MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT
MyCoID adalah satu perkongsian pintar. Ia merupakan nombor pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) apabila syarikat, pemilik tunggal atau perkongsian mendaftar syarikat perniagaan mereka dengan MyCoID.
Melalui pendaftaran ini, MyCoID akan membantu para usahawan mengurangkan birokrasi dan memudahkan urusan pentadbiran mahupun perniagaan sesebuah syarikat semasa transaksi dengan agensi yang berkaitan.
Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam persekitaran koporat negara dan juga keberkesanan dalam sektor swasta. Artikel ini akan menerangkan dengan ringkas langkah untuk mengaktifkan akaun MyCoID melalui atas talian.
APA ITU MyCoID?
MyCoID ialah nombor pengenalan perniagaan yang digunakan apabila berurusan dengan dokumen persyarikatan.
Ia merupakan nombor pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) apabila syarikat, pemilik tunggal atau perkongsian mendaftar perniagaan mereka.
CONTOH NOMBOR MyCoID
Bagi syarikat Sdn. Bhd. nombor baharu pendaftaran syarikat telah dilaksanakan kini.
Nombor pendaftaran syarikat telah mempunyai 12 digit yang akan digunapakai untuk semua perihal dokumen syarikat.
APAKAH FUNGIS MyCoID SSM?
Melalui MyCoID, komuniti korporat kini hanya perlu menggunakan satu nombor iaitu nombor pemerbadanan syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi urusan pendaftaran, rujukan dan transaksi dengan agensi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
- Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB);
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); dan
- Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp.Malaysia).
MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi
BAGAIMANA MyCoID BERFUNGSI?
MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi.
Fasa pertama MyCoID akan memperkenalkan penggunaan satu nombor rujukan untuk kegunaan di pelbagai agensi. Inisiatif ini akan ditambah baik melalui fasa kedua iaitu dengan memperluas serta memaksimumkan potensi pemakaian MyCoID menerusi pembangunan sistem yang akan membolehkan pengkalan data dan maklumat berlaku secara automatik.
Ini bermakna pemilik-pemilik syarikat baru tidak perlu lagi pergi ke pelbagai agensi untuk tujuan pendaftaran kerana proses tersebut boleh berlaku serentak dengan hanya satu proses pendaftaran di SSM.
PENGAKTIFAN AKAUN MyCoID ONLINE(CARA DAFTAR MyCoID)
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pengaktifan akaun MyCoID ini:
Klik pada pautan lawan sesawang ini https://mycoid2016.ssm.com.my dan tekan Login / Sign Up.
- Untuk pendaftaran baru, tekan Sign up pada paparan skrin.
- Masukkan maklumat log masuk.
- Isikan pada ruang Personal Detail. Pastikan maklumat anda lengkap.
- Penuhkan ruangan Contact Information.
- Pilih pada pilihan eCharge user (yes / no).
- Masukkan maklumat GST (jika berkaitan)
- Lengkapkan ruangan pengakuan pengguna dan tekan butang
- Setelah itu, satu emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang anda sahkan dengan MyCoID.
- Anda diminta untuk mengesahkan emel tersebut dengan menekan click here to activate.
- Apabila emel tersebut disahkan, anda akan menerima satu emel pengesahan daripada SSM. (tidak perlu ke kaunter)
- Sahkan pengaktifan akaun dengan menghantar dokumen diperlukan melalui emelkan ke [email protected].
SENARAI DOKUMEN PENDAFTARAN MyCoID ONLINE
Senarai dokumen diperlukan adalah :
- Salinan kad pengenalan
- Gambar pemohon bersama kad pengenalan yang dipegang di paras leher
- Satu dokumen sokongan lain yang mempunyai nama/gambar pemilik akaun. Contoh : lesen memandu, bil utiliti dan lain-lain.
- Salinan sijil perakaun amalan. (Pendaftaran individu tidak diperlukan)
- Surat pengesahan user adalah wakil yang dilantik oleh firma tersebut menggunakan letterhead legal firm. (hanya pendaftaran e-charge)
- Security answer (yang telah didaftarkan semasa proses sign up)
- Apabila telah disahkan pihak SSM, anda akan mendapat emel beserta link untuk mengaktifkan akaun.
- Tekan Click here to login pada pautan emel tersebut.
- Masukkan kata laluan yang baru dan sahkan sekali lagi kata laluan tersebut.
- Setelah anda masukkan kata laluan, secara automatik anda sudah log masuk ke sistem MyCoID.
- Pengaktifan akaun anda selesai!
CARA LOGIN MyCoID
Berikut adalah cara untuk login system MyCoID:
- Jika pengguna ingin log masuk MyCoID,sila layari https://mycoid2016.ssm.com.my
- Sila tekan Login
- Masuk email dan kata laluan,klik LOG MASUK
- Anda kini berada dalam sistem MyCoID.
KENAPA PERLU GUNA MyCoID?
Sistem MyCoID beroperasi 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Anda boleh mendapatkan maklumat syarikat dan membuat pembayaran secara atas talian selagi mempunyai internet.
Menjimatkan masa untuk mendapatkan maklumat penubuhan syarikat
APAKAH SERVIS YANG DITAWARKAN OLEH MYCOID?
APAKAH CARA BAYARAN SERVIS MYCOID?
- Kredit kad (visa dan mastercard)
- Debit kad (visa dan mastercard)
- Perbankan atas talian
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Anda boleh hubungi pusat panggilan SSM di 03-7721 4000 atau faks di talian 03-7721 4001. Melalui emel [email protected]