MySPR SPPA:SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK(Semak & Sahkan Rekod)

MySPR SPPA:SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK(Semak & Sahkan Rekod)

Kepada  warganegara yang belum mendaftar sebagai pemilih terutamanya kepada meraka yang berumur 18 tahun ke atas, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menyeru supaya mendaftar untuk semak & sahkan maklumat sempena Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA).

Justeru, SPR menyeru kepada 5.8 juta bakal pemilih berumur 18 tahun dan ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka dengan SPR. Bagaimana cara untuk membuat semakan dan sahkan rekod? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU MySPR SPPA

MySPR Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) bertujuan memberi peluang kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan belum mendaftar sebagai pemilih untuk menyemak dan mengesahkan maklumat peribadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

TEMPOH SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK

Untuk makluman, tempoh bagu Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) akan diadakan mulai 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.

NOTA: Dalam tempoh Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik ini, mana-mana warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat mereka dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

CARA SEMAKAN MYSPR SPPA

Untuk urusan Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) boleh dibuta melalui 2 kaedah berikut:

  1. Membuat semkan menggunakan aplikasi di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my/
  2. Hadir ke 594 tempat semakn SPPA di seluruh Negara dan mengimbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan

NOTA: Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.

Antara tempat semakan ialah ibu pejabat atau pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos, pejabat daerah, pejabat tanah, majlis daerah, majlis perbandaran, dewan serbaguna, rukun tetangga dan pejabat penghulu.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai MySPR SPPA, anda boleh:

  • Hubungi Hotline SPR: 03-8892 7018
  • Layari portal spr.gov.my
  • Pejabat Pilihan Raya Negeri di https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR ALAMAT MyKAD/IC(Semakan Harga & Prosedur Permohonan)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *