HPP RAPID KL 2022 (Permohonan Pelan Pelindungan Hospital Percuma 50000 Penumpang)

HPP RAPID KL 2022 (Permohonan Pelan Pelindungan Hospital Percuma 50000 Penumpang)

HPP RAPID KL

Adakah anda pengguna Rapid KL? Sekiranya ya, Rapid KL kini menawarkan satu inisiatif yang dikenali Pelan Perlindungan Hospital (HPP). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan dan maklumat mengenai HPP ini, semoga membantu.

 

APA ITU HPP RAPID KL

Hospital Protection Plan (HPP) atau Pelan Perlindungan Hospital merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan untuk memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam yang akan dipacu oleh program Duta Rel dengan penawaran secara percuma selama tiga bulan dalam satu kerjasama dengan syarikat insurans antarabangsa American International Group Malaysia Insurance Berhad (AIG).

 

TARIKH PERMOHONAN HPP RAPID KL

Permohonan boleh dibuat bermula daripada 16 Jun 2022

 

KADAR ELAUN HARIAN

Kepada pengguna polisi HPP akan mendapat elaun tunai harian sebanyak RM50 setiap sehari jika dimasukkan ke hospital sehingga 14 hari disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu

 

MUAT TURUN APLIKASI PULSE

PULSE adalah aplikasi mudah alih yang direka untuk membantu penumpang pengangkutan awam di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan. Ini membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka di sepanjang laluan dan rangkaian Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan dengan lebih mudah. Berikut adalah merupakan pautan muat turun

 

CARA PERMOHONAN HPP RAPID KL

Pengguna Rapid KL boleh membuat permohonan untuk memohon dan mendaftar pelan ini menerusi aplikasi mudah alih PULSE bermula daripada 16 Jun 2022.

 

DUTA REL RAPID KL

Di bawah program Duta Rel atau Rail Ambassador, Rapid KL memberi penekanan baru dalam pengaliran informasi maklumat untuk para pelanggan menerusi penggunaan aplikasi PULSE

  1. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan dan pengurus-pengurus stesen akan bertindak sebagai duta kepada para penumpang dan mereka boleh dikenalpasti dengan mudah dengan pemakaian selempang dan topi ‘ASK ME’.
  2. Sebagai permulaan, duta Rapid KL akan berada di 19 buah stesen iaitu:
    • Masjid Jamek
    • IOI Puchong Jaya
    • Bandar Tasik Selatan
    • Bandaraya
    • Maluri (untuk Laluan Ampang)
    • Stesen KL Sentral
    • Pasar Seni
    • Wangsa Maju
    • KLCC
    • Subang Jaya (untuk Laluan Kelana Jaya)
    • Bukit Bintang
    • Imbi
    • KL Sentral
    • Hang Tuah (untuk Laluan Monorel)
    • Bukit Bintang
    • Maluri
    • Pasar Seni
    • Muzium
    • Cochrane

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai HPP Rapid KL, sila layari website rasmi MyRapid di pautan https://myrapid.com.my/ms/

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA APLIKASI PULSE PRASARANA (CHECK BAS TREN RAPID KL)

 

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *