CARA LOGIN OCBC BANK:CARA REGISTER ONLINE BANKING(ocbc.com.my)
Sekiranya anda pelanggan kepada c,anda boleh membuat transaksi secara online melalui Online Banking OCBC Bank dengan cara register ocbc.com.mySetelah mendaftar online baking, anda boleh login OCBC Bank untuk membuat sebarang transaksi contohnya check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.
Bagaimanakah cara register OCBC Bank?Bagaimanakah cara login OCBC Bank?Disini kami ingin kongsikan cara untuk register & login OCBC Bank. Semoga membantu
PENGENALAN OCBC BANK
OCBC Bank ialah organisasi perkhidmatan kewangan yang tersenarai di peringkat awam dengan pejabat pusat di Singapura. Bank ini muncul semasa zaman Kemelesetan Besar melalui penyatuan tiga bank pada tahun 1932 – Bank Perdagangan China Berhad (diperbadankan pada 1912), Ho Hong Bank Berhad (diperbadankan pada 1917) dan Bank Cina Luar Negara Berhad (diperbadankan pada 1919).
Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan OCBC Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).
CARA DAFTAR ONLINE BANKING OCBC BANK
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara daftar OCBC Bank onne Banking:
- Layari laman web OCBC Bank (Internet Banking) (https://internet.ocbc.com.my/internet-banking/inbregistrationv2/index?rc=INB)
- Pilih DEBIT CARD/CREDIT CARD.
- Masukkan NOMBOR KAD DEBIT /KAD KREDIT
- Isikan TARIKH TAMAT TEMPOH (bulan & tahun) kad debit/kad kredit.
- klik Already have a PIN, masukkan PIN sekiranya ada. Sekiranya anda lupa atau tiada Pin, Klik Yet to have a PIN.
- Isikan maklumat anda pada ruangan PERSONAL DETAILS,
- Masukkan CAPTCHA seperti yang dipaparkan pada kotak, Klik Next.
- Masukkan LOGIN ID yang anda ingini.
- Masukkan PASSWORD anda yang berangka 8 – 12 (mengandungi abjad, nombor dan simbol bukan abjad & nombor).
- Sahkan NOMBOR TELEFON anda untuk SMS security token.
CARA LOGIN ONLINE BANKING OCBC BANK
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login OCBC Bank secara online.
- Sila buka laman online Banking OCBC Bank di pautan https://internet.ocbc.com.my/internet-banking/LoginV2/Login?rc=INB
- Masukkan LOGIN ID akaun anda.
- Buat pengesahan pada SECURITY IMAGE yang tertera
- Masukkan PASSWORD yang anda telah tetapkan untuk akaun anda.
- Login anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun online banking OCBC Bank anda.
SOALAN LAZIM
Apakah kelayakan untuk memohon online banking OCBC Bank?
Untuk memohon perbankan dalam talian, anda harus menjadi pemegang kad kredit OCBC yang ada, atau mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada akaun OCBC berikut:
- Akaun simpanan
- Akaun terkini
Bagaimana jika terlupa kata laluan online banking OCBC Bank?
Pergi ke halaman perbankan dalam talian kami di https://internet.ocbc.com.my/internet-banking/
Pilih pilihan “Saya lupa Kata Laluan saya!” dan ikuti langkah-langkah untuk menetapkan semula Kata Laluan anda.
Apakah ada jaminan keselamatan Online Banking OCBC Bank?
Di OCBC Bank, kami komited untuk melindungi keselamatan transaksi dalam talian anda. Laman web kami menggunakan teknologi dan proses terkini dan standard industri untuk memastikan bahawa privasi dan urus niaga anda tidak terganggu, dan kepentingan anda dilindungi setiap masa.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan, sila rujuk:
- Credit cards, banking accounts, deposits and loans: 03 8317 5000
- OCBC Al-Amin: 03 8314 9310
- Premier Banking: 03 8315 4288
- Mail: OCBC Bank, OCBC Bank Head Office, Menara OCBC, No. 18 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR NO HP OCBC BANK (Update Mobile Phone Number)