PERMOHONAN & RENEW KAD DEBIT MAE (Apply Card Online)
Sudahkah anda mengetahui tentang KAD MAE . Bagi melengkapkan penggunaan dompet MAE untuk perbelanjaan harian anda, pihak Maybank telah memperkenalkan kad Debitt MAE Visa baharu. Anda boleh membuat permohonan kad debit melalui aplikasi MAE dengan mudah isitu secara online dan kad akan dihantar terus kepada mereka selepas mendapat kelulusan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan pembaharuan kad debit ini, semoga membantu.
Ketahui juga caraREGISTER MAE MAYBANK
KELEBIHAN KAD DEBIT MAE
Kad MAE ini dilengkapi dengan pelbagai faedah termasuk kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara. Apabila anda membuat perjalanan luar negara, jumlah dalam dompet MAE akan ditukar secara automatik ke matawang negara yang diziarahi, membolehkan anda mengetahui dengan tepat jumlah dana perbelanjaan yang ada.
Apakah Perbezaan Kad MAE vs Kad debit Maybank?
Perkhidmatan | Kad MAE | Kad Debit Maybank |
---|
Cara Membuka Akaun | Memuat turun aplikasi MAE, isikan butiran peribadi, muat naik kad pengenalan | Melalui cawangan Maybank, aplikasi atas talian |
Caj Tahunan | Tiada caj | RM 8 |
Caj Penggantian Kad | RM 12 | RM 12 |
Caj Tambah Nilai di Kaunter | RM 5 | Tiada caj |
Caj Salinan Penyata | RM 10 – RM 20 + RM 1 setiap muka surat | Tiada caj |
Had Baki Maksimum | RM 4,999 (RM 10,000 dengan kad) | Baki dalam akaun debit |
Had Transaksi Bulanan Maksimum | RM 5,000 (RM 10,000 dengan kad) | Tiada had |
Had Transaksi Tahunan Maksimum | RM 60,000 (RM 120,000 dengan kad) | Tiada had |
Had Tambah Nilai | Minimum RM 10 | Baki dalam akaun debit |
Kadar Tukaran Wang | Mengikut kadar Visa | Mengikut kadar bank dan Visa |
Perbandingan Kad Debit MAE vs BigPay vs Wise
Perbandingan Ciri-ciri | Kad MAE Maybank | Kad BigPay | Kad Wise |
---|---|---|---|
Kelayakan | Warganegara atau penduduk Malaysia | Warganegara atau penduduk Malaysia | Tersedia di kebanyakan negara di seluruh dunia |
Caj Perkhidmatan Akaun | Percuma untuk membuka akaun, RM 8 tahunan untuk kad debit | RM 2.50/bulan untuk akaun tidak aktif (caj telah dikecualikan) | Tiada bayaran |
Mata Wang Tersedia | Ringgit Malaysia | Ringgit Malaysia | Lebih daripada 50 jenis mata wang |
Kadar Tukaran | Ditentukan oleh Maybank, Visa, atau rakan pembayaran Maybank dengan markup | Mid-market exchange rate + markup | Mid-market exchange rate |
Kiriman Wang ke Bank Antarabangsa | Bergantung kepada status akaun, terhad jika hanya memiliki akaun MAE | Lebihan 80 negara termasuk UK, EU, China, Australia, dll. | Lebihan 80 negara di seluruh dunia |
Caj Kiriman Wang ke Bank Antarabangsa | Berbeza bergantung kepada jenis pembayaran | RM 0.5 – RM 22 bergantung kepada pasaran | Caj yang rendah, telus berdasarkan destinasi |
Butiran Akaun Tempatan untuk Terima Bayaran | Tidak | Tidak | Ya – diperlukan untuk terima bayaran dari lebih 30 negara |
Caj Pengeluaran ATM | Tiada caj untuk pengeluaran dari ATM tempatan | RM 6 MYR dalam Malaysia, RM 10 MYR luar negara | Percuma sehingga RM 1,000/bulan |
Caj Transaksi Luar Negara | Caj mungkin dikenakan bergantung kepada jenis pembayaran | Sehingga 1% + caj rangkaian | Percuma untuk belanja dalam sebarang mata wang |
Berapa Kadar Tukaran MAE?
