LOGIN MAE MAYBANK(CARA GUNA MAYBANK MAE)
Adakah anda sudah REGISTER MAE MAYBANK dan mengaktifkan Maybank E-Wallet anda?Jika anda adalah pengguna online banking Maybank2u.Kenapa anda tidak terus menggunakan kelebihan yang ada. LOGIN MAE MAYBANK adalah sistem ewallet dari pihak maybank sendiri. Semestinya MAE maybank lebih selamat (secure), dan jika ada berlaku kehilangan wang anda, sudah tentu ianya dijamin oleh pihak maybank.
Dengan adanya aplikasi e-wallet ini, pasti pihak Maybank akan terus menawarkan lebih banyak kelebihan ketika menggunakan perkhidmatan mereka.
anda boleh klik MAE MAYBANK untuk mengetahu lebih lanjut
selain itu, anda boleh mencuba GUNA DuitNow
CARA AKTIFKAN & LOGIN MAYBANK MAE
Untuk dapat menggunakan layanan MAE anda mesti memiliki handphone/smartphone Android/iPhone. Seterusnya ikuti langkah-langkah cara aktifkan MAE di bawah:
- Muat turun (download) dan Install App MAE by Maybank2u di Google Playstore atau App Store
- Buka aplikasi MAE by Maybank2u dan klik Allow bagi permulaan.
- Seterusnya klik Next dan klik Agree
- Kemudian klik pada Log In Now dan klik pada Apply For a MAE Account Now, klik Next
- Masukkan Nama Penuh anda (mengikut IC) dan No Telefon anda, klik Continue
- Pilih jenis ID anda (Mykad/Passport) dan masukkan no ID anda, klik Continue
- Masukkan alamat rumah anda, klik continue
- Masukkan Email anda dan juga Invite Code(sekiranya ada), klik continue
- Anda dikehendaki Snap gambar depan dan belakang ID anda (ikut arahan yang diberikan), klik continue
- Seterusnya anda dikehendaki ambil gambar Selfie, klik contine
- Tick pada Terma dan Syarat, klik continue
- Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS.
- Masukkan Username dan Password Maybank2u anda, klik continue
- Upload Gambar Keselamatan anda, klik continue
- Ciptakan Frasa Keselamatan anda, klik continue
- Pilih Soalan Keselamatan anda beserta jawapan, klik continue
- Selesai
CARA GUNA MAYBANK MAE(LOGIN MAE MAYBANK)
Memang tidak dinafikan lagi, banyak cara gunakan aplikasi mayabank MAE. Eleh demikian, anda haruslah daftar dan login MAE Maybank. Di sini kami kongsikancara guna maybank MAE suapaya anda mendapat manfaatnya.
1. GUNA UNTUK BAYAR BIL
Dengan menggunakan MAE maybank, anda boleh gunakannya untuk membayar bil utility. Contoh bil yang boleh dibayar adalah bil eletrik, bil air dan bil internet. Anda hanya perlu clik pada ikon pay bil. Selain membayar bil, anda juga boleh membuat pindahan wang ke individu, membayar pinjaman dan bayar kad kredit disamping anda juga dapat memantau prestasi simpanan berjangka.
2. SEMASA MAKAN BERAMAI-RAMAI
Kalau anda makan ramai-ramai Bersama rakan-rakan, sudah pasti salah seorang daripada anda membayar dan mendahulukan wangnya untuk selesaikan bil makanan. Melalui MAE maybank dengan fungsi Split Bill, ia mempercepat malah melicinkan urusan pembayaran. Anda juka boleh membahagikan kos dalam kalangan yang terlibat.
Anda boleh agihkan secara sama rata ataupun mengikut apa yang dimakan oleh rakan anda. Jika terdapat kawan anda sengaja buat-buat lupa,terdapat fungsi mengingatkannya supaya membayar semula melalui notifikasi telefon.
3. CARA GUNA SEMASA SHOPPING
Seperti aplikasi e-wallet yang lain, MAE juga mempunyai fungsi Scan & Pay. Anda boleh bayar barang yang telah anda beli daripada kedai yang menerima pembayaran QR dengan hanya anda perlu membuat satu imbasan kod QR. Oleh sebab aplikasi ini menyenangkan, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ingat nombor akaun dan memudahkan anda untuk membuat bayaran hutang.
4. CARA GUNA UNTUK MELABUR & MENABUNG
Perkara ini membuatkan MAE maybank berbeza fungsi dan jarang terdapat pada aplikasi kewangan telefon pintar. Ia menjadikan MAE satu aplikasi yang versatile. Selain daripada anda gunakan untuk berbelanja, anda juga boleh gunakannya untuk mendidik amalam menyimpan dalam diri anda sendiri.
Jika zaman dahulu, menabung haruslah menggunakan tabung yang konvensional seperti tabung buluh, tabung bentuk peti surat, tabung tembikar dan lain-lain variasi tabung, namun dengan MAE, anda juga dapat wujudkan tabung secara maya. Apabila anda wujudkan Tabung dalam MAE, anda boleh tetapkan sasaran simpanan dan tempoh simpanan. MAE akan cadangkan kepada anda berapakah yang perlu disimpan setiap bulan untuk anda mencapai sasaran tersebut.
Ada ciri-ciri Booster menabung dalam MAE. Ia terbahagi kepada 3 jenis Booster:
- Spare Change – apabila anda berbelanja, MAE akan bundarkan jumlah bil anda mengikut amaun yang ditetapkan untuk dimasukan ke dalam Tabung simpanan anda.
- Guilty Pleasure – sekiranya anda didapati membuat perbelanja yang keterlaluan, “denda” akan dikenakan kepada anda dan ia akan disalurkan masuk ke dalam Tabung anda. Amat baguskan car aini. Ini dapat mendisiplinkan anda dan mengelakan anda dari sifat boros.
- Scan & Save – dalam MAE ada pelbagai promosi cashback. Berbanding salurkan cashback itu masuk ke akaun utama anda, ia sebaliknya akan disalurkan ke Tabung untuk bantu anda capai sasaran simpanan anda.
Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan, anda boleh menghubungi
Customer Care Hotline:
1-300 88 6688 (Malaysia)
+603-7844 3696 (Overseas)
Email: [email protected]
macamana cara nak transfer duit ke MAE melalui Maybank 2u online desktop. bukan apps.
Saya dah ada akaun MAE MAYBANK, tetapi utk urussn pindahan wang ke mana2 akaun bank tidak dpt di pindahkan, kenapa yaa…?