CARA LOGIN ALLIANCE BANK ALLIANCEONLINE:CARA REGISTER ONLINE BANKING(allianceonline.com.my)
Sekiranya anda pelanggan kepada Alliance Bank,anda boleh membuat transaksi secara online dengan cara register login Alliance Bank AllianceOnline di allianceonline.com.my
Setelah mendaftar online baking, anda boleh lgin untuk membuat sebarang transaksi contohnya check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.
Bagaimanakah cara register Alliance Bank Online Banking?Bagaimanakah cara login Alliance Bank AllianceOnline ?
Disini kami ingin kongsikan cara untuk register & login Alliance Bank Online Banking. Semoga membantu
PENGENALAN ALLIANCE BANK
Alliance Bank Malaysia Berhad adalah salah satu institusi kewangan di bawah kelolaan Alliance Financial Group. Selain Alliance Bank, Institusi kewangan lain di bawah Alliance Financial Group adalah Alliance Investment Bank Berhad, Alliance Investment Management Berhad dan Alliance Islamic Bank Berhad.
Alliance Bank Malaysia Berhad ditubuhkan pada 19 Januari 2001. Pada tahun 2004, Alliance Finance Berhad bergabung dengan Alliance Bank. Pada tahun 2006 pula Alliance Merchant Bank Bhd menukar namanya kepada Alliance Investment Bank Bhd.
Seperti kebanyakan Institusi Perbankan di Malaysia, Alliance Bank juga menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian (internet banking) melalui sistem “allianceonline”. Allianceonline menawarkan kemudahan kepada pelanggan Alliance Bank menguruskan urusan perbankan mereka secara atas talian.
CARA DAFTAR ALLIANCE BANK ALLIANCEONLINE
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara daftar Alliance Bank Online Banking:
- Terlebih dahulu, Aktifkan Online Banking di Mesin Atm
- Pergi ke cawangan ATM Alliance Bank yang terdekat.
- Masukkan KAD ATM anda serta nombor PIN.
- Seterusnya, pilih OTHER SERVICES.
- Kemudian, pilih MORE SERVICES.
- Pada skrin seterusnya, pilih INTERNET BANKING ACTIVATION OR UPGRADE.
- Masukkan NOMBOR TELEFON
- Tekan butang untuk PRESS IF CORRECT.
- Proses anda selesai.
- Layari laman web: https://www.allianceonline.com.my/personal/register/register.do
- Pilih ATM/DEBIT CARD
- Masukkan 16 DIGIT NOMBOR ATM dan PIN
- Masukkan T-PIN yang dihantar ke nombor telefon Anda,
- Masukkan USERNAME dan PASSWORD yang anda ingin gunakan.
- Pilih salah satu SECURE PHARSE anda inginkan
- Pilih WARNA anda inginkan
- Baca TERMS & CONDITIONS. Tick pada
- Tekan SUBMIT.
- Selesai
CARA LOGIN ALLIANCE BANK ALLIANCEONLINE
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login Alliance Bank Online Banking:
- Layari laman web: https://www.allianceonline.com.my/personal/login/login.do
- Masukkan USERNAME tekan Login
- Sahkan SECURITY IMAGE anda, tick pada ruangan disediakan
- Masukkan PASSWORD
- Tekan butang LOGIN
- Login anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun Alliance Bank Online Banking anda.
SOALAN LAZIM
Apa itu T-PIN AllianceOnline?
T-PIN (PIN Sementara) adalah kod keselamatan 6 digit yang unik yang dihantar melalui SMS (Perkhidmatan Pesanan Ringkas) ke nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan. Ia berfungsi sebagai pengesahan tambahan di atas proses pengesahan kad atau ID.
Berapa banyak percubaan yang saya dibenarkan untuk pengesahan PIN ATM atau Kad Kredit Alliance Bank?
Pelanggan diberi tiga percubaan untuk pengesahan PIN ATM atau Kad Kredit. Selepas itu, kad akan disekat.
Bagaimana jika saya mempunyai masalah dengan pendaftaran AllianceOnline?
Sila hubungi Pusat Perhubungan Alliance Bank di talian 03-5516 9988 untuk mendapatkan bantuan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan login Alliance Bank AllianceOnline sila rujuk:
- Telefon pusat panggilan: 03-5516 9988
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR NO HP ALLIANCE BANK (Update Mobile Phone Number)
LOGIN ALLIANCE BANK ALLIANCEONLINE:CARA REGISTER ONLINE BANKING(allianceonline.com.my)
Kenapa tak boleh login ke allianceonline menggunakan telefon baru?.username tak dapat dikesan. Mohon bantu