CARA DAFTAR iCLEAN SELANGOR(Permohonan Lupuskan Sampah Pukal/ Barang Terpakai)
Kepada warga penduduk di Selangor, kini anda sebenarnya boleh membuat aduan dan memohon perkhidmatan pembuangan sampah secara percuma dengan menggunakan aplikasi iClean Selangor. Antara kelebihan yang ditawarkan dalam aplikasi ini ialah anda boleh mengemukakan aduan bergambar serta lokasi untuk memastikan lokasi yang tepat.
Bagaimana cara untuk daftar dan membuat permohonan pelupusan sampah atau barang terpakai? Disini kami kongsikan caranya.
APA ITU iCLEAN SELANGOR
iClean Selangor adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengutip barang-barang besar yang ingin dilupuskan oleh penduduk yang tinggal di Selangor. Aplikasi iClean Selangor yang dibangunkan atas inisiatif kerajaan Selangor bagi memudahkan penduduk untuk kemukakan aduan pembersihan di kawasan mereka.
MUAT TURUN APLIKASI iCLEAN SELANGOR
Bagi memudahkan urusan anda, anda boleh memuat turun dan intasll aplikasi i-Clean Selangor di telefon anda. Berikut adalah merupakan pautan aplikas:
CARA DAFTAR iCLEAN SELANGOR
Bagi pengguna kali pertama, anda hendaklah terlebih dahulu mendaftar akaun dengan i-Clean Selangor. Berikut adalah merupakan caranya.
- Buka aplikasi i-Clean Selangor anda
- Klik butang Daftar Sekarang untuk mendaftar.
- Isikan maklumat yang diperlukan:
- Nama Penuh, Nama Profil dan Nombor Kad Pengenalan, kemudian tekan seterusnya.
- Alamat, Nombor Telefon, Alamat E-mel, dan pilih Pihak Berkuasa Tempatan anda dan tekan ‘Seterusnya’.
- Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, tekan butang DAFTAR untuk menghantar, seterusnya anda boleh menggunakan akaun tersebut.
Nota: ID Pengguna adalah diambil dari Nombor Kad Pengenalan secara automatik oleh sistem dan ianya tidak boleh diubah.
CARA MEMBUAT ADUAN / MENGGUNAKAN i-CLEAN SELANGOR
Setalah selesai proses pendaftaran, berikut adalah cara untuk membuat aduan:
- Log Masuk akaun dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan & Kata Laluan anda kemudian klik Masuk.
- Klik Aduan Baru pada senarai aduan ataupun klik butang Hantar Aduan pada Menu Utama untuk mencipta aduan baru.
- Pilih PBT yang bertanggunjawab dahulu diikuti Definisi Masalah iaitu Aduan serta Sub Aduan.
- Klik pada Upload untuk memilih gambar yang ingin dimuat-naik.
- Masukkan Huraian Masalah berkenaan aduan yang ingin dilaporkan dibahagian yang disediakan.
- Seterusnya isikan maklumat berkenaan seperti, Pilih Kawasan Operasi dan Pilih Sub-Kawasan dan sistem akan mencadangkan kawasan diatas peta.
- Sistem akan dapatkan alamat secara automatik berpandukan lokasi yang di plot, tetapi pengguna boleh memasukkan alamat secara manual di bahagian Penerangan Lokasi.
- Tekan butang Hantar untuk menghantar, tekan butang Reset untuk menetapkan semula ataupun tekan butang Batal untuk tidak hantar.
- Setelah berjaya, sistem akan memaparkan aduan tersebut secara terperinci untuk tatapan pengadu berserta garis masa yang diambil oleh kakitangan Kdeb Waste Management bagi menyelesaikan aduan tersebut. Disini anda boleh mengetahui status terkini mengenai aduan anda.
- Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai iClean Selangor, anda boleh layari website rasmi Majlis Perbandaran Kuala Selangor
Iclean selangor phone number
Aduan awam juga boleh disalurkan kepada perkhidmatan pelanggan KDEBWM di 1-800-88-2824/019-375 9592 atau melalui WhatsApp (019-2742824).
ARTIKEL LAIN
KAD PERAKUAN NIKAH SELANGOR (JAIS):Cara Permohonan Baru / Gantian
TEMUJANJI ZAKAT SELANGOR(Cara Tempah & Booking Slot Khidmat Taksir Zakat zakatselangor.com.my/janjitemu)