PERMOHONAN PERMIT BAZAR RAMADHAN ONLINE MBSJ MBSA 2023(Semak Harga & Lokasi)
Seperti yang diketahui, seluruh umat islam di jangka akan mula menyambut bulan Ramadhan pada 12 Mac 2024, Hari Selasa Bersamaan 1 Ramadhan 1445 (Hijrah). Kepada usahawan dan peniaga yang berminat untuk membuka gerai jualan pada bulan Ramadhan, di pelawa untuk membuat permohonan permit bazar Ramadhan. Bagaimana cara untuk membuat permohanan permit bazar ramadhan secara online? Disini kami kongsikan permohonan permit bagi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semoga membantu.
PERMOHONAN PERMIT BAZAR RAMADHAN ONLINE MBSJ
Berikut adalah merupakan cara membuat permohonon permit bazar ramadhan online bagi MBSJ dan juga lokasi tapak bazar:
Tarikh Permohonan
- Permohonan secara dalam talian (online) bermula pada (akan dikemaskini kemudian)
Cara Permohonan
- Layari pautan MBSJ
- Klik pada Log Masuk, sekiranya anda pengguna baru, anda seharusnya daftar terlebih dahulu dengan klik pada Pengguna Baru
- Masuk Kebahagian Permohonan Bazar Ramadan
- Mengisi Borang Permohonan. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan lokasi yang diinginkan.
- Setelah lengkap klik Hantar
Lokasi Tapak Bazar Ramadhan MBSJ
- Zon Subang Jaya (300 Petak)
- Zon Puchong (371 Petak)
- Zon Kinrara (180 Petak)
- Zon Serdang/Seri Kembangan (400 Petak)
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut, sila muat turun Panduan Permohonan Permit Bazar Ramadan atau hubungi Jabatan Pelesenan MBSJ ditalian 03 8026 4324.
PERMOHONAN PERMIT BAZAR RAMADHAN ONLINE MBSA
Berikut adalah merupakan cara membuat permohonon permit bazar ramadhan online bagi MBSJ dan juga lokasi tapak bazar:
Tarikh Permohonan
- Permohonan secara dalam talian (online) bermula pada (akan dikemaskini kemudian)
Cara Permohonan
- Layari pautan ePenjaja MBSA
- Klik pada Log Masuk, sekiranya anda pengguna baru, anda seharusnya daftar terlebih dahulu dengan klik pada Pengguna Baru
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan lokasi yang diinginkan.
- Kelulusan permohonan anda akan boleh di semak mulai (akan dikemaskini )
- Semua permohonan yang mendapat permit kelulusan, perlu membuat bayaran permit pada (akan dikemaskini) dengan kadar bayaran seperti berikut:
- Jualan makanan dan minuman dalam balang bayaran RM207.
- Makanan (bergoreng) RM237
- air kelapa / tebu rm237
- dan jualan berbakar RM237,
- Ayam golek pada kadar RM297.
Lokasi Tapak Bazar Ramadhan MBSA
- 33 Lokasi tapak bazar disediakan oleh pihak MBSA tahun ini. Antaranya di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20
Pertanyaan
- Sekiranyan terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan PermitBazar Ramadan MBSA 2022, anda boleh hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-55105133
ARTIKEL LAIN
CARA BAYAR SAMAN DBKL ONLINE (Cepat & Senang)