CARA LANGGAN PANDAPRO (Senarai Kelebihan & Harga Pakej Bulanan)
Terkini Foodpanda telah melancarkan secara rasmi servis langganan Pandapro mereka selepas beberapa bulan dicuba secara beta. Banyak kelebnihan yang akan diperoleh apabila anda melanggan Pandapro. Bagaimana cara langgan dan harga pakej yang disediakan? Disini kami akan kongsikan berkaitan PandaPro, semoga membantu.
APA ITU PANDAPRO
PandaPro ialah program langganan yang dilaksanakan oleh Delivery Hero Malaysia Sdn Bhd (f.k.a. foodpanda Malaysia Sdn Bhd) langganan yang membolehkan anda menerima tawaran dan faedah eksklusif untuk makanan dan barangan runcit dengan menggunakan di laman web foodpanda dan aplikasi mudah alih (“Platform”).
SYARAT ASAS LANGGANAN PANDAPRO
- Pengguna mestilah berumur 18 tahun dan ke atas, serta pemegang kad kredit yang sah. Yuran keahlian akan ditolak daripada kad kredit yang anda gunakan untuk mendaftar.
- Langganan dan faedahnya akan diperbaharui secara automatik setiap bulan.
- Jika sebarang pembayaran gagal, langganan anda akan dibatalkan dan anda perlu melanggan semula sekali lagi untuk menikmati faedah.
- Pembatalan langganan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ia hanya akan berkuat kuasa pada tarikh pembaharuan bulan akan datang.
MUAT TURUN APLIKASI FOODPANDA
Untuk melanggan pakej ini, anda seharusnya muat turun dan install aplikasi FoodPanda terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan pautan aplikasi:
SENARAI KELEBIHAN LANGGAN PANDAPRO
Berikut adalah merupakan kelebihan melanggan :
- Pada setiap bulan anda menerima 12 kali penghantaran percuma bila anda lakukan pesanan makanan bernilai lebih daripada RM25.
- Anda juga akan mendapat tawaran diskaun 15% ke atas tempahan dan tambahan 5% daripada bil semasa anda lakukan pick-up.
- Anda akan mendapat diskaun dan penjimatan bila anda dine-in di restoren yang terlibat. Anda boleh imbas kod QR tertentu dan terima rebat ke atas bil keseluruhan sewaktu membayar.
KADAR HARGA PAKEJ PANDAPRO
Berikut adalah merupakan pakej yang tersedia:
- 1 Bulan
- Harga Bulanan Pandapro adalah RM29.90/bulan.
- Harga Promosi kini adalah 14.90/bulan – tempoh adalah terhad.
- 6 Bulan
- Harga langganan untuk 6 bulan adalah RM81 (RM13.50/bulan)
- Harga Promosi kini adalah RM75 – tempoh adalah terhad.
- 12 Bulan (setahun)
- Harga langganan untuk setahun adalah pun RM142.80(RM11.90/bulan).
- Harga Promosi kini adalah RM94.80 – tempoh adalah terhad.
CARA LANGGAN PANDA PRO
Sekiranya anda berminat untuk melanggan pakej bulanan, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi FoodPanda anda
- Klik pada Tetapan di penjuru kiri sebelah atas halaman utama
- Kemudian klik pada ‘Menjadi pandapro’ untuk melihat pelan dan melanggan
- Pilih pilhan pakej yang anda inginkan dan isikan butiran yang diperlukan.
- Pilih cara pembayaran anda dan teruskan sehingga selesai proses pembayaran.
- Anda telah berjaya melanggan pakej PandaPro pilihan anda
- Selesai
CARA DAPATKAN BAUCER PERCUMA PANDAPRO
Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan dan tebus baucer percuma:
- Buka aplikasi Foodpanda di telefon anda
- Pergi ke halaman utama dan tekan tiga garisan melintang
- Seterusnya, pergi ke bahagian ‘Become a pandapro’ dan pilih pelan yang anda ingin langgan.
- Lengkapkan pembayaran pelan yang anda pilih.
- Selepas pembayaran selesai, anda akan terima rebat langganan percuma selama 2 bulan dan baucer percuma bernilai RM 50.
- Anda boleh semak di bahagian “Voucher” selepas beberapa hari.
SOALAN LAZIM (FAQ) PANDAPRO
Bagaimana cara membatalkan langganan?
- Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dan pembatalan akan berkuat kuasa pada tarikh pembaharuan seterusnya.
- Untuk membatalkan langganan anda, pergi ke akaun anda di bawah “My Subscription” dan klik pada “I would like to unsubscribe”.
- Sebaik sahaja anda membatalkan langganan anda, anda akan terus menerima faedah anda sehingga tamat tarikh pembaharuan anda yang seterusnya.
Bilakah saya akan dicaj untuk langganan PandaPro?
- Anda akan dicaj untuk bulan pertama anda sebaik sahaja anda memilih pelan dan memberikan maklumat pembayaran anda.
- Untuk bulan atau tempoh berikutnya (bergantung pada pelan yang anda pilih), pelan anda akan diperbaharui secara automatik pada tarikh yang sama dengan pendaftaran awal anda, sehingga dibatalkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan soalan lazim (FAQ) berkaitan cara langganan boleh rujuk DI SINI
ARTIKEL LAIN
FOODPANDA MERCHANT:CARA DAFTAR PARTNER KEDAI MAKAN & RESTORAN
CARA BAGI RATING FOODPANDA Rider & Restoren)