i-SURI KWSP SARAWAK:DAFTAR & CARA PERMOHONAN RM60 SETAHUN UNTUK SURIRUMAH
APA ITU i-SURI KWSP SARAWAK
Program Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) KWSP.
Melalui bajet Sarawak 2021,kerajaan negeri akan memberi bantuan sebanyak RM60.00 setahun, sebagai caruman penambahan kepada RM480.00 yang merupakan insentif khas daripada Kerajaan Persekutuan, menjadikan jumlah sebanyak RM540.00.
Nak tahu TARIKH BUKA PERMOHONAN BARU BPR 2021?
Manfaat i-SURI :
- Boleh membuat pengeluaran mengikut syarat yang ditetapkan
- Bantuan Kematian RM2500.00
- Menerima Dividen tahunan
- Jika mendapat kemalangan kecacatan boleh mendapat RM5000.00
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan i-SURI :
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
- KIR Wanita berstatus balu, bujang atau bercerai
- Berdaftar e-Kasih
CARA PERMOHONAN i-SURI KWSP SARAWAK
Ketua daerah, kaum dan masyarakat dapat menguar-uarkan mengenai pendaftaran ini agar masyarakat tidak terlepas daripada manfaat eKasih dan i-SURI.
Untuk makluman, cara daftar i-Suri KWSP ini tidak boleh dilakukan secara online. Anda perlu isi borang dan menghadirkan diri ke mana-mana pejabat KWSP terdekat.
Ikuti langkah mudah permohonan caruman i-Suri KWSP seperti di bawah:
- Datang ke mana-mana pejabat KWSP terdekat
- Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
- Dapatkan Borang i-Suri – KWSP 16G (M). Ini adalah untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
- Lengkapkan borang
- Lengkapkan juga Borang i-Suri – KWSP 6A (2) semasa buat pembayaran.
- Untuk memudahkan urusan, anda boleh siap-siap muat turun, cetak dan isi di rumah sebelum menghadirkan diri ke cawangan KWSP.
MUAT TURUN BORANG iSURI KWSP
Klik sini untuk download Borang i-Suri – KWSP 16G (M)
Klik sini untuk download Borang i-Suri – KWSP 6A (2)
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.
Saya ucapkan ribuan terima kasih pada kerajaan terutama pada kerja menteri sarawak kerana members bantuan