Kadar Tukaran MAE | Perincian |
---|---|
Keupayaan Penggunaan | Boleh digunakan untuk belanja dan pengeluaran wang di luar negara. |
Mata Wang Asas | Ringgit Malaysia (RM). |
Proses Tukaran Mata Wang | Wang dalam akaun MAE perlu ditukar ke mata wang asing semasa membuat transaksi antarabangsa. |
Penentuan Kadar Tukaran | Kadar tukaran ditentukan oleh Visa. |
Kebolehpercayaan Kadar Tukaran | Kadar yang digunakan mungkin berbeza daripada kadar pasaran semasa dan mungkin termasuk caj tambahan yang tidak dijangka. |
Penggunaan Fungsi ‘Scan and Pay’ | Transaksi dalam mata wang asing menggunakan kadar tukaran yang ditetapkan oleh rakan kongsi Maybank, yang mungkin termasuk tambahan margin. |
CARA PERMOHONAN KAD DEBIT MAE
Kepada anda yang ingin membuat permohoanan, berikut adkalah merupakan caranya:
- Login dahulu akaun MAE log di LOGIN MAE MAYBANK
- Pergi ke menu maybank2u
- Tekan pada bahagian akaun
- Pada bahagian akaun tekan pada kotak kuning di bawah iaitu “ tap to apply”
- Lihat pada bahagian request card
- Permohonan kad akan dikenakan cas sebanyak 8 ringgit
- Tekan butang continue
- Pop up akan keluar dan tekan butang proceed
- Untuk tujuan keselamatan, anda dikehendaki swafoto dan ambil gambar kad pengenalan
- Tekan butang continue
- Scan gambar kad pengenalan( pastikan bahagian depan dicondongkan sedikit agar Nampak gambar bunga raya)
- Masukkan alamat kediaman
- Masukkan OTP kod yang di hantar ke telefon anda
- Permohonan Berjaya
- Kad akan dihantar dalam tempoh 7 hari bekerja
- RM 8 ringgit akan ditolak dari akaun MAE anda
CARA AKTIFKAN KAD DEBIT MAE
Setalah anda menerima kad debit tersebut, berikut adalah merupakan cara pengaktifan iaitu:
- Login dahulu akaun MAE
- Tekan bahagian aktif now
- Masukkan activation code
- Kod terdapat pada pampletyang dihantar Bersama kad MAE anda
- Cipta 6 digit pin
- Komformkan semula 6 digit pin anda
- Masukkan OTP kod yang di hantar ke telefon anda
- Kad anda Berjaya diaktifkan
KADAR HARGA RENEW KAD DEBITMAE
Untuk makluman anda, tiada sebarang caj dikenakan untuk memperbaharui kad debit ini.
CARA RENEW KAD DEBIT MAE
Berikut adalah merupakan cara untuk memperbaharui kad debit anda iaitu:
- Buka aplikasi MAE
- Pada paparan utama klik pada Maybank2u (berada di bahagian bawah)
- Seterusnya pilih pada Cards dan klik pada MAE Debit Card
- Pada bahagian Card Management, Scroll ke bawah dan pilih Virtual Card Renewal.
- Kemudian masukkan kata laluan akaun MAE anda dan klik Continue
- Seterusnya pilih Renew My Virtual Card dan klik Approve untuk mengesahkan pembaharuan kad melalui Secure2u
- Selesai, kad debit anda kini telah berjaya diperbaharui
SOALAN LAZIM (FAQ)
Berapakah cas yang akan dikenakan jika memohon kad MAE?
- Permohonan kad akan dikenakan cas sebanyak 8 ringgit
Berapa lama tempoh masa kad akan sampai selepas permohonan dibuat?
- Kad akan dihantar dalam tempoh 7 hari bekerja
Bagaimana jika Kad MAE tak sampai?
Sila hubungi pihak Maybank.
Berikut adalah senarai saluran komunikasi yang boleh digunakan oleh pelanggan Maybank:
Panggilan Dalam Negara:
- Telefon: 1-300 88 6688
Panggilan Dari Luar Negara:
- Telefon: +603-7844 3696
E-mel:
- Alamat e-mel: [email protected]
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh layari https://www.maybank2u.com.my/mae
ARTIKEL BERKAITAN:
- CARA MUAT TURUN & DOWNLOAD PENYATA MAE MAYBANK (Bank Statement)
- CARA TAMBAH PELABURAN ASB (MAE CIMB CLICK /RHB NOW/PBE BANK/HONG LEONG /MAYBAN2U/i-RAKYAT/BANK ISLAM)
- REGISTER MAE MAYBANK (Cara Daftar & Aktifkan Online)
mohon share
knpa tak dpt apply kad mae ye