FOODPANDA MERCHANT(CARA DAFTAR PARTNER KEDAI MAKAN & RESTORAN)

Utama / FOODPANDA MERCHANT / FOODPANDA MERCHANT(CARA DAFTAR PARTNER KEDAI MAKAN & RESTORAN)

FOODPANDA MERCHANT(CARA DAFTAR PARTNER KEDAI MAKAN & RESTORAN)

Jika anda mempunyai perniagaan makanan tak kiralah sama ada yang berasaskan restoran atau di rumah, ketahui cara daftar FoodPanda Merchant @ Partner secara online supaya anda boleh meluaskan lagi capaian perniagaan melalui Aplikasi FoodPanda yang semakin popular di Malaysia.

 

 

Bagaimana cara daftar FoodPanda Merchant? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

 

APA ITU FOODPANDA

 

FoodPanda merupakan salah satu servis penghantaran makanan pihak ketiga yang semakin terkenal di Malaysia. Ia menawarkan penghantaran pelbagai jenis makanan hingga ke pintu rumah dengan cepat dan mudah.

 

 

APA ITU FOODPANDA PARTNER

 

FoodPanda Partner merupakan kerjasama antara pemilik FoodPanda dengan pemilik kedai makan atau restoran untuk menyediakan perkhidmatan makanan kepada pelanggan.

 

Dengan mendaftar sebagai partner kepada Foodpanda, anda boleh mempromosikan restoran atau perniagaan makanan anda secara online serta menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli makanan dan minuman yang ada di kedai anda, tanpa pelanggan perlu pergi ke lokasi tempat anda menjalankan perniagaan.

 

Jadi, bagaimana ia berfungsi sebenarnya?

  • Pelanggan memasukkan alamat penghantaran melalui aplikasi atau laman web dan memilih restoran berdekatan.
  • Restoran menerima pesanan melalui tablet yang disediakan oleh FoodPanda, dan mula menyediakan makanan untuk tertentu mengambil masa.
  • Rider FoodPanda akan tiba pada masa yang tepat bagi mengambil dan menghantar order itu dalam 30 minit setelah pesanan dilakukan oleh pelanggan.
  • FoodPanda akan membayar setiap minggu bagi order anda di samping menyediakan laporan prestasi bagi pencapaian anda di FoodPanda.

 

Antara lokasi yang sesuai untuk jadi partner dengan FoodPanda adalah:

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Pulau Pinang
  • Negeri Sembilan – Seremban
  • Johor – Johor Bahru
  • Perak
  • Perlis
  • Sabah
  • Kedah
  • Kelantan
  • Melaka
  • Pahang
  • Terengganu
  • Sarawak – Kuching, Sibu, Bintulu, Miri

 

CARA DAFTAR FOODPANDA PARTNER

 

Jika anda berminat untuk menyertakan restoran, kedai makan atau produk makanan homemade anda melalui FoodPanda, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti langkah-langkah ini:

  1. Layari laman web rasmi FoodPanda: www.restaurant.foodpanda.my
  2. Laman web FoodPanda akan memaparkan ‘Partner Dengan Kami’
  3. Tekan butang DAFTAR SEKARANG
  4. Anda perlu mengisi beberapa ruangan berkaitan perniagaan anda seperti:
    1. Business Type – sila pilih ‘Restaurant’. (Nota: Jika anda mempunyai perniagaan dari rumah, sila pilih Restaurant > Home based Kitchen)
    2. Restaurant Name – masukkan nama penuh perniagaan makanan anda.
    3. City – pilih bandar tempat perniagaan anda dijalankan.
    4. Restaurant Address – masukkan alamat penuh Kedai anda.
    5. First Name – masukkan nama pertama anda.
    6. Last Name – masukkan nama keluarga anda.
    7. Contact Number – masukkan nombor telefon anda yang aktif.
    8. Email – masukkan emel untuk perniagaan anda.
  5. Kemudian, pilih purata harga satu hidangan yang disediakan di restoran anda. Ikut petunjuk yang diberi. ($ untuk kurang daripada RM15, $$ untuk kurang daripada RM30 dan $$$ untuk kurang daripada RM50)
  6. Pada bahagian ‘Menu Upload’, anda perlu upload gambar / salinan soft copy menu terkini di restoran anda. Pastikan harga dan nama hidangan serta minuman dalam menu dikemaskini.
  7. Anda juga boleh menekan link menu template untuk download template menu makanan FoodPanda dan isikan untuk rujukan anda.
  8. Kemudian, tekan butang ‘Submit Form’.

 

 

CARA PENGAKTIFAN FOODPANDA PARTNER

 

Setelah berjaya daftar FoodPanda Partner, anda perlu membuat beberapa lagi langkah pengaktifan iaitu;

  1. Tunggu kelulusan.
  2. Jika lulus, FoodPanda akan menghantar kontrak untuk dipersetujui dan ditandatangani.
  3. Setelah itu, anda akan menerima pratonton menu anda.
  4. Anda juga akan menerima peranti FoodPanda.
  5. Pihak FoodPanda akan memberi latihan kepada anda melalui panggilan.
  6. Setelah selesai semua langkah ini, akhir sekali restoran anda akan LIVE di FoodPanda Malaysia dan makanan yang disenaraikan dalam menu boleh dibeli oleh pengguna melalui Aplikasi FoodPanda.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang FoodPanda Merchanta atau sebarang pertanyaan, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR FOODPANDA RIDER ONLINE:SEMAKAN KADAR BAYARAN (Register foodpanda.my)

9 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *