CARA SEMAK HARGA BRACES DI KLINIK GIGI SWASTA & KERAJAAN
Sekiranya anda merancang untuk pakai orthodontic braces (pendakap gigi), semestinya anda ingin menyemak kadar harga rawatanya. Untuk mendapatkan rawatan braces ini di Malaysia semestinya anda mempunyai dua pilihan sama ada di klinik gigi kerajaan (KKM) mahupun klinik gigi swasta.
Disini kami akan kongsikan kadar harga bagi klinik gigi swasta dan kerajaan, semoga membantu.
APA ITU ORTHODONTIC BRACES
Orthodontic braces atau pendakap gigi adalah rawatan ortodontik bagi membetulkan kedudukan gigi. Ada juga kes di mana gigi elok tersusun tapi hakikatnya gigitan antara rahang atas dan bawah tak bertemu dengan betul.
PROSUDER RAWATAN ORTHODONTIC BRACES
Kebiasaannya prosuder pemasangan adalah seperi berikut:
- Temujanji pertama doktor gigi akan buat pemeriksaan gigi secara menyeluruh dan x-ray gigi.
- Doktor juga akan membuat satu acuan berdasarkan gigi asal kita untuk rujukan mereka.
- Temujanji seterusnya doktor akan memberi sebut harga (kos keseluruhan) untuk pemasangan braces berdasarkan keadaan gigi yang telah dinilai oleh mereka.
- Jika kita setuju, doktor akan terangkan risiko dan berapa banyak gigi perlu dicabut (jika ada).
- Gigi akan dicabut terlebih dahulu sebelum memulakan pemasangan pendakap gigi. Gigi rosak juga akan ditampal.
- Setelah selesai, temujanji seterusnya barulah pemasangan bracket akan bermula. Pemasangan ini akan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih.
- Akhir sekali, wayar besi akan dipasang untuk mengikat gigi bersama getah yang berwarna-warni. (Part ni ramai yang excited kan).
- Doktor akan pastikan tak ada rasa tajam dalam mulut supaya tiada luka. Kalau semua ok, barulah selesai pemasangannya.
Nota: Sekiranya anda masih rasa tak selesa, anda boleh maklum kepada doktor gigi tersebut.
HARGA BRACES KLINIK KERAJAAN
Berikut adalah merupakan harga rawatan braces di klinik kerajaan:
- RM 500 – RM 700 akan dikenakan untuk aplians tetap
- RM 100 untuk aplians boleh tanggal jenis simple
- RM 200 untuk aplian boleh tanggal jenis kompleks
Nota: Harga mungkin berubah mengikut keadaan semasa
JENIS BRACES YANG ADA DI KLINIK SWASTA
Berikut adalah merupakan antara jenis braces yang ada di klinik gigi swasta:
- Braces Jenis Damon
- Mampu memperbaiki keadaan gigi yang tidak sejajar dan kebiasaannya gigi tidak perlu dicabut. Keadaan gigi juga mampu diperbaiki dengan cepat dan mudah. Malah untuk tujuan permbersihan juga mudah.
- Harga Braces damon
- Clear: RM 7,000 hingga RM 9,000.
- Metal: RM 6,000 hingga RM 8,000.
- Harga Braces damon Q jenis:
- Metal: RM 6,500 hingga RM 8,500
- Clear: RM 7,500 hingga RM 10,000.
- Braces Jenis Metal
- Kekal yang tidak boleh ditanggalkan sepanjang tempoh gigi dibetulkan.
- Harga Braces metal: RM 4,000 hingga RM 5,000.
- Braces Jenis Ceramic
- Saiznya yang lebih kecil tetapi mudah rosak dan mudah memerangkap kekotoran.
- Harga Braces ceramic: RM 6,500 hingga RM 8,500.
- Braces Jenis Invisalign
- Merupakan braces paling cantik dan tidak menampakkan dawai braces.
- Harga braces invisalign: RM 8,000 hingga RM 25,000.
- Braces Jenis Lingual
- Dawai braces akan dipasang pada belakang gigi, untuk pembetulan penjajaran gigi adalah lebih berkesan.
- Harga braces lingual: RM 20,000 hingga RM 25,000.
HARGA BRACES KLINIK SWASTA
Bagi yang ingin dapatkan rawatan braces di klinik swasta, harganya adalah pelbagai bergantung kepada klinik berdasarkan faktor berikut:
- Deposit
- Kadar harga caj deposit ketika pertama kali rawatan
- Harga Total
- Adalah harga keseluruhan rawatan braces. Harganya berbeza-beza bergantung juga kepada jenis braces.
- Ansuran Bulanan
- Kebanyakkan klinik swasta akan mengenakan caj bayaran secara ansuran.
- Harga ansuran bulanan ialah baki yang anda perlu bayar secara ansuran setiap bulan bila anda datang review braces. Dan bergantung pada klinik kerana ada yang caj ansuran bulanan sehingga pesakit habis bayar jumlah baki dan juga ada yang akan caj pesakit selagi braces tak ditanggalkan.
- Harga X-Ray
- Pastikan anda mengetahui terlebih dahulu sama ada caj xray termasuk pakej atau berasingan.
- Harga bagi setiap x-ray adalah antara RM 80 hingga RM 200.
- Harga Retainer
- Harga retainer adalah antara RM 500 ke atas bergantung kepada jenis dan klinik.
- Harga Cabut Gigi
- Pemakaian braces pasti memerlukan anda untuk cabut sekurang-kurangnya 2 batang gigi.
- Bagi klinik yang tak sertakan caj cabutan gigi, anda perlulah sediakan wang untuk cabutan gigi kira-kira RM 120 sebatang.
ARTIKEL LAIN
TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN ONLINE:CARA BUAT APPOIMENT(Klinik Kesihatan & Gigi Kerajaan)
Boleh tanya ,kalau pasang braces untuk gigi atas shaja adakah hrga nya tetap Rm5000 ke atas ?