Islam. Klik notifikasi Go by Bank Islam
  9. Selepas buka aplikasi Go, klik button GO Secure di sebelah kiri bawah.
  10. Kemudian boleh klik button Confirm selepas sahkan detail transaksi.
  11. Isikan nombor yang dipaparkan di ruangan kotak merah.
  12. Pembayaran transaksi berjaya.

PERKHIDMATAN GO BY BANK ISLAM

Berikut adalah merupakan antara perkhidmatan yang tersedia emlalui aplikasi ini

  1. Penyata akaun untuk :
    • Akaun simpanan / semasa
    • Akaun Deposit Bertempoh & Akaun Pelaburan
    • Kad Kredit-i
    • Akaun Pembiayaan
  2. Pindahan dana kepada senarai ‘Favourite’ anda
  3. Bayaran bil dalam senarai ‘favourite’ anda
  4. Bayaran kepada Kad Kredit-I dan akaun pembiayaan Bank Islam
  5. Kongsi resit transaksi kepada orang lain
  6. Pengesahan transaksi melebihi RM10,000 yang dibuat melalui Perbankan internet Bank Islam (pengesahan transaksi)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai aplikasi GO ByBank Islam, anda boleh merujuk:

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR APLIKASI BE U BANK ISLAM (Register & Aktifkan Online)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *