PERMOHONAN PENCEN RAKYAT TERENGGANU 2024(RM600 Setahun)
Berita menggembirakan kepada pesara warga emas berusia 60 tahun ke atas di Negeri Terangganu , kerajaan negeri telah memperkenalkan bantuan Pencen Rakyat Terengganu. Kepada pesara yang kelayakan anda di alu-alukan untuk membuat permohonan. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PENCEN RAKYAT TERENGGANU
Pencen Rakyat Terengganu dikhususkan kepada rakyat Terengganu berusia 60 tahun ke atas yang sudah bersara, tidak menerima mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta berada dalam golongan miskin. Pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan beban warga emas dari sudut kewangan.
SYARAT KELAYAKAN PENCEN RAKYAT TERENGGANU
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:
- Berumur 60 tahun ke atas pada 01/01/2022.
- Pemohon adalah ketua isi rumah atau salah seorang isi rumah warga emas yang layak memohon.
- Pemohon bukan pesara kerajaan atau penerima pencen dan tidak mendapat bantuan bulanan daripada JKM/MAIDAM/Perkeso atau mana-mana agensi kerajaan.
- Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM2,500 sebulan.
- Penerima Pencen Rakyat tahun 2021 layak menerima semula bantuan 2022 sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
- Permohonan baharu juga dibuka untuk pemohon yang layak.
SYARAT UTAMA I-BANTUAN
Berikut adalah merupakan syarat i-Bantuan yang ditetapkan untuk pemohonan membuat permohonan:
- Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
KADAR PENCENRAKYAT TERENGGANU
Kepada pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM600 setahun.
TARIKH PERMOHONAN PENCEN RAKYAT TERENGGANU
Pemohonan dibuka mulai 24 Ogos 2022 sehingga 3 September 2022 melalui sistem i-Bantuan.
CARA PERMOHONAN PENCEN RAKYAT TERENGGANU
Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan seperti berikut:
- Layari laman website i-Bantuan
- Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu klik pada Daftar.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang Daftar.
- Sekiranya maklumat pemohon (KIR) tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
- Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang Mohon pada ruangan Pencen Rakyat.
- Baca syarat permohonan yang tertera dan klik Berikutnya.
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang Semak.
- Isikan borang permohonan dengan lengkap.
- Klik butang Simpan dan Cetak.
- Lengkapkan lampiran yang diperlukan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai Pencen Rakyat Terangganu, sila merujuk atau hubungi JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN untuk urusan permohonan
ARTIKEL LAIN
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)