MAE MAYBANK TRANSFER LIMIT MAYBANK2U

CARA TUKAR MAE MAYBANK TRANSFER LIMIT MAYBANK2U

Terkini Maybank telah melancarkan e-wallet pertamanya bagi memudahkan transaksi perbankan para pengguna Maybank yang dikenali sebagai MAE Maybank. Sekiranya anda telah tetapkan tranfer limit, semestinya anda ingin menukarkannya samada menurun atau meningkat had limit anda. Disini kami kongsikan cara tukar Mae Maybank transfer limit, semoga membantu.

 APA ITU MAE MAYBANK

“Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:

  • Senang digunakan
  • Hantar dan terima wang
  • Jejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Tubuhkan tabung untuk simpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Split bill
  • Pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE

MAYBANK MAE TRANSFER LIMIT

Bagi akaun e-wallet MAE terdapat had tertentu bagi urusniaga seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Baki maksimum tidak melebihi RM4,999.99 dalam satu- satu masa.
  • Had maksimum transaksi RM2,999.99 untuk setiap transaksi.
  • Had maksimum transaksi bulanan di bawah RM 5,000.00
  • Amaun transaksi terkumpul maksimum RM60,000.00 bagi setiap tahun kalender.

NOTA: Sekiranya Anda mempunyai Kad Debit MAE Visa, had pemindahan adalah maksimum RM10,000.00 setiap transaksi, RM10,000.00 sebulan dan RM120,000.00 sebulan tahun.

MAYBANK MAE TRANSFER LIMIT (Kad Debit MAE)

Walau bagaimanapun, anda boleh untuk menaikkan jumlah had berkenaan dengan menggunakan kemudahan kad debit MAE:

  • Baki maksimum tidak melebihi RM10,000 dalam satu- satu masa.
  • Had maksimum transaksi tidak melebihi RM5,000 untuk setiap transaksi.
  • Had maksimum transaksi bulanan di bawah RM 10,000.00.
  • Amaun transaksi terkumpul maksimum RM120,000.00 bagi setiap tahun.

Nota:  Anda disyorkan untuk memohon kad debit MAE untuk menikmati had urusniaga yang lebih tinggi

CARA PERMOHONAN KAD DEBIT MAE

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Log masuk akaun MAE by Maybank2u Anda
  2. Pilih Maybank2u
  3. Pilih akaun MAE anda
  4. Klik dibahagian Elevate your MAE App experience with the MAE card. Enjoy preferential FX rates when you shop online.
  5. Sila pastikan baki akaun MAE anda mencukupi untuk melakukan permohonan kad debit MAE tersebut (RM8)
  6. Anda akan diminta untuk mengisi alamat bagi penerimaan kad dan kad akan dihantar dalam tempoh masa 5 hari bekerja.

CARA TUKAR TRANFER LIMIT MAYBANK2U

Sekiranya anda ingin mengubah tranfer limit, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Log masuk akaun Maybank2u https://www.maybank2u.com.my
  2. Pilih Settings > Pay & Transfer >Transfer limit
  3. Seterusnya pilih 3rd Party Transfer/Interbank Giro Transfer/Instant Interbank Transfer/Foreign Telegraphic Transfer
  4. Klik Save Changes
  5. Kemudian Request TAC, masukkan TAC yang diterima
  6. Tekan Confirm

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai MAE Maybank, sila layari https://www.maybank2u.com.my/mae

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN  KAD DEBIT MAE (Apply Card Online)

CARA TRANSFER DUIT MAE MAYBANK2U(INSTANT TRANFER & DUIT NOW)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *