CARA LOGIN BANK ISLAM ONLINE(BIMB):CARA DAFTAR BANK ISLAM IB(Register bankislam.biz)
Bagaimana cara daftar Bank Islam Online? Apakah syarat – syarat yang perlu anda tahu? Jangan risau, artikel ini akan kongsikan secara terperinci langkah yang perlu anda buat untuk mendaftar dan login Bank Islam online.
PENGENALAN BANK ISLAM
Bank Islam ditubuhkan pada mulanya untuk memberi alternatif kepada rakyat muslim di negara ini menggunakan perbankan berlandaskan Syariah. Sejak ia mula ditubuhkan pada 1 Julai 1993, telah banyak inisiatif dan kemudahan yang telah diperkenalkan kepada pelanggan mereka.
Terbaharu, Bank Islam telah memperkenalkan Bank Islam IB untuk memudahkan pelanggan membuat transaksi perbankan atas talian seiring dengan perkembangan digital pada masa kini.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN PERBANKAN ATAS TALIAN BANK ISLAM
Untuk daftar perbankan atas talian Bank Islam, anda mestilah :
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Mempunyai Akaun Individu Semasa/Simpanan ; atau
- Mempunyai Akaun Tunggal;
- Mempunyai Kad ATM/Debit Bank Islam;
- Mempunyai PIN ATM.
Jika anda sudah lengkap syarat ini, anda boleh membuat pendaftaran atas talian Bank Islam di https://www.bankislam.biz
CARA DAFTAR BANK ISLAM ONLINE(Register bankislam.biz)
Untuk mendaftar secara atas talian :
- Layari laman sesawang Bank Islam IB https://www.bankislam.biz
- Klik pada pilihan FIRST TIME USER
- Baca terma dan syarat yang dikemukakan. Anda diminta klik pada kotak dan klik
- Klik Continue sekali lagi pada paparan seterusnya.
- Masukkan Nombor Kad ATM/Debit kad dan masukkan Nombor PIN ATM anda.
- Langkah berikutnya, anda isikan User ID, Kata Laluan dan ulang kata laluan untuk sahkan.
- Masukkan alamat emel anda yang aktif dan nombor telefon bimbit semasa/terkini.
- Sediakan Kata Laluan Rahsia anda dan klik pada gambar rahsia yang dipaparkan.
- Sediakan tiga soalan rahsia beserta jawapan.
- Klik Submit untuk teruskan.
- Pada paparan seterusnya anda diminta untuk membuat pengesahan butiran yang telah anda masukkan. Jika telah betul, tekan Confirm untuk teruskan.
- Seterusnya anda akan mendapat paparan “Congratulation, your Internet Banking registration is successful”.
- Pendaftaran anda selesai! Tekan login untuk masuk ke akaun anda.
CARA LOGIN BANK ISLAM ONLINE
Berikut adalah cara log masuk Bank Islam:
- Buka https://www.bankislam.biz
- Klik Internet Banking Login.
- Sila masukkan User ID, klik butang Login.
- Buat pengesahan Online Image dan KATA KESELAMATAN milik akaun
- Masukkan Password, klik butang Login.
- Sekarang Anda sudah berjaya login IB Bank Islam online.
- Sila cuba semak baki akaun Bank Islam melalui online
SOALAN LAZIM LOGIN BANK ISLAM ONLINE
Bagaimana jika dipaparkan maklumat pengguna tidak sah semasa pendaftaran bank Islam online?
Anda perlu menelefon pusat panggilan kami di 03 2690 0900 atau emelkan kepada [email protected] untuk bantuan.
Berapakah jumlah amaun maksima untuk pemindahan wang kepada pihak ketiga melalui Bank Islam, Interbank Giro (IBG)/DuitNow,/Tabung Haji dan SSPN-i?
Jumlah transaksi maksimum ialah RM50,000.00 sehari bersama dengan permindahan maksimum wang pihak ketiga melalui Bank Islam, IBG, DuitNow, Tabung Haji ke Bank Islam (Persendirian/ Ketiga), Bank Islam ke Tabung Haji (Persendirian/ Ketiga), Tabung Haji ke Pihak Ketiga Tabung Haji, SSPN-i ke Bank Islam (Persendirian/ Ketiga), Bank Islam ke SSPN-i (Persendirian/ Ketiga), SSPN-i ke Pihak Ketiga SSPN-i
Bagaimanakah saya hendak mengubah had transaksi online bank islam ?
- Log masuk https://www.bankislam.biz dan klik “Settings”
- Pilih “Transaction Limit Maintenance”.
- Masukkan had transaksi baru anda.
- Nombor IAC akan dihantar ke telefon anda dan teruskan dengan langkah pada paparan untuk melengkapkan permintaan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang login Bank Islam online hubungi 03 2690 0900 atau emelkan kepada [email protected] untuk bantuan.
ARTIKE LAIN
TEMUJANJI BANK ISLAM ONLINE(Cara Buat Permohonan & Booking Slot Janji Temu)
Saya ingin mendaftar akaun bank internet
Login bank Islam
Saya mohon login bank Islam
Saya mohon login id