Program Khas Peralihan Lesen Memandu Motosikal Kelas B1 dan B2 Kepada Lesen B Penuh.
Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan program khas untuk memudahkan pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Motosikal Kelas B1 dan B2 menaik taraf kepada Lesen B full. Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, telah mengesahkan bahawa program ini adalah hasil dari cadangan Timbalan Perdana Menteri dan akan dilaksanakan mulai 1 Oktober 2024.
Apa Itu Lesen B Penuh?
Lesen B penuh adalah lesen yang membolehkan pemegangnya menunggang motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 500cc, termasuk motosikal berkuasa tinggi yang sering digunakan oleh penunggang profesional.
Jenis Kelas Lesen B
Di Malaysia, lesen memandu dibahagikan kepada pelbagai kelas untuk menandakan jenis kenderaan yang boleh dipandu. Kelas B1 dan B2 merujuk kepada motosikal dengan kapasiti enjin yang lebih rendah, manakala Lesen B penuh membolehkan pemegangnya menunggang motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 500cc.
Tarikh Pelaksanaan / Permohonan Lesen B Full
- Tarikh Pelaksanaan: Program khas ini akan bermula pada 1 Oktober 2024.
- Tempoh Program: Program ini tidak mempunyai tarikh tamat yang ditetapkan dan akan berterusan sehingga dimaklumkan kemudian.
Syarat Kelayakan Permohonan Lesen B Full
- Pemegang Lesen Aktif: Pemohon mesti memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minima 10 tahun.
- Bebas Senarai Hitam: Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, atau rekod sabitan kesalahan berat.
- Deklarasi Kesihatan: Pemohon perlu membuat deklarasi sihat tubuh badan, fizikal, dan minda.
- Program Peralihan: Menghadiri dan lulus program peralihan di Institut Memandu (IM), termasuk amali penunggangan, informasi pemanduan selamat, dan pengoperasian motosikal berkuasa besar selama 2 jam.
- Pengesahan QTO: Mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh Qualified Training Officer (QTO) di IM.
Kadar Harga Tukar Lesen B Full
Kos yuran pertukaran dari Lesen B1/B2 ke Lesen B penuh adalah sebanyak RM160.
Cara Permohonan Lesen B Full
Berikut adalah merupakan cara bagi membuat permohonan lesen B Penuh ini iaitu:
- Pendaftaran di Institut Memandu (IM): Mendaftar di institut memandu yang terlibat.
- Program Peralihan dan Penyesuaian: Mengikuti program amali penunggangan selama dua jam dan mendapatkan informasi pemanduan selamat. Yuran untuk program ini adalah RM160.
- Pengesahan oleh Qualified Training Officer (QTO): Mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar dari QTO.
Menggabungkan Kelas B1 dengan Kelas B
Mulai 1 Oktober 2024, LMM Kelas B1 akan digabungkan dengan LMM Kelas B. Ini bermakna tiada lagi pendaftaran untuk kelas B1 akan diterima. Pemegang lesen B1 sedia ada boleh memilih untuk kekal dengan lesen B1 atau mengikuti program khas untuk mendapatkan lesen B.
Soalan Lazim (FAQ) Lesen B Full
- Bilakah pelaksanaan program peralihan lesen B1, B2 kepada lesen B penuh?
- Mulai 1 Oktober 2024.
- Berapa lama tempoh program amali penunggangan ini?
- Program amali penunggangan berlangsung selama dua jam sahaja.
- Apakah kos yang terlibat?
- Kos yuran untuk program peralihan adalah sebanyak RM160.
- Apakah syarat kelayakan?
- Pemegang Lesen Aktif, Bebas Senarai Hitam, Deklarasi Kesihatan, Menghadiri dan Lulus Program Peralihan, Pengesahan QTO.
- Bagaimana cara memohon?
- Daftar di IM, Ikuti Program Peralihan, Dapatkan Pengesahan QTO, Bayar Yuran RM160.
Artikel Lain: