PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN PERCUMA(Kes Syariah Penceraian Jenayah Sivil)
Sekiranya anda memerlukan khidmat bantuan guaman tetapi tidak berkemampuan, kini anda boleh mendapatkan khidmat peguam dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) secara percuma atau bayaran pendaftaran serandah RM10.
Khidmat bantuan guaman yang ditawarkan adalah seperti khidmat nasihat, pengantaraan, pendamping guaman dan berguam di mahkamah (litigasi) yang membabitkan perkara sivil, syariah dan jenayah. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu
APA ITU JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG)
Jabatan Bantuan Guaman telah ditubuhkan pada September 1970 dan objektifnya adalah untuk memberi bantuan dan nasihat guaman serta khidmat pengantaraan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan untuk memberi kesedaran undang-undang kepada masyarakat dengan cekap,tepat dan berkesan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN GUAMAN (JBG)
Untuk melayakkan anda mendapat bantuan guaman anda hendaklah:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas.
Sekiranya pemohon berusia dibawah 18 tahun, ibubapa atau penjaga hendaklah menjadi pemohon bagi pihak.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan maklumat dan dokumen yang diperlukan:
- Kad pengenalan
- Surat nikah/cerai asal
- Perintah perceraian
- Sijil kelahiran anak
- Butiran pekerjaan
- Nama majikan
- Perakuan daripada majikan
- Penyata gaji
- Laporan perubatan
- Laporan polis
- Maklumat saksi
- Pengesahan pemastautinan pihak yang menuntut
- Apa-apa dokumen yang berkaitan
KADAR BAYARAN BANTUAN GUAMAN (JBG)
Bayaran RM10 dikenakan untuk pendaftaran dan jumlah selebihnya yang perlu dibayar bergantung pada gaji tahunan anda serta kes individu anda.
Walaubagaimanapun, berdasarkan gambar di bawah menjelaskan sekiranya anda berpendapatan kurang daripada RM30,000 setahun, bantuan guaman anda adalah percuma.
CARA PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN PERCUMA JBG
Berikut adalah cara untuk dapatkan khidmat bantuan guaman Jabatan Bantuan Guaman (JBG):
- Pergi ke mana-mana cawangan JBG berhampiran anda
- Lengkapkan beberapa borang yang diperlukan
- Buat pembayaran yuran pendaftaran sebanyak RM10.
SENARAI CAWANGAN JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG)
Berikut adalah merupakan senarai cawangan JBG di Malaysia untuk anda hubungi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut:
JABATAN BANTUAN GUAMAN | |
JOHOR BAHRU JB | 07-2235698 |
MUAR, JOHOR | 06-9514700 |
KEDAH | 04-7333467 |
KELANTAN | 09-7448660 |
KUALA LUMPUR / KL | 03-20780769 |
MELAKA | 06-2845519 / 06-2843396 |
NEGERI SEMBILAN | 06-6013844 / 06-6013843 |
KUANTAN, PAHANG | 09-5159244 |
TEMERLOH, PAHANG | 09-2969410 |
BUTTERWORTH PENANG | 04-3108451 / 04-3108452 |
PULAU PINANG PENANG | 04-2617451 |
PERAK | 05-2550523 |
PERLIS | 04-9770272 |
SHAH ALAM SELANGOR | 03-55107007 |
KUALA SELANGOR | 03-32812428 |
TERENGGANU | 09-6220249 |
SABAH | 088-232662 |
SARAWAK | 082-448077 |
MAKLUMAT LANJUT GUAMAN PERCUMA
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Guaman Percuma, anda boleh layari website rasmi Jabatan Bantuan Guaman di pautan www.jbg.gov.my
ARTIKEL LAIN
CARA BUAT REPORT POLIS ONLINE(Laporan Polis)
SEMAKAN REKOD JENAYAH PASANGAN SEBELUM KAHWIN (Guna Nombor IC)
CARA TUNTUT HUTANG BAWAH RM5 000 MELALUI MAHKAMAH(Prosedur & Dokumen Tuntutan Kecil)
Slm, slamsejaterah bagaimana klu saya nak buat temujanji dgn peguam ini pengalaman pertama saya seumur hidup dan saya tidak tahu sebelum ini kerna saya memang dah lama nak cari tapi saya dah tak mampu untuk semua tapi untuk hak saya sebagai seorang ibu saya mahu buat temu janji alhamdulilah bersyukur pada allah sebagai seorang ibu tunggal saya pun mahu keadilan kerna saya dah tak tak arah tapi saya bersyukur pada allah dan yakin allah tunjukkan saya alhamdulilah
Alhamdulilah saya rasa saya layak dan berterimah kasih dan bersyukur pada allah amin
Assalamualaikum.
Tuan/puan,
Macam mana saya nak mohon bantuan guaman percuma JBG untuk urusan perceraian saya ye? saya cuba hubungi cawangan KL tapi tak dapat.
Askum saya perlukan bantuan Dari seorang Yang lebih mahir tentang issue penceraian.
Saya mohon biro bantuan guaman kerana tidak manpu dn hnya berkerja sambilan shja dgn pendptan bwh 1k…urusan penceraian.sebab suami sudah lantik penguam utk alasan sya nusyuz..jadi sya y terpaksa guna biro bantuan guaman bagi menbela saya melawan dari pihak suami sya..
9hb 8 2023 saya akan hadir untuk afidavit keterangan bertulis…saya amat terdesak waktu ini…saya tiada kemampuan untuk ambil peguam berbayar,di sebabkan saya hanya niaga kecil kecilan ,pendapatan tidak tetap,sekarang dah 2 bulan lebih x niaga di sebabkan hal ini…mohon perhatian perhatian dari Pehak tuan/puan kadar segera…
Assalamualaikum.. nak tanya bagaimana nak tuntut faraid arwah suami,
Keluarga mertua tidak mahu beri sijil kematian suami.. setiap kali berklinik jururawat akan minta.
Keluarga mertua sudah buat penuntutan di mahkamah syariah ke atas harta suami.. sekarang dalam proses
.
Saya berumur 54 tahun…saya telah dibuang kerja tanpa sebab setelah dimalukan didepan rakan² sekerja oleh GM..
Bolehkah saya menyaman malu keatas beliau dan layakkah saya mendapat khidmat Jabatan Bantuan Guaman..?
Salam selamat tengahari saya seorang non muslim (orang asli) dh berpisah dengan suami salama 11tahun, suami sy dh kawin baru tetapi dalam sistem jpn sy masih lgi isteri sah. Macam mna saya nak dpatkan surat cerai, kami brpisah suka sama suka tetapi tiada surat cerai