NO KOD MAJIKAN PERKESO Check assist.perkeso.gov.my

CAPAT DAPATKAN NO KOD MAJIKAN PERKESO?

Kepada majikan yang ingin membuat semakan No Kod Majikan Perkeso seharusnya menggunakan sistem portal perkeso assist sangat mudah untuk digunakan. Bagaimana cara untuk semakan nombor kod majikan menggunakan Portal Assist Perkeso? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

APA ITU PORTAL ASSIST PERKESO

Portal Assist PERKESO sebuah portal layan diri bagi majikan untuk menguruskan maklumat-maklumat majikan, pekerja dan caruman bulanan PERKESO dan no kod majikan Perkeso

CARA DAFTAR ASSIST PORTAL PERKESO

Sekiranya anda pengguna baru, anda dikehndaki membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum menggunakan Portal Assist Perkeso ini untuk mendapatkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password). Berikut adalah merupakan cara daftar untuk dapatkan no kod majikan Perkeso:

  1. Anda perlu memuat turun(download) Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist (https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Pendaftaran_Caruman/assist/ASSIST-BORANG_PENDAFTARAN_ONLINE_PORTAL.pdf)
  2. Lengkapkan butiran/maklumat yang perlu diisi pada borang tersebut
  3. Setelap siap diisi, anda boleh kembalikan semula kepada PERKESO dengan cara:
    1. Hantar ke pejabat PERKESO berhampiran anda
    2. Scan dan hantar melalui emel: [email protected]
  4. Borang permohonan anda akan disemak terlebih dahulu
  5. Seterusnya anda akan menerima satu emel dengan nama pengguna dan kata laluan sementara
  6. Selesai proses pendaftaran
  7. Nota: Anda akan diminta untuk menukar kata laluan baru pada log in kali pertama nanti.

CARA LOGIN ASSIST PORTAL PERKESO

Setelah anda berjaya daftar seperti di atas, anda akan menerima satu emel dengan nama pengguna anda (username) dan kata laluan (sementara) untuk digunakan Login kali pertama. Berikut adalah panduan login kali pertama bagi dapatkan nombor kod majikan Perkeso:

  1. Klik link ini: assist.perkeso.gov.my/employer/login
  2. Pilih bahasa samada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu
  3. Masukkan email address anda (digunakan semasa pendaftaran)
  4. Masukkan Password sementara anda
  5. Tekan Login,
  6. Seterusnya anda akan diminta untuk menukar kata laluan, Masukkan kata laluan baru yang anda ingin
  7. Anda telah berja Login

CARA SEMAKAN NO KOD MAJIKAN PERKESO

Setelah berjaya log masuk, berikut adalah cara untuk membuat semakan Nombor Kod Majikan Perkeso:

  1. Klik pada menu Profil
  2. Seterusnya akan terpapar No Kod Majikan Perkeso pada ruangan di Profil.
  3. Selesai

CARA GUNA  ASSIST PORTAL PERKESO

Berikut adalah dikongsikan panduan untuk menggunakan Assist Portal Perkeso dan dapatkan kod no majikan Perkeso

  1. Melihat profil pekerja
    1. Sebagai majikan berikut adalah langkah-langkah untuk melihat profil pekerja syarikat anda
    2. Anda boleh mengaksesnya profil dengan klik pada profil majikan
    3. Kemudiannya lakukan pencarian majikan melalui mencari nama majikan atau kod majikan
    4. Selepas carian selesai, skrin akan memaparkan nama majikan yang dicari
    5. Anda perlu klik pada nama majikan yang terpapar pada skrin dan maklumat majikan keluar
  1. Melihat maklumat caruman pekerja
    1. Untuk melihat maklumat caruman majikan dan segala urusan berkaitan, anda perlu melakukan langkah sama seperti untuk melihat profil yang dipaparkan di aras
    2. Kemudian klik pada maklumat caruman
  1. Melihat senarai dokumen
    1. Untuk melihat senarai dokumen, anda perlu masuk ke profil majikan
    2. Cara yang sama seperti langkah pada melihat profil perlu dilakukan
    3. Klik pada tab senarai dokumen
  1. Mlihat profil pekerja atau kakitangan
    1. Untuk mengakses maklumat kakitangan, anda boleh klik pada menu Profile dan klik Employee Profile
    2. Anda kemudian perlu memasukkan nama pekerja, nombor kad pengenalan pekerja atau nombor PERKESO pekerja
    3. Skrin akan memaparkan ma2lumat pekerja yang dicari.

MAKLUMAT LANJUT KOD NO MAJIKAN PERKESO

Untuk malumat lanjut dan pertanyaan tentang kod nombor majikan Perkeso, anda boleh layari web Rasmi PERKESO : https://www.perkeso.gov.my/ atau:

  • Emel: [email protected]
  • Talian khidmat pelanggan: 1-300-22-8000 (8;00 pagi – 5:00 petang, Isnin – Jumaat)

ARTIKEL LAIN 

DAFTAR AKAUN MATRIX PERKESO: CARA REGISTER/LOGIN/PEMBAYARAN & REKOD CARUMAN

assist.perkeso.gov.my:DAFTAR/REGISTER/LOGIN/GUNA PORTAL ASSIST PERKESO(Cara Buat Caruman & Bayaran Online)

TEMUJANJI ONLINE PERKESO:CARA BUAT JANJI TEMU SOCSO(MyTEMUJANJI PERKESO)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *