KIOSK MYONLINE PASSPORT(Lokasi Terdekat)

KIOSK MYONLINE PASSPORT (Cara Guna & Lokasi Terdekat)

Terkini Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini memperkenal Kiosk MyOnline Passport bagi memudahkan proses dan permohonan mendapatkan dokumen perjalanan itu kepada pelanggan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor di sini.

APA ITU PASPORT

Passport Malaysia adalah satu dokumen perjalanan yang sah dan dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk maksud perjalanan luar negara. Warganegara Malaysia adalah layak memohon di semua pejabat Imigresen di Malaysia termasuk di UTC. Pasport juga boleh dibuat di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara. Tempoh sah laku Pasport adalah lima tahun dari tarikh dikeluarkan.

TUJUAN DIWUJUDKAN KIOSK MYONLINE PASSPORT

Kiosk ini bertujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan pasport dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu JIM Selangor mengambil pendekatan proaktif dengan mewujudkan kiosk ini dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang hadir bagi mendapatkan naskhah PMA dengan lebih mudah dan cepat.

KATAGORI YANG LAYAK GUNA KIOSK

Kategori yang layak diberi kemudahan kiosk ini adalah:

  • Pemohon yang berumur 13 tahun ke atas yang bukan dari kategori ermohonan PMA baru, Warga emas dan Orang kurang upaya (OKU)
  • PMA yang hilang atau rosak
  • Pelajar berusia 21 tahun ke bawah yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara.

CARA GUNA KIOSK MYONLINE PASSPORT

Berikut adalah merupakan cara guna kiosk ini:

  1. Pergi ke mana-mana wakil Kiosk yang berhampiran anda
  2. Klik pada screnn mesin kiosk tersebut
  3. Pilih mana-mana urusan yang anda inginkan
  4. Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai

LOKASI KIOSK MYONLINE PASSPORT

Pada masa kini, Kiosk Myonline Passport pertama dilancarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor. Ini kerana Pengeluaran PMA yang tinggi telah menjadikan Imigresen Selangor antara pejabat pengeluar PMA yang tertinggi di Malaysia

CARA RENEW PASPORT ANTARABANGSA ONLINE

Selain daripa menggunakan kiosk, anda juga boleh membuat permohonan pembaharuan passport secara online. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan pembaharuan pasport melalui sistem myIMMs:

  1. Layari pautan: https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport
  2. Baca terma dan syarat yang tertera kemudian klik Setuju.
  3. Isi maklumat yang diberikan kemudian klik butang Cari.
  4. Muat naik gambar pasport anda.
  5. Seterusnya buat pembayaran untuk untuk melengkapkan proses permohonan.

NOTA: Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

Pengambilan Pasport. Tarikh dan masa pengambilan passport yang telah dipohon akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

ARTIKEL LAIN

sto.imi.gov.my STO 2.0 (PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN MALAYSIA)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *