KEMASKINI i-CITRA:CARA TUKAR NO AKAUN BANK/EMAIL/ALAMAT

KEMASKINI i-CITRA

KEMASKINI i-CITRA:CARA TUKAR NO AKAUN BANK/EMAIL/ALAMAT

Untuk pengetahuan anda, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.

i-Citra KWSP berfungsi bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi tempoh sukar semasa pandemik Covid-19 ini.

Adakah anda sudah memohon? Adakah anda silap semasa memohon? yang tersilap memasukkan jumlah amaun pengeluaran sebab salah tarik jumlah yang sepatutnya, anda pasti mahu tahu cara kemaskini i-Citra bukan? Adakah dibenarkan untuk update secara online di https://icitra.kwsp.gov.my ?

Empat perkara utama yang perlu dikemaskini ialah:

  • Alamat E-mel
  • Alamat Surat-Menyurat Terkini
  • Nama Bank
  • Nombor Akaun Bank

 

CARA KEMASKINI i-Citra KWSP (CARA TUKAR EMAIL/ALAMAT)

Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Masuk portal rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my
  2. Isi ruangan Nombor MyKad / MyPR
  3. Isi ruangan Nombor Telefon Bimbit
  4. Tekan butang TERUSKAN
  5. Tunggu SMS dari pihak KWSP.

(Contoh kandungan SMS tersebut adalah seperti berikut: “RM0 KWSP: Permohonan i-Citra. OTP 999999. Sila hubungi KWSP di 03-89224848 sekiranya tidak membuat permohonan”).

  1. Masukkan NOMBOR OTP yang diterima dari telefon bimbit
  2. SAHKAN NOMBOR OTP dengan menekan butang
  3. Jika otp tak sampai, buat KEMASKINI NO TELEFON i-CITRA KWSP BAGI PROSES OTP/TAC

Selesaikan Bahagian 1: Amaun Pengeluaran

Masuk ke Bahagian 2: Maklumat Permohonan

Semak maklumat permohonan i-Citra anda

  1. Nama Penuh
  2. Nombor MyKad / MyPR
  3. Nombor Telefon Bimbit
  4. Kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu
  • Alamat E-mel (Untuk pengesahan permohonan)
  • Alamat Surat-Menyurat Terkini
  • Poskod
  • Bandar
  • Negeri

 

CARA KEMASKINI i-Citra KWSP (CARA TUKAR NO AKAUN BANK)

Selepas anda kemaskini alamat E-mel dan alamat surat-menyurat terkini, anda dikehendaki mengemaskini dan tukar no akaun bank

  1. Di ruangan Adakah anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?,
  2. Buat pilihan Ya
  3. Masukkan Nama Bank yang dikehendaki oleh anda
  4. Pilihan yang ada adalah seperti berikut:
    • AFFIN BANK BERHAD
    • AGROBANK
    • AL RAJHI BANK (M) BHD
    • ALLIANCE BANK
    • AMBANK (M) BHD
    • BANK MUAMALAT (M) BHD
    • BANK RAKYAT
    • BANK ISLAM (M) BHD
    • BANK SIMPANAN NASIONAL
    • CIMB BANK BHD
    • CITIBANK BERHAD
    • EON BANK BERHAD
    • HSBC BANK (M) BHD
    • HONG LEONG BANK
    • KUWAIT FINANCE HOUSE (M) BHD
    • MAYBANK
    • OCBC BANK (M) BHD
    • PUBLIC BANK BHD
    • RHB BANK BHD
    • STANDARD CHARTERED
    • UOB (M) BHD
  5. Masukkan Nombor Akaun Bank yang dipilih oleh anda
  6. Setelah anda masukkan Nombor Akaun Bank, akan keluar satu lagi ruangan yang menunjukkan paparan “Sila isikan semula nombor akaun bank”
  7. Anda perlu mengisi lagi sekali no akaun bank.
  8. Jika anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, anda tidak boleh kemaskini dan teruskan permohonan i-Citra.
  9. Jadi, masukkan sekali lagi di ruangan yang bertulis “Sila isikan semula nombor akaun bank”
  10. Pilih jawapan kepada soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana
    • Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji)
    • Kehilangan pekerjaan (diberhentikan)
    • Telah lama tiada pekerjaan / pendapatan
    • Mengalami penguran pendapatan / gaji
    • Membantu pasangan / ahli keluarga yang terjejas
    • Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan / pendapatan tidak terjejas
    • Sebab-sebab lain
  11. Pilih jawapan kepada soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk
    • Menampung perbelanjaan keperluan asas harian / bulanan
    • Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain)
    • Perbelanjaan / ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu
    • Menampung kos pendidikan / pembelajaran anak-anak
    • Menambah simpanan / dana kecemasan
    • Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain)
    • Membiayai kos melakukan kerja harian / pernagaan kecil-kecilan
    • Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan
    • Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang
    • Perbelanjaan bukan keperluan asas
    • Hal-hal lain
  12. Tekan pada butang TERUSKAN
  13. Buat Pengesahan Permohonan

 

Artikel lain i-CITRA:

> Cara Daftar i-CITRA KWSP 
> Rujuk I-CITRA PORTAL 

> Bagaiamanakah cara buat semakan status i-CITRA KWSP?

> hubungi juga TALIAN HOTLINE i-CITRA

 

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my

Bertanya pada Ask ELYA di laman web rasmi KWSP

Melayari media sosial rasmi KWSP

Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

 

 

 

 

Leave a Comment