KWSP 10K TERKINI 2022 (Tarikh Pengeluaran One-Off RM10000?)
Mesti anda tidak sabar-sabar untuk mengelukan duit hasil titik peluh anda yang ada dalam akaun KWSP. Ramai sudah sedia maklum bahawa pada 16 Mac 2022, pihak kerajaan telah bersetuju dalam membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Walau bagaimanapun, sidang media oleh Perdana Menteri tidak tidak memberikan apa-apa maklumat tambahan. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran KWSP 10k ini akan dibuat oleh pihak KWSP dan juga Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
APA ITU PENGELUARAN KHAS KWSP ?
Lanjutan daripada perjuangan yang dibuat oleh Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju dalam membenarkan pengeluaran khas KWSP 10K orang ramai berterima kasih dan bersyukur dengan pengeluaran khas yang tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini. Untuk semak baki akaun KWSP anda boleh layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
TARIKH PERMOHONAN KWSP 10K
Permohonan pengeluaran akaun KWSP ini boleh mula dibuat bermula 1 April 2022 sehingga tarikh tutup 30 April 2022. Lambat mohon lambat la dapat duit.
TARIKH BAYARAN KWSP 10K
Bagi Tarikh bayaran pula, Pembayaran pertama pengeluaran akaun KWSP RM10,000 ini adalah bermula 18 April 2022.
MOHON ONLINE ATAU ISI BORANG MANUAL DI CAWANGAN KWSP?
Berdasarkan info yang kami tahu, permohonan pengeluaran hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Ini adalah berdasarkan hantaran KWSP di Facebook yang tidak menyatakan apa-apa borang yang boleh diambil dari cawangan KWSP berhampiran dan diisi secara manual.
LINK UNTUK LOGIN DAN APPLY PENGELUARAN KHAS
1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan klik Mohon Sekarang
2. Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum amaun pilihan pengeluaran.
B. Tetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran Anda dengan menaip amaun pilihan
5. Tekan TERUSKAN
6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN
7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan Tandakan ✅ sebelum tekan HANTAR. Selesai.
ARTIKEL LAIN
PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K (Permohonan & Semakan Status 2022)
PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP ONLINE (Guna i-Akaun)
SEMAKAN TARIKH PERMOHONAN & BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2022
i-AKAUN VIEW MODE:CARA DAFTAR KWSP ONLINE(HUBUNGI HOTLINE @ KIOSK KWSP)
CARA AKTIFKAN I-AKAUN KWSP (Untuk Ahli & Majikan)
e-Payroll KWSP:KEMASKINI & URUS REKOD GAJI(Guna i-Akaun)