LOGIN HONG LEONG CONNECT:CARA REGISTER ONLINE BANKING(s.hongleongconnect.my)
Sekiranya anda pelanggan kepada Hong Leong Bank,anda boleh membuat transaksi secara online melalui Hong Leong Connect dengan cara register online banking di s.hongleongconnect.my.Setelah mendaftar online baking, anda boleh login Hong Leong Connect untuk membuat sebarang transaksi contohnya check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.
Bagaimanakah cara register Hong Leong Connect? Bagaimanakah cara login Hong Leong Connect?
Disini kami ingin kongsikan cara untuk register & login Hong Leong Connect . Semoga membantu
PENGENALAN HONG LEONG BANK
Hong Leong Bank pada asalnya ditubuhkan sebagai Kwong Lee Mortgage and Remittance Company pada 1905 di Kuching, Sarawak dan kemudiannya sebagai Kwong Lee Bank Limited pada 1934. Ia mempunyai warisan sebagai institusi kewangan tempatan yang tertua di Malaysia. Kwong Lee Bank Berhad telah dibeli oleh MUI Group pada Mei 1982 dan dinamakan semula sebagai Malayan United Bank Berhad pada 2 Februari 1983. Pada 1989, ia telah dinamakan semula sebagai MUI Bank. Di bawah lambang MUI Bank, ia telah berkembang daripada 11 cawangan menjadi 35 cawangan di seluruh negara.
Terkini Hong Leong Bank memperkenalkan perkhidmatan Perbankan Internet Hong Leong Connect sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).
CARA DAFTAR HONG LEONG CONNECT
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Terdapat 2 langkah untuk mendaftar Hong Leong Connect iaitu:
- Menggunakan Web Rasmi Hong Leong Connet
- Sila buka laman rasmi web Hong Leong Connet. (https://s.hongleongconnect.my/rib/app/fo/login?t=1&s=210615124221)
- Klik REGISTER ONLINE BANKING
- Masukkan JENIS PENGENALAN dan NOMBOR PENGENALAN
- Masukkan NOMBOR KAD dan PIN KAD
- Masukkan KOD YANG DIPAPARKAN(Type the code show)
- Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS
- Cipta NAMA PENGGUNA yang Anda inginkan
- Cipta KATA LALUAN Anda
- Pilih GAMBAR KESELAMATAN
- Cipta SOALAN KESELAMATAN dan JAWAPAN KESELAMATAN
- Pendaftaran selesai
- Menggunakan Aplikasi
- Muat turun Hong Leong Mobile Banking di Google Playstore atau App Store
- Buka Aplikasi Hong Leong Connect dan pilih DAFTAR SINI
- Masukkan JENIS PENGENALAN dan NOMBOR PENGENALAN dan ALAMAT E-MEL
- Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS
- Cipta NAMA PENGGUNA yang Anda inginkan
- Cipta KATA LALUAN Anda
- Pilih GAMBAR KESELAMATAN
- Akui TERMA DAN SYARAT
- Cipta SOALAN KESELAMATAN dan JAWAPAN KESELAMATAN
- Pendaftaran selesai
CARA LOGIN HONG LEONG ONLINE BANKING
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login Hong Leong Connet
- Layari laman rasmi web Hong Leong Connet. (https://s.hongleongconnect.my/rib/app/fo/login?t=1&s=210615124221)
- Masukkan USERNAME anda
- GAMBAR KESELAMATAN yang anda pilih akan terpapar beserta username anda
- Masukkan PASSWORD anda
- Klik LOGIN
- Anda kini sudah berjaya login
SOALAN LAZIM LOGIN HONG LEONG CONNECT
Adakah terdapat sebarang yuran yang dikenakan apabila menggunakan HLB Connect?
Tiada bayaran yang dikenakan untuk menggunakan HLB Connect Online / Aplikasi. Walau bagaimanapun, yuran mungkin dikenakan ke atas sesetengah perkhidmatan perbankan yang ditawarkan pada HLB Connect seperti pindahan telegraf dalam talian, eWill / eWasiat dan Quick Cash Kad Kredit.
Apakah PIN Kad Debit /Kredit Hong Leong Bank?
PIN adalah nombor pengenalan peribadi 6-digit bagi Kad Debit / Kredit anda. Anda akan diberikan PIN sementara untuk Kad Debit/Kredit baharu anda. Anda perlu menukar PIN sementara tersebut di mana-mana ATM Hong Leong Bank sebelum anda boleh meneruskan dengan pendaftaran HLB Connect.
Apa itu TAC dan apakah kegunaan TAC Hong Leong Bank?
TAC bermaksud “Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authorization Code)”. Ia merupakan kod keselamatan unik 6 digit yang digunakan untuk
- Pendaftaran dan set semula HLB Connect
- Tetapan dan selenggaraan akaun dalam HLB Connect
- Sesetengah transaksi perbankan dalam talian dalam HLB Connect
Anda mempunyai akaun bank RHB,boleh daftar RHB NOW untuk membuat transaksi secara online sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan login Hong Leong Connect, sila hubungi:
- Talian helpline: 03-7626 8899
- Facebook: https://www.facebook.com/HLBMalaysia
- Twitter: https://twitter.com/MYHongLeong
Tukar no teiepon