CARA DAFTAR LOGIN PERMOHONAN & SEMAK TEMUDUGA
Portal MySPP adalah portal pengambilan untuk bakal pendidikan dan kakitangan sektor pendidikan. Maka tidak hairanlah jika sesiapa yang berminat mengenai dunia pendidikan dan bertujuan untuk menceburi dalam bidang Pendidikan harus tahu mengenai portal MySPP. Berikut adalah cara untuk mohon, login, daftar dan semak temuduga guru MySPP (myspp.spp.gov.my) mengikut garis panduan terkini bagi pengambilan guru.
APA ITU MySPP (myspp.spp.gov.my)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP. SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
PENGUMUMAN SPP SARAWAK
Kepada individu yang berminat memohon jawatan sebagai anggota perkhidmatan pendidikan atau guru di Negeri Sarawak bagi tahun 2024, anda boleh menggunakan portal mySPP. Pastikan anda mematuhi tarikh tutup permohonan dan mengikuti semua arahan yang diberikan di portal mySPP. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, anda boleh menghubungi pihak SPP melalui saluran yang disediakan di portal mereka.
TARIKH PERMOHONAN KHAS GURU SARAWAK
Permohonan dibuka selama 3 minggu bermula pada 1 Ogos 2024 sehingga 24 Ogos 2024 melalui portal MySPP
KELAYAKAN PENGAMBILAN KHAS GURU SARAWAK MySPP
Berikut adalah merupakan kelayakan permohonan pengambilan khas bagi jawatan guru ini iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (dengan atau tanpa ikhtisas pendiidkan)
- Umur tidak melebihi 45 tahun
- Minat dalam bidang pendidikan dan bersedia untuk menghadapi cabaran
- Calon kawasan tempatan digalakkan untuk memohon, dan penempatan akan diberi keutamaan mengikut lokaliti
Graduan Tidak Layak Memohon
Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon adalah seperti berikut:
- Calon yang telah dipanggil temu duga pada tarikh 16 hingga 18 Julai 2024.
- Graduan yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai PPP DG41 Contract of Service (CoS).
- Graduan yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan.
- Guru interim.
- Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam.
- Seorang bankrap.
- Memperoleh keputusan senat universiti selepas 23 Ogos 2024.
MAKLUMAT JAWATAN GURU
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:
MAKLUMAT JAWATAN BUKAN GURU
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:
- Pensyarah yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
- Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
- Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan ini sila rujuk DI SINI
PERMOHONAN JAWATAN PPP GRED DG41 (Contract of Service)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan bukan pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara CONTRACT OF SERVICE (COS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Permohonan jawatan ini terbuka kepada semua:
- Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)
- Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
- Hanya Graduan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
CARA DAFTAR MySPP(myspp.spp.gov.my)
Berikut adalah cara untuk mendaftar ke sistem mySPP ;
- Sila buka portal mySPP
- Bagi pengguna baharu tekan butang PENDAFTARAN BAHARU
- Paparan berikut akan meminta anda memasukkan maklumat peribadi seperti dibawah :
- No Kad Pengenalan (contoh : 85XXXXXXXXXX)
- No Tel Bimbit
- Nama Penuh (seperti kad pengenalan)
- Alamat e-mel
- Alamat E-mel yang dimasukkan mestilah akaun emel yang sah dan aktif dan belum pernah digunakan bagi pendaftaran mySPP.
- Nama ibu pemohon (first name)
- Pengesahan nama ibu pemohon
- Negeri kelahiran
- Pengesahan negeri kelahiran
- Kata Laluan
- Pengesahan Kata Laluan
- Kod Keselamatan
- Sila pastikan semua medan bertanda (*)
- Selepas semua medan diisi, klik butang Daftar, jika anda ingin mengisi semula klik butang Semula.
- Penghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
- Jika pengisian anda berjaya skrin akan memaparkan Tahniah! Pendaftaran Berjaya! atau jika ada sebarang ralat, skrin akan memaparkan bahagian yang ralat dan anda dikehendaki untuk mengisi semula bagi pembetulan.
CARA PERMOHONAN MySPP (myspp.spp.gov.my)
Berikut adalah cara mengisi borang permohonan jawatan di mySPP:
- Sila buka portal mySPP
- Masukkan No Kad pengenalan serta Kata Laluan. Klik butang Log Masuk.
- Setelah anda berjaya Log Masuk, isikan Nama Penuh, Alamat Surat menyurat, Emel, no Telefon terkini.
- Isikan pula pada ruangan Negeri Tempat lahir dan Taraf Perkahwinan.
- Setelah anda berjaya mengisi sila tekan butang SIMPAN. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang (*).
- Lengkapkan MAKLUMAT AKADEMIK anda.
- PT3/PMR/SRP/LCE
- (SPM / MCE / SPM (V) / SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf)
- Peperiksaan Tambahan (STPM/STP/HSC atau STAM)
- Paparan seterusnya adalah berkaitan Pengajian Tinggi. Isikan semua maklumat bertanda (*) pada paparan Keputusan 1. Jika anda mempunyai lebih daripada satu sijil Pengajian Tinggi, masukkan pada Keputusan -2 dan Keputusan -3.
- Pada ruangan Profesional, isikan jika anda memiliki sijil daripada badan-badan professional dan iktisas yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Klik pada butan SIMPAN.
- Paparan berikutnya berkaitan maklumat Ko-kurikulum anda. Lengkapkan maklumat pada ruangan Sukan/Persatuan dan Rekacipta / Pencapaian.
- Bagi Pegawai yang sedang berkhidmat, anda boleh memilih jawapan YA pada soalan “Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam / Kerajaan Tempatan / Badan Berkanun / Polis?” Soalan tersebut terdapat pada skrin Maklumat Pemohon.
- Lengkapkan butiran pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat.
- Setelah itu anda boleh teruskan dengan melengkapkan pada menu Maklumat Tambahan. Isikan pada butiran Bakat / Kebolehan Bahasa, Bekas Tentera / Polis atau Penerima Bantuan / Kurang Upaya.
- Untuk paparan seterusnya, anda diminta mengisi Jawatan Dipohon. Anda hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP Pastikan jumlah jawatan keseluruhan adalah betul untuk memastikan jawatan dimohon tidak akan hilang apabila klik butang SIMPAN
- Akhir sekali adalah bahagian Pengakuan Pemohon. Pada bahagian ini anda hendaklah memastikan :
- Semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
- Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
- Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
- Pemohonan anda selesai dan anda boleh menyemak permohonan anda pada pautan SEMAKAN PERMOHONAN dan STATUS PERMOHONAN myspp.spp.gov.my
CARA SEMAK PERMOHONAN MySPP (myspp.spp.gov.my)
Untuk menyemak permohonan pula, anda perlu mengikut beberapa langkah ini :
- Sila buka portal mySPP di https://myspp.spp.gov.my/ dan klik butang orang awam.
- Pilih pada menu Semakan Atas Talian. Pilih pada pilihan semakan permohonan.
- Anda juga boleh membuat semakan urusan temuduga dan urusan perkhidmatan dilaman ini.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang hantar.
- Skrin akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
- Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
- Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang DitetapkanOleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian.
PANDUAN mySPP (myspp.spp.gov.my) ONLINE
Anda juga boleh memuat turun panduan penggunaan mySPP
SOALAN LAZIM (FAQ) mySPP
Bilakah permohonan jawatan guru MySPP dibuka?
- Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia?
- Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP. Proses lapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT
Sila salurkan pertanyaan,sila layari myspp.spp.gov.my atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.
Talian Hotline mySPP :
- Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
- Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) : Klik Di sini
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN STATUS MySPP (Check Keputusan Temuduga PPP DG41 One-off )