PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT SIRI 197/2023 (PERMOHONAN ONLINE)
Adakah anda merupakan seorang warganegara lepasan SPM dan ingin menceburi bidang ketenteraan sebagai kerjaya. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 197 & Wanita Siri 48 Tahun 2023 atas talian. Tidak salah untuk mencuba menjadi sebahagian anggota tentera darat kerana banyak keistimewaan yang akan diperolehi.
SYARAT ASAS PERMOHONAN TENTERA DARAT
Berikut adalah merupakan syarat asas permohonan yang ditetapkan:
- Warganegara Malaysia
- Ketinggian minimum lelaki 162cm, wanita 157cm
- Syarat minima, lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM
- Bagi SVM, PNGK Akademik melebihi 2.0
- BMI 18.0-26.0
- tidak mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan
KELAYAKAN TAMBAHAN
- Kelebihan mempunyai sijil / kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi
- Pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik / pancaragam
- Kelebihan dalam penguasaan Bahasa Asing
KELAYAKAN AKADEMIK TENTERA DARAT
Mempunyai sijil SPM / SPVM dan setaraf. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki Kepujian:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Sejarah
TARIKH PERMOHONAN PENGAMBILAN TENTERA DARAT
Tarikh Pendaftaran Atas Talian dibuka mulai 13 Disember 2022 dan Tarikh Tutup Permohonan pada 31 Disember 2022.
CARA PERMOHONAN PENGAMBILAN TENTERA DARAT
Jika ingin memohon, anda boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.
- Pautan Permohonan Atas Talian:
- Isi Permohonan: https://mims.mod.gov.my
- Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my
- Panduan Permohonan: https://army.mil.my/…/iklan-pengambilan/panduanpermohonan
- Pautan Permohonan akan mula dibuka apabila tarikh permohonan dibuka
- Sila sediakan dokumen yang diperlukan.
- Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran
- Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
- Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.
Nota:
- Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
- Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
- Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
- Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.
CARA PENDAFTARAN TENTERA DARAT ONLINE
- Tekan (klik) pautan (link) seperti berikut:
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )
- Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
- Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
- NAMA PENUH(seperti dalam IC)
- NO KAD PENGENALAN
- JANTINA
- NO TELEFON (Boleh dihubungi)
- EMAIL (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
- KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
- Tekan (Click) DAFTAR
- Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
- Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan HURUF BESAR.
- Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (klik) butang HANTAR.
- Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.
UJIAN PEMILIHAN AKHIR TENTERA DARAT
Kepada calon yang layak akan disenarai pendek untuk menghadiri ujian pemilihan akhir iaitu:
- Pemeriksaan Kesihatan.
- Ujian Kecergasan:
- Larian 2.4 KM – 14 minit
- Tekan Tubi – 40 kali
- Bangkit Tubi – 45 kali
- Ujian Bertulis:
- Ujian Kecerdasan (IQ)
- Ujian Psikologi
- Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
SKIM GAJI, ELAUN DAN KEMUDAHAN TENTERA DARAT
GAJI
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
- SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
ELAUN
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
KEMUDAHAN
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk saluran berikut:
- Facebook Tentera Darat Malaysia : https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
- Hubungi: 03-2071 2197
- Portal Jom Masuk Tentera di pautan https://jmt.mod.gov.my/
- Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.
ARTIKEL LAIN
SPPMTD 2022(Cara Daftar Permohonan Tentera Darat Online)
REGISTER LOGIN KOPERASI TENTERA(KT)
E-PENGAMBILAN TUDM 2022:CARA DAFTAR LOGIN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
CARA DAFTAR KAD VETERAN ATM (Semak Status Permohonan)
RUMAH MAMPU MILIK ATM:SYARAT MOHON, BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI
Saya ingin dan berminat untuk menyertai pengambilan perajurit muda tentera darat siri 195/2022
saya ingin berminat dan berminat untuk menyertai pegambilan perajurit muda tentera darat siri 195/2022