MySubsidi Diesel KPDNHEP Login(Register Permohonan Permit Khas)
Pelaksanaan Penyasaran Subsidi Diesel di Stesen-Stesen Minyak di Semenanjung Malaysia.Pada 10 Jun 2024, jam 12.00 tengah malam, Kementerian Kewangan akan menguatkuasakan harga baharu diesel pada kadar RM3.35 seliter di stesen minyak di Semenanjung Malaysia. Namun, beberapa kenderaan pengangkutan awal dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan fleet card di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) MySubsidi Diesel.
Syarikat pengangkutan awam dan barangan yang telah memperolehi kelulusan SKDS tetapi belum menerima fleet card daripada syarikat minyak dikehendaki menyimpan resit pembelian diesel bermula 10 Jun 2024. Ini bagi membolehkan tuntutan pembayaran balik tunai dibuat kepada Kementerian Kewangan mengikut tatacara permohonan yang akan diumumkan kelak.
KPDN menyeru syarikat pengangkutan yang layak tetapi masih belum memohon kelulusan subsidi diesel untuk segera berbuat demikian dan seterusnya memohon fleet card daripada syarikat minyak pilihan.
Semua arahan dan peraturan sedia ada berkaitan dengan penjualan diesel masih berkuat kuasa dan terpakai dengan pengumuman harga baharu diesel ini.
Syarat Kelayakan Permohonan Diesel Bersubsidi SKDS 2.0:
- Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016, entiti perniagaan tunggal, perkongsian, atau perkongsian liabiliti terhad yang berdaftar mengikut undang-undang yang berkaitan.
- Memiliki kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat atau entiti perniagaan.
- Kenderaan harus memiliki cukai jalan yang sah.
- Kenderaan tersebut harus termasuk dalam sembilan jenis kenderaan yang disenaraikan.
Harga Diesel Bersubsidi SKDS 2.0 adalah RM2.15/liter bagi sembilan jenis kenderaan di bawah Sektor Pengangkutan Darat (Barangan).
Jenis Kenderaan yang Layak Dapat Subsidi:
- Lori Rigid – Kargo Am
- Penggerak Utama
- Lori Rigid – Refrigerated
- Lori Rigid – Tangki Tepung
- Lori Rigid – Luton/Kotak
- Window Van
- Lori Rigid – Tangki Air
- Panel Van
- Lori Rigid – Minuman Botol
- Lori Rigid – Curtainsider
- Lori Food Catering
- Lori Rigid – Hasil Pertanian
- Lori Tangki Rigid – Minuman
- Lori Rigid – Kandang Haiwan
- Semi – Panel Van
- Bas Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid – Open Platform
- Van Perkhidmatan Bergerak
- Bas Food Catering
- Van Food Catering
- Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid – Sampah
Ini adalah maklumat terkini berkaitan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia.
Permohonan My Subsidi Diesel KPDNHEP
Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi Diesel:
- Pemohon harus menunggu selama 7 hari selepas mendaftarkan kenderaan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Pemilik kenderaan, sama ada individu atau wakil syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif), boleh berurusan di KPDN.
- Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi terhad kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
- ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
- Syarikat/individu yang layak mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
- Jumlah diesel bersubsidi hanya untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat pemohon.
- Mengemukakan maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN dengan lengkap dan tepat.
- Pemegang subsidi perlu maklum kepada KPDN mengenai sebarang perubahan dalam aktiviti operasi pengangkutan, seperti pertukaran hak milik bas dan lain-lain.
- Mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh KPDN dari masa ke semasa.
- Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
- KPDN berhak mengkaji semula atau menarik balik kelulusan jika pemegang subsidi gagal mematuhi syarat-syarat di atas.
- Permohonan baru, tambahan kenderaan, atau pertukaran syarikat minyak boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web:
Anda boleh membuat permohonan secara atas talian melalui Sistem MySubsidi Diesel di pautan berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/login.
Anda hanya perlu mengisi maklumat lengkap berkenaan:
- Butiran maklumat syarikat.
- Nombor pendaftaran kenderaan.
- Pilihan syarikat minyak antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex, atau BHP.
Permohonan MySubsidi Diesel Gagal
Antara sebab-sebab mengapa permohonan tidak berjaya adalah seperti berikut:
- No. Kad Pengenalan / No. SSM tidak tepat.
- Ejaan nama syarikat / perniagaan tidak sama seperti dalam Sijil Perakuan Pendaftaran.
- Pendaftaran menggunakan No. SSM yang lama.
- Kenderaan tidak tersenarai di dalam sembilan (9) jenis kenderaan yang dinyatakan.
No Customer Service MySubsidi Diesel KPDNHEP
Rujuk Disini
Artikel Lain