LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch ‘n Go Boost (Reset)

LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch ‘n Go Boost (Cara Reset Jika Terlupa)

Penggunaan eWallet terkini memang amat menggalakkan bagi membuat pembayaran tanpa tunai. Semestinya anda mempunyai salah satu aplikasi eWallet pilihan dalam telefon anda. Untuk membuat pembayaran semestinya nombor Pin diperlukan. Bagaimana sekiranya terlupa no Pin? Disini kami kongsikan cara reset sekiranya LUPA NOMBOR PIN eWALLET  Touch ‘n Go dan Boost.

Ketahui juga CARA DAFTAR LAZADA WALLET MALAYSIA 

APA ITU eWALLET

E-wallet, e-Dompet, electronic wallet atau dompet digital, adalah sebuah aplikasi yang berfungsi sama seperti dompet fizikal iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit dan juga maklumat akaun bank kita dalam bentuk aplikasi digital.

E-Dompet berfungsi sama seperti debit card, namun perbezaannya ialah, semua individu boleh mendaftar secara atas talian dan percuma.

CARA RESET NOMBOR PIN TOUCH ‘N GO

Sekiranya anda pengguna eWallet Touch ‘n Go, berikut adalah merupakan cara reset nombor Pin:

  1. Buka aplikasi Touch ‘n Go anda
  2. Pada paparan utama, klik pada bahagian Profil
  3. Kemudian klik pada Setting dan klik pada Change 6-digit PIN
  4. Seterusnya klik pada Forget Your PIN
  5. Kemudian untuk menukat no Pin, anda dikehendaki untuk memilih untuk mengguna :
    1. Registered ID – No Kad Pengenalan anda
    2. Security Question – soalan keselamatan yang anda pilih semasa daftar
  6. Sekiranya pilig Registered ID, masukkan no kad pengenalan anda dan tekan Submit
  7. Kemudian anda dikehendaki untuk memasukkan 6 Digit PIN yang baru dan disahkan sekali lagi. Tekan Submit.
  8. Selesai, anda telah berjaya menukar no pin eWallet Touch ‘n Go anda.

CARA RESET NOMBOR PIN BOOST

Sekiranya anda pengguna eWallet Boost, berikut adalah merupakan cara reset nombor Pin:

  1. Buka aplikasi Boost anda
  2. Pada paparan utama, klik pada bahagian Profil
  3. Kemudian klik pada Account Setting
  4. Seterusnya klik pada Reset Transaction Pin
  5. Masukkan 6 Digit PIN baru anda
  6. Satu kod OTP akan dihantar melalui SMS, masukkan Kod OTP tersebut

Jangan lupa REGISTER MAE MAYBANK 

SOALAN LAZIM LUPA NOMBOR PIN eWALLET

Bagaimana cara tambah nilai dalam eWallet?

Cara tambah nilai dalam eWallet seperti berikut:

  • Deposit terus dari akaun e-Dompet. Anda perlu login terlebih dahulu. Biasanya, butang Deposit/Withdraw/Transfer akan dipaparkan.
  • Transfer dari e-Dompet orang lain.
  • Melalui kaunter bank dan Kiosk terpilih.

Apakah Kelebihan E-Wallet?

  • Mengurangkan jumlah wang tunai yang perlu dibawa dalam poket.
  • Tidak perlu beratur panjang untuk mengeluarkan wang di mesin ATM.
  • Transaksi menjadi lebih pantas.
  • Boleh menyimpan rekod perbelanjaan, tidak perlu menyimpan resit.
  • Banyak peluang untuk mendapat pulangan wang dan diskaun.

Apakah Kekurangan E-Wallet?

  • Sukar digunakan jika sambungan internet kurang stabil dan tidak laju.
  • Risiko penipuan, sama seperti penggunaan perbankan internet.
  • Terlalu banyak e-wallet di pasaran, tidak tahu hendak pilih yang mana satu.
  • Sesetengah peniaga hanya menerima e-Dompet tertentu.
Share your love

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